Narcos (2015–2017)



Hello u olls,


Hari tu tauke Pure by SO bagitau, "Wehs hang rekemen gambaq apa pun dalam Netflix aku mesti akan pi tengok lepas tu" Okay! aku nak rekemen satu cerita drama TV bersiri Netflix actually cerita ni dah mula 3 tahun lepas tapi aku baru nak tengok. Haram J betui. Cerita ini bertajuk Narcos. Jangan confuse dengan Narcos Mexico, yang tu siri yang berlainan, ini Narcos sahaja. Berkisah tentang kehidupan king pin terkaya dan paling femes kat dunia ini dari dulu sampai sekarang iaitu Pablo Escobar dari Colombia. 


Aku tau nama Pablo Escobar, aku tau dia jual dadah, aku tau dia punya kaya sampai ada zoo sendiri, tapi aku tak tau pasaipa kisah dia jadi besaq sangat. So drama bersiri ini bagi aku memberikan satu perspektif yang sangat baik untuk kita semua tengok.


Of couse, sebagai seorang taikun dadah, Pablo Escobar akan digambarkan sebagai seorang yang jahat dan cerita jahat dia sahaja yang akan keluar. Tapi drama bersiri ini, bagi aku dia balance. Dia bagi satu perspektif yang sangat luas sampaikan perasaan aku sebagai penonton jadi kucar kacir sendiri.


Drama bersiri ini bermula dari saat macam mana resepi membuat kokain boleh sampai ke tangan Pablo Escobar. Pastu dia fast forward dengan penceritaan yang ringkas macam mana Pablo Escobar mulakan penyeludupan dadah sampai ke Miami, Amerika Syarikat. Dari situ, dia jadi kaya raya gila babi. Pastu dia dah kaya, di samping still menjalankan kerja penyeludupan dadah, dia lawan kerusi parlimen dan menang sebagai ahli politik tapi of course, he is not welcome in the parlimen. Dari situ, dendam dia dengan sistem dan kerajaan menebal.

Kat belakang tu bukan toto ya...tapi dadah.


Bagi dia, dia dah buat banyak jasa kat rakyat. Rakyat pun anggap dia macam tuhan, siap lukis muka dia tapi badan Jesus Christ dalam rumah. Rakyat miskin semua tutup mulut tak berani nak dedahkan kegiatan jenayah dia sampaikan satu tahap, depa sendiri yang tolong selindungkan apa-apa sahaja kejadian jenayah yang dia buat.


Drama TV ini mempunya 3 musim, setiap musim ada lebih kurang 10 episod. Aku baru tengok dua musim ja u olls. Dan sampai musim ketiga itu, diceritakan sampai saat-saat Pablo Escobar kena tembak mati oleh polis. 


Tapi di saat dia mati tu, Pablo Escobar dah jatuh teruk. Gabungan polis negara Colombia dan agensi khas dari Amerika Syarikat, puak-puak penyeludup dadah Columbia yang berpaling tadah malah kepercayaan rakyat Colombia yang semakin nipis pada Pablo Escobar menyebabkan akhirnya dia mati katak.


Drama bersiri ini hangpa kena tengok dengan sabar, dan kalau TV ampa boleh setting agar dia punya running setting dia bagi slow sikit paybe 10% sebab depa ni cakap Spanish style laju gila, tak dan ampa nak catch up dengan subtitle tu. So kalau hangpa slow kan sikit running dia, baru ampa boleh catch up apa depa kata semua. 


Dan pasaipa aku kata drama cerita ni buat perasaan aku jadi kucar kacir? Adalah kerana.....at one point hang macam nak sangat Pablo Escobar menang sebab bagi hang, deni bukannya jahat, dia buat apa yang menjadi hak dia, tapi sebab kerajaan Amerika dan Columbia tak puas hati macam mana dia boleh jadi kaya raya sebab orang-orang atasan dalam kerajaan tu sendiri tak dapat nilai 'suapan' yang sepatutnya hang paham tak? Dan dalam satu keadaan pulak, hang akan dikejutkan dengan perbuatan jahat Pablo Escobar hinggakan hang rasa macam eh...babinyaa...awat aku pi sokong deni tadi!

Taste kat depa dorang ni!

Pastu yang membuatkan aku tertarik nak tengok cerita ini jugak adalah tiga orang pelakon yang bagi aku memang best la.  Nombor satu of course Pedro Pascal yang dulu pernah berlakon dalam cerita Game of Throne tapi mati bila The Hound tekan kepala dia sampai tengkorak pecah teruih.  So Pedro Pascal berlakon sikit ja dalam GOT tapi dalam cerita ni dia ada lama la sebab dia adalah partner kepada Agen Steve Murphy dalam cerita ni.  Steve Murphy dilakonkan oleh seorang pelakon yang aku tak berapa kenal,  nama dia Boyd Holbrook.  Aku rasa deni akan jadi favorite actor aku yang baru.  Macam aku sebut nama dia dalam review aku filem PASKAL,  Boyd Holbrook merupakan agen risikan dari Amerika yang juga bertindak sebagai main character dalam cerita ini.  Dan last but not least of course,  Wagner Moura,  muka normal dia sangatlah baby face.  Tapi haram.......bila dah make up semua teruih jadi ganas.

Okay dah...pi tengok sendiri cerita ini.


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...