Ocean Eight


Hello u olls,

Shit maderkafer, aku tulis punya panjang pastu tak tekan save. Pi masak sambal tumis ...balik2 mai tengok kot phone semua yang aku tulis (nak masuk 3 perenggan dah) hilang begitu sahaja.  Nak story pasai filem Ocean's Eight yang aku baru tonton. Untuk pengetahuan semua, aku tengok movie pakai online pirated bertajuk  http://putlockers.plus. Hang bleh click kat situ, takpayah register, tak perlu download, most of Hollywood and Korean movie ada situ. Boleh stream terus.  Tapi masa mula2 filem Ocean's Eight ni tak berapa clear, tapi minggu ni aku check it out...dah elok. Bukan HD tapi okay la nak tengok clear bukan rakam dalam panggung punya.




Jadi kepada u olls yang follow filem Ocean's sebelum ini lakonan George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon dan ramai lagi pastinya hangpa tau kan? Kisah pencuri profesional yang modes operandi depa sangat licik, kreatif dan tidak melibatkan keganasan bunuh2 dan tembak2. Ocean's 11, 12 dan 13. Aku boleh tengok filem2 ini berkali2 bukan sahaja sebab George Clooney dan Brad Pitt elokkkkk naaammmaaateeeyy, tapi jugak disebabkan oleh lawak2 babi yang ditampilkan oleh para pelakon dalam cerita ini.


SUMMARY
Ocean's Eight mengisahkan Sandra Bullock adik kepada mendiang George Clooney baru keluar penjara dan dia rancang plot dengan side kick dia lakonan Cate Blanchett untuk curi rantai berlian yang di pakai oleh selebriti Hollywood lakonan Anne Hathaway semasa dia menghadiri MET Gala. Kerlasss.....memang sesuai dengan tujuan pihak produksi nak hasilkan Ocean's filem versi all women cast dengan tema tema pun yang dekat dengan hati para wanita dan zornen.


Selain Sandra Bullock dan Cate Blanchett, nama2 besar lain dalam filem ini adalah Helena Bonham Carter, Rihanna dan ramai lagi.  Aku tak mau nak tulis cerita ni panjang lebat sebab aku rasa macam cerita ni simple sahaja dan better u olls tengok sendiri.


LAKON LAYAR
Bagi aku skrip dan jalan cerita bagi filem ini aku bagi 5/10 sahaja. Sebabnya, lain kalau nak dibandingkan dengan filem2 Oceans yang lain yang sarat dengan dialog dan jalan cerita yang gempak dan suprising. Yang ni bagi aku semuanya macam ...ohhhh...dah agak. Siriesly, macam nak curi rantai tu, depa berlakon pi tengok rantai, pastu masa nak curi, racun si pemakai dan tunggu dia muntah2 dalam toilet. Bohsan lah!


I was thinking something more sophistikated memandangkan Rihanna berlakon sebagai hacker, kot kot la dia akan buat something masa majlis MET berlangsung menyebabkan gangguan lampu dalam masa 3 saat ka apa ka. U know? Something yang susah tapi tepat! Aku rasa the most witty part pun adalah part depa lantik pelakon2 tua untuk pi gadai rantai2 tu. Tu ja...


So aku rasa memang lakon layar (skrip) bagi Ocean Eight ni tak berapa strong. Yang strong hanya lakonan dan kegemerlapan para pelakon hebat bertaraf Oscar yang membarisi cerita ini.



CASTING
Bagi aku untuk casting, aku setuju semua kecuali Rihanna dan Akwardfina. Patutnya Akwarfina kena jadi hacker sebab deni style pak lawak dan sebagai hacker dia punya pergerakan tak banyak sebab kerja dia depan laptop ja. Tapi dia boleh cakap banyak bagi line mangkak2 sikit supaya kerja dia sebagai hacker nampak lebih menarik. Aku cuba bandingkan dengan watak hacker lakonan Seth Green dalam cerita The Italian Job. Aku rasa yang tu paling best sekali.


Kalau Akwarfina jadi hacker mesti lagi best sebab pepek Cina ni pak lawak. Dan kalau Rihanna yang jadi Akwarfina style pencuri licik lagi best sebab lagi bleh nampak mcm mana Rihanna beraksi.


Dan dikatakan dalam IMBD patutnya Jeniffer Lawrence yang berlakon sebagai Anne Hathaway. Aku rasa kalau itu menjadi kenyataan akan lebih menarik sebab JLaw adalah seorang yang lawak jugak.


CAMEO
Memandangkan ini adalah filem MET GALA aku agak teruja dan terkesima juga apabila menonton Kak Anna Wintour muncul untuk berlakon dalam set filem ini. Gila babi u olls. Anna Wintour adalah seorang yang tahap2 dewa tapi aku rasa dia terpaksa turunkan sikit kasta dia untuk menunjukkan dia relevan dalam industri ini kerana baru2 ni dengar ura2 mengatakan dia bakal turun dari takhta editor majalah Vouge.



Selain beliau, yang aku perasan la...ada designer terkenal Zac Posen, Kak Katie Holmes janda Tom Cruise, Kim Kardashion dan sisters...(depa tu sah sah mau la).


Budak cina pencuri licik dalam Ocean' 11 12 13 pun mai balik tolong Cate curi diamond. Aku just harap, George Clooney muncul pada saat-saat akhir untuk membuktikan dia sebenarnya tak mati. Pasti orang lebih teruja nak tonton Ocean's 9 after this.


RATING
Jadi secara keseluruhan aku bagi cerita ni 6/10 sahaja. Best tapi takdak la rasa nak ulang2 tengok.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...