Us (2019)



Cerita ni dah lama keluaq,  cuti hari raya baru aku berkesempatan nak tengok dalam phone.  Pergh!  Memang best la.  Jordan Peele tidak mengecewakan peminat horror filem berlatar belakangkan manipulasi mental dan psikologi.  Sama macam cerita dia buat dulu Get Out,  aku pernah review kat sini:  Ulasan Filem Get Out (2017)

Kepada yang yang familiar dengan filem arahan Jordan Peele,  dia punya gambaq horror bukan jenis hantu tekejut-tekejut ataupun bunuh darah-darah.  Tapi dia punya takot more kepada keadaan mental manusia yang macam-macam,  ada yang tamak,  ada yang dominasi,  ada yang penipu.  Dan segala keadaan mental yang pelbagai ini menyebabkan kita akan pikiaq dan bayangkan macam-macam dalam kepala otak kita,  bukan sahaja ketika menghayati filem tu tetapi bila kita dah habis tonton filem tu.  Haaaaa ini lagi menakutkan bukan?


Jalan cerita
Spoiler alert okay.  Haram hat ni pun aku nak kena habaq ka.  Kalau tak mau tau spoiler,  sila bukak baca artikel lain dalam blog aku.  So cerita US ni mengenai satu buah keluarga terdiri daripada mak,  bapak dan dua orang anak lelaki dan perempuan.  Depa pi bercuti sempena musim panas dan salam percutian itu,  depa pi lepak kat pantai.

Mak dalam cerita ini pernah ada pengalaman buruk ketika di pantai iaitu masa dia kecik-kecik dulu.  Di mana dia tersesat dalam sebuah rumah cermin ajaib sebab duk merayau sorang-sorang.  Masa dalam rumah cermin tu,  dia terjumpa budak perempuan yang muka samaaaa dengan dia.  

Jadi bila dia mai melawat pantai ni dia rasa macam tak selamat dan dia akan diapa-apakan.  Perasaan takut melampau tu terbawak-bawak sampai dia balik rumah.  Masa dia duk mengadu kat laki dia tentang apa yang dia rasa,  masa tu depa terima 'tetamu tak diundang' berdiri depan rumah depa.  Time ni gerun gila.....sebab empat orang tu pecah masuk rumah depa dan rupanya depa empat orang muka samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan watak-watak utama dalam keluarga ini.


So empat orang yang mai secara tiba-tiba tu sebenarnya datang nak bunuh depa!  Depa pun lari punya lari,  nasib baik depa akhirnya semua selamat.  Dalam depa duk lari,  depa pi rumah jiran depa,  rupanya jiran depa semua mati di tangan 'tetamu tak diundang' yang wajahnya sama sebijik macam jiran-jiran depa.

Seterusnya dalam cerita ini,  pelakon watak utama telah termasuk dalam dunia bawah tanah yang menempatkan manusia-manusia klon ciptaan kerajaan negara itu.  Rupanya negara depa dah buat klon untuk semua orang tetapi setiap klon ni tak boleh bercakap dan takdak personaliti.  

Lupita yang best!

Ehhh susahnya aku nak explain kat ampa.  Tapi last-last,  walaupun watak utama cerita ni dah berjaya bunuh klon dia.  Tapi masa dalam kereta depa nak balik,  rupa-rupanya watak utama tu dalam dia punya kepala otak telah mendedahkan rupanya dialah KLON!  Masa watak utama kecik-kecik,  dia jumpa KLON dia dalam rumah cermin,  KLON dia telah tangkap dia dan bubuh dia dalam bilik bawah tanah dan KLON dia lari duduk kat dunia atas macam orang lain.  

FUCKKKKKKKKKKKKKKKK kan????

Why cerita ni Best
Jalan cerita filem ni berlatar belakangkan orang kulit hitam sebagai watak utama,  something yang different sebab gambaq Hollywood kan selalunya mat salleh ja duk jadi main character kan?  Bestnya pasai watak American African ni adalah depa macam lawak seketoi.  So walaupun cerita ni cerita horror,  tapi lawak-lawak kering tu tetap ada.

Aku paling suka of courselah lakonan Lupita Nyong'o yang sangatlah best.  Hangpa tengok nanti cara dia bercakap dalam watak jahat tu.  Wehssss...dia habaq dalam interview dia pi belajar dengan vokal instructor untuk buat macam tu dan akan ada doktor untuk pantau selalu dia punya keadaan tekak.

Aku bagi movie ni rating 8/10.  Sila tonton!


1 comment:

  1. Wey takutnyaa nk tgk.. satgi suka terbawak bawak dlm realiti.. dahla jenih susah nk move on😱😱

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...