29.7.19

Fyre Festival: Pesta Muzik Paling Auta di Abad Ini

Semua feeling cantek macam ni la ataih boat.  ps/ Depa ni la semua model model yang pebodo semua orang Amerika dalam video shoot Fyre Festival.

Hari ini kita nak cakap pasai Fyre Festival.  So apakah jadahnya Fyre Festivals ni? Okay,   depa-depa kat negara barat ni especially US dan UK depa sangat suka dengan pesta muzik.  Sejak tahun 70 an lagi,  depa ada Woodstock etc etc.  Pastu zaman lani aku rasa pesta muzik paling meletops adalah Coachella,  Burning Man la.  Kalau tak silap tahon lepas,  Beyonce perform masa Coachella.  Memang lagi la meletops u olls.   Hangpa boleh pi Google sendiri.

Oleh itu,  Fyre Festival ni adalah satu pesta muzik yang kunonnya baru pertama kali hendak dianjurkan yang pastinya lepas ini akan jadi meletops macam muzik events lain la.

Dokumentari Best di Netflix

Memang tak rugi aku langgan Netflix secara berkongsi akaun ni.  Siries.  Aku rasa tak sampai 1 bulan aku langgan akaun Netflix ni tapi dah berapa banyak movie,  drama bersiri malah dokumentari yang aku dah tengok.  


Kepada sapa-sapa yang berminat nak langgan akaun Netflix untuk penggunaan telefon secara shared-account,  aku cadang hangpa Whatsapp kat nombor ni +60 14-391 2008 (Epoch Store) just Whatsapp dan habaq kata saya nak langgan Netflix,  nanti dia akan bagi hang simple instruction.  Mudah ja....


So baru-baru,  Adzham dah shout out kat Twitter aku dia kata "Boleh tak suggest dokumentari best yang akak dah tengok?"  Oleh itu,  mai sini aku nak share kat ampa,  antara dokumentari best dan aku nak rekemen ampa tengok kat Netflix.  Aku akan try bagi ringkasan seringkas yang boleh bagi setiap dokumentari ni.  Sebab the rest ampa kena pi check it out sendiri laa!


Ilustrasi gempak oleh Michael Byers


Wild Wild Country

Dokumentari ni ada 6 part.  Menceritakan tentang satu gerakan agama/fahaman yang dibawa oleh seorang guru spiritual dari India bernama Bhagwan Shree Rajneesh.  Yang bestnya,  dia punya pengaruh sangat kuat sampai dia punya pengikut semua boleh derma duit kau-kau punya banyak.  Sampai  boleh beli satu kawasan tanah yang agak besar di Oregon,  USA.  Pastu perlahan-lahan depa siap boleh mohon kat kerajaan negeri US untuk tubuhkan pengurusan kerajaan depa sendiri kat dalam kawasan tu.  So maknya depa akan ada sistem polis semua sendiri la.  (kalau tak salah aku)  Tapi perlahan-lahan,  duk nampak dah semua kesalahan berlaku dalam 'cult' ni.  Yang menakjubkan sekali bagi aku adalah.........DAHSYAT NYA ORANG AMERIKA NI PUNYA TAKSUB SAMPAI BOLEH BAGI DUIT BELI TANAH SEMUA!

27.7.19

Bila Oksana Diceraikan Talak Tiga?



Bercakap pasai skandal rumah tangga keluarga diraja yang paling lekat dalam hati kita semua tentunya kisah cinta tiga segi antara Putera Charles dan Mendiang Puteri Diana dan Camilla Parker Bowles. Kepada yang tidak familiar dengan skandal rumah tangga bakal raja Britain ini, mai sini aku nak ceritakan secara ringkas. 


Putera Charles tidak kahwin awal, masa mudanya dia dikenali sebagai putera raya yang hidung belang (play boy). Selepas mendapat desakan daripada keluarga akhirnya dia bersetuju untuk menikahi seorang gadis bangsawan yang masih dara, sesuai untuk dijadikan bakal permaisuri satu hari nanti iaitu Lady Diana Spencer. Ketika itu, Putera Charles berusia 33 tahun dan Puteri Diana baru berusia 20 tahun. 


Rumah tangga mereka tidak kekal lama sebab sebaik sahaja mereka menikahi, Putera Charles kembali menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih lamanya yang jugak sudah menikahi lelaki lain iaitu Camilla Parker-Bowles. Dari sini bermulalah pelbagai catatan hitam dalam kisah rumah tangga diraja ini. Prince Charles punya perbualan telefon seksi dengan Camilla, Puteri Diana pulak secara diam-diam terbitkan buku yang mendedahkan kisah rumah tangganya yang remuk akibat orang ketiga, dan dalam wawancara TV, Prince Charles telah mengakui yang dia menjalinkan hubungan luar nikah dengan wanita lain!   Pertama kali seorang bakal raja Britain membuat pengakuan bahawa dia melakukan hubungan luar nikah.  Sesuatu yang amat mengejutkan.

Perasaan Jumpa Tok Ti


Cercalah aku sebab lepas video after video, mak buat post kat blog pulak pasai kisah mak dan kawan-kawan pi tengok konsert Tok Ti di Pulau Pinang. Sapa yang tak baca part I, sila baca sini: Kami Beli Tiket Paling Depan VIP  So hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, I olls pilih untuk pakai jubah hitam dan tudung biasa jer simple tapi make up cantik-cantik. Kawan kakak I kata, eh Jumie awat pakai biasa jer…tak pakai macam vouge-vouge.Aku pun terdiam dan tak tau nak balaih macam mana....HEYYYY...KITA USTANYAH LANI TAU.


OOTD sat kat Market Balik Pulau


Kami pun tiba di Prince of Wales International School yang terletak di Balik Pulau. Masya Allah….Balik Pulau dah hebat nau nau. Sapa yang duduk luaq Penang ampa punya tak berapa faham.....Balik Pulau ni dia dalam Penang island jugak tapi dia punya kemajuan tu macam tak berapa nak sampai kalau compare dengan kawasan bandar satelit yang lain dalam Penang island.  Kat sini dulu kita kami tau adalah tempat nak cari durian,  ada banyak dusun,  banyak kampung-kampung dan banyak padi.  Aku dan Khafi dulu malam bosan-bosan suka duk drive sampai ke Balik Pulau ni semata-mata nak bagi rasa angin sejuk malam di kampung.


Lani...................depa siap ada international school u olls.   Dan bila nak masuk sekolah ini, kita akan masuk kawasan perumahan yang agak pesat dan banyak rumah-rumah kat sini. Pastu ada papan tanda kat tepi Kawasan perubahan tu dia tulis macam next project Starbucks pun ada. Kerlasssssssssssssssss…… 


So lepas parking semua, kami pun tunggu la nak masuk ke auditorium sekolah tu. Mula-mula macam depa tak bagi masuk pun lagi, tapi bila hujan renyai mula turun, barulah depa bagi rakyat jelata yang dah beli tiket-tiket ni masuk. Tapi kan, masa kami semua duk tunggu kat luar memang boleh nampak la geng-geng tegar Siti Zoners yang ada dalam video klip TING TING TARA duk beratur jugak nak mai tengok show ni. GIGIHNYA! 


Muda Ke Tua Ke .....

Aku dan kawan aku nama Hany.  HAHHAHA muka dia styel tua macam Tok dalam cerita Jepun Oshin.

So last week kita semua kena demam Face App iaitu satu aplikasi yang boleh ubah muka kita jadi muda, jadi tua ataupun tukar jantina. Tapi Face App punya editing ni jauh lebih hebat daripada Snapchat punya (haritu viral tukar jantina punya..) sebab gambar kita jadi sangat realistik dengan kualiti gambar yang HD. So macam sapa amik gambaq pakai fon mahai macam aku (ek hemmm ~~ berlagak u olls) so gambaq hangpa akan jadi super duper realistik.


So kegilaan ini menular dalam Whatsapp group family aku di mana kami semua adik beradik edit muka kami jadi tua. Muka aku depa kata macam mak aku, kakak aku punya muka jadi macam arwah makcik aku, dan kakak aku lagi sorang jadi macam arwah tok kami. Cakcing punya muka tak berapa nak menjadi sangat sebab dia kan lani Kak J so duk feeling macam make up tebal semua. Nak tua macam mana kalau blusher 14 kg kan?   Pastu aku duk edit pulak gambar kawan2 kat office. Ada yang jadi macam Pendekat Kundur, ada yang berubah jadi macam pakcik KFC...macam-macam rupa.  Semua orang seronok bergelak bila tengok perubahan pada wajah masing-masing.


Tapi for sure bila aku buat gambar muka aku sendiri dan gambar aku dengan laki aku. Sumpah wehs aku rasa sayu dan sedih....sebab aku pun tak tau adakah aku akan sampai usia ini. Kita tak tau apa nak jadi kat kita esok lusa, sedang kita duk bergelak kat sini, kat situ mungkin kain kafan kita sedang dipotong. 

23.7.19

Royale Chulan Penang Buffet Dinner The Asian Mash-Up


Wah wah wah wah!  Jumaat malam adalah malam yang paling aku suka....haaaa ampa jangan duk pikiaq yang luzah-luzah ya,  yang tu pun aku suka jugak.  HAHAHA.  Aku suka hari Jumaat dan hari Jumaat malam (lepas balik kerja) sebab malam itu maka bermulanya saat untuk berehat dan santai-santai.  Yelah u olls hari lain kita dah sibuk bekerja,  bermula Jumaat malam maka akak pun jadilah catwoman nak meronda sana sini kan!

Soooo thank you so much Royale Chulan Penang sebab lani depa start satu promo makan malan buffet pada hari Jumaat sahaja iaitu yang bertajuk The Asian Mash-Up.  So makanan yang dihidangkan semuanya ala-ala fusion gitu antara citarasa barat dan tempatan (Asia).  Tapi tidak melupakan signature dishes kat dapur Royale Chulan Penang seperti Poached Seafood on Ice, Nyonya Prawns Kerabu,  Imam Balidi dan Penang Char Koay Teow .

Sapa mai makan buffet Ramadhan Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet Royale Chulan Penang mesti ampa perasan kan antara benda vasss depa buat adalah nasi macam-macam rasa.  Haaaaaa....kali ni depa buat lagi nasi macam-macam rasa tu.  Termasuk dengan Five Spices Roast Lamb dan Crispy Fried Nestum Prawns.

Barry dan kawan dia duk sibuk dah amik gambaq!!

16.7.19

Jom Follow Gambar Cantik Jumie

Seperti mana aku habaq,  aku lani minat dengan fotografi menggunakan telefon dan aku tau aku ada belambaq gambaq elok aku duk amik bila aku travel tapi tak bubuh kat mana-mana so aku nak share kat sini.  Kalau sudi,  marilah follow.



Business Luncheon: Smartphone Photography at Royale Chulan Penang

Reena Yin...hang nak pi mana?


Aku selalu eksaited untuk belajar benda baharu. Melukis, menulis skrip antara kelas-kelas seni yang aku hadiri sebelum ini. Sekarang aku mai kerlas Smartphone Photography yang dianjurkan oleh Royale Chulan Penang pulak. 


Depa selalu buat macam-macam kelas dalam business luncheon,  sambil makan sambil belajar.  Tapi sebelum ni depa buat hari Jumaat,  walaupun waktu lunch time yang panjang tetapi mesti rushing kan?  Topik macam-macam depa buat. 

Kami Beli Tiket Paling Depan VIP untuk Konsert Amal Okestra Tradisional Malaysia bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza di Pulau Pinang!


Tula bila aku post kat IG dan Facebook, ampa kekwat tak mau baca. Kekwat dengan aku. Mentang-mentanglah aku tak hot pakai make up tebai-tebai dengan bulu mata palsu 16 kaki panjangnya, ampa pandang aku blogger lekeh saja. Tapi bila aku post gambar aku duk pegang 13 keping tiket VIP untuk tengok Dato' Sri Siti Nurhaliza beraksi dalam Konsert Amal Okestra Tradisional Malaysia di Pulau Pinang baru semua ketaq tetek duk PM aku kot tepi dan tanya "Sissss...tiket ada lagi tak?"


Haaaaa....pi laa follow Kak Senduk! Pi la follow Cik Apel....pi laa follow semua blogger hebat-hebat kat KL. Tak payah nak folllow aku.


Jazzy Sunday Brunch Buffet by Jazz Hotel Penang

Terimalah muka penuh ku dengan tudung yang senget.


Hari Ahad pa dia duk masak-masak semua bagi berpeluh ketiak.  If you dont have the mood to cook and get sweat in your kitchen,  why not you come along with your family and try Jazzy Sunday Brunch Buffet only at Jazz Hotel Penang.  Pernah tak ampa terpikiaq,  makan Nyonya Lemak Laksa sambil dengar lagu Jazz.  Haaa kat sini ampa boleh rasalah.


Nyonya Lemak Laksa.....ini first time aku makan ni wehs.  Sumpah sedap!!!!  Dia macam laksa Penang tapi dia bubuh santan.  Dia takdak nenas,  tapi dia ada daun selasih Thai.  Otak udang pun dibubuh.  Hangpa nak rasa,  original recipe turun temurun ni kena lah mai sini.


Jom Tengok Jazz Hotel Penang

Panaih nohorom.

Tahun lepas depa rasmi hotel baharu ni.  Jazz Hotel Penang,  depa jemput aku mai buat tarian singa dengan alunan lagu jazz untuk merasmikan hotel ini tetapi aku tolak sebab aku kata,  aku sakit lutut.  HAHAHA so alhamdulillah baru-baru ni depa jemput I olls untuk mai try depa punya Jazzy Sunday Brunch Buffet sekali depa bagi kami special jazzy tour oleh Reena and Sok Ling untuk lihat semua kemudahan dan kelengkapan di Jazz Hotel Penang.

We checked out:
๐ŸŽบ Strings & Sax Bar
๐ŸŽบ Rooftop (Infinity pool with bar & gymnasium)
๐ŸŽบ Louis Amstrong I & II (Functions Rooms)
๐ŸŽบ Meeting Rooms
๐ŸŽบ Ella Fitzgerald Suite, Executive Suite Room, Deluxe Room and Premier Room
๐ŸŽบ Kitano @ Jazz (Japanese Restaurant)

15.7.19

I Subscribes Netflix...Officially


Mulanya aku macam skeptikel nak bayar RM10 untuk subsribtion Netflix sebab aku dah terlalu selesa dengan saluran percuma dalam laman website dan channel melalui Telegram. Jawapan aku “Buat apa nak bagi Yahudi lagi kaya?” 


Sekarang, Nizal tauke Murtabak pun dah pandai subscribe Netflix. Whenever kami nak kutuk dia sebab dia tak reti nak buat apa-apa transaksi dalam talian dia akan kata “Aku lani ada Netflix!” Grab Car tu dikecualikan sebab adik dia Shada yang ajar. 


Akhirnya aku termakan pujukan Yazid Aziz suruh aku subscribe Netflix. Dia copy paste satu paparan iklan untuk daftar Netflix secara berkumpulan dan lebih murah. Dia siap tolong save nombor fon orang tu supaya senang aku untuk terus tekan butang message Whatsapp. Selepas perhubungan mudah dengan peniaga online tersebut, aku sekarang officially ada satu no akaun Netflix sendiri yang aku boleh tengok pada mula-mula masa melalui handphone aku. 

When They See Us (2019)


I was not ready for this. I was browsing around on my Netflix. Dah banyak kali gambar Niecy Nash lalu depan muka aku melalui poster bertajuk When They See Us. Dah banyak kali, tapi aku malas lah nak tengok filem atau drama tentang diskriminasi kaum di US. Bohsan lah, cerita yang sama, ending yang sama. Menyakitkan hati, bagi geram dan benci tak henti. Tapi tak tau macam mana, aku tertengok dia punya trailer…….FUCK!! MACAM BEST…..kisah pasai budak-budak. Tapi apa yang jadi kat budak-budak ni sampai depa kena masuk penjara? 


Selalunya kalau kisah diskriminasi kaum kat US akan melibatkan lelaki kulit hitam yang sudah dewasa, tapi ni muka budak-budak. Bukan remaja pun! Budak-budak. So aku tekan PLAY. Dan aku tak tau yang filem 4 bahagian ini akan membuatkan hati aku sakit, dada aku sebak dari episode 1 hingga episode 4. Aku tengok straight semua episode dan menangis bagi setiap babak dalam setiap episode dalam filem ini. 


10.7.19

Handphone Paling Cangggih Yang Pernah Aku Miliki


Aku start pakai handphone umur 16 tahun,  tu pun bukan hak milik kekal.  Handphone tu milik bapak aku,  3210,  pastu bila aku nak keluar pi KOMTAR (kira lepak-lepak shopping mall dengan kawan-kawan) bapak aku bagi la aku bawak handphone ni kira nak tunjuk kat kawan-kawan yang kita ni ada handphone jugak.  Pastu bila masuk belajar kolej,  yes,  abang aku bagi handphone dia kat aku,  3210 jugak.  Phone tu la nyawa.  Ingat tak zaman kita boleh call orang 3 saat,  tak akan dicaj dalam bil.  Mampuih lawak. 

Masuk final semester,  aku dah banyak duit PTPTN so aku pun beli phone jenama Alcatel. Phone ada camera u olls!  Boleh hantar MMS! Aku pakai phone tu sampai aku masuk kerja. 

Lepas kerja beberapa tahun,  aku beli phone second hand dari abang ipar aku.  Motorola lipat.  Haaaa time tu,  sapa pakai motorola lipat ni kira ala Beyonce dalam video clip Bill Bill Bills la! HAHAHHA. 

Pastu aku pun lost track sikit pasai handphone-handphone yang aku pakai.  Tapi memang dari dulu,  aku kalau beli handphone aku tak pernah beli handphone paling hebat di pasaran,  aku selalu beli ikut kemampuan poket aku.  The last handphone sebelum aku beli handphone baru yang aku duk pakai ni adalah handphone Samsung Note 3,  beli second hand kat orang melalui Mudah.  Khafi yang tolong deal,  dapatlah murah-murah sahaja.  Tapi nak kata murah tak lah murah sangat,  mau jugak RM800 beli fon tu walaupun second hand.  Samsung memang jenama handphone yang bagus dan aku pakai Note 3 tu aku rasa punya lama mau jugak dalam 4 hingga 5 tahun.  Berbaloi sangat-sangat,  in fact lani pun Khafi duk pakai handphone tu.  Walaupun dah sedikit ngok ngek,  tapi masih boleh dipakai.


8.7.19

Media Social is the Toilet of the Internet


Quote daripada Lady Gaga ini aku rasa adalah quote untuk tahun 2019.  Tepat seketoi. Aku memang love internet,  sejak aku umur 14 tahun masa tu lebih kurang tahun 2000 aku memang gila dengan internet.  Boleh kata seminggu dalam sekali atau dua kali,  aku akan spend 1 jam ataupun 2 jam di cyber cafe,  satu jam kalau tak salah aku masa tu RM3.50.  Simpan elaun sekolah yang mak bagi,  aku mesti akan pi cyber cafe untuk main internet.


Masa tu aku takdak computer kat rumah.  Bapak aku kedekut teruk.  Apatah lagi nak ada handphone kan.  Tapi time tu,  smart phone pun tak wujud lagi.  Makanya social media pun tak berapa nak ada lagi.  So basically masa tahun 2000 tu aku akan log in internet untuk buat apa?  Main MIRC chatting dengan random people dan kedua.................cari lirik lagu dan salin (tulis dalam buku).  HAHAHAHA.  Toya la Jumizah.  Sapa yang sama macam aku sila angkat tangan. ๐Ÿ‘ธ๐Ÿ‘ธ๐Ÿ‘ธ


Bila masuk alam kolej,  masa tu barulah pelan-pelan ada social media.  Masa tu ada FRIENDSTER.  Bila aku start kerja tahun 2004.  Tak lama beberapa tahun lepas tu,  barulah ada Blackberry dan tak lama lepas tu barulah ada Facebook.  Lepas dari situ barulah mai blog,   Twitter,  Instagram,  Youtube dan segalaaaaaaaaaaaaaaaa-galanya.   Tapi tak dinafikan,  Facebooklah yang menjadi wadah paling penting dalam perkembangan dunia sosial media ni.


Kalau diingatkan sejarah aku dan kawan-kawan mula main Facebook back in 2008.  Orang yang paling kuat duk kempen suruh aku join Facebook adalah Shanaz Balqis Erdin.  Masa tu tak ramai Melayu yang main Facebook.  Aku repeat............tak ramai Melayu yang lain Facebook.  Masa tu aku rasa orang yang banyak main Facebook ni adalah budak-budak Universiti,  budak kolej ataupun those yang pernah masuk U ataupun kolej (depa profesional people yang be connected dengan kawan-kawan lama). 


7.7.19

Thank God for Jay Shetty

"This is a great tip for everyone listening in your life.  When you responds to positivity in your life,  it just increases.  When you responds to negativity in your life,  it the same.  Its just increases.  And to get someone to like you,  defend yourself and control how they feel about you it could drain so much energy.  Use all that energy to all the people that really love you."  petikan daripada kata-kata Jay Shetty dalam sebuah temubual Overcoming Self-Doubt with Jay Shetty - The Art of Charm Podcast 750 pada minit ke 19:20 


6.7.19

The Haunting of Hill House


Sapa sini suka cerita hantu! Nah....The Haunting of Hill House,  drama bersiri terbaharu di Netflix.  Baru satu season,  hangpa boleh mula tengok.  Aku mula-mula tengok satu episod sahaja,  tapi aku macam bara sebab first episode macam tak best,  so aku stopped dan tak tengok lagi.  Then aku bukak dia punya review,  haram jadah dapat 9.2 rating di IMDB.  So aku pun sambung tengok balik,  dan sekarang aku dah masuk episod ke tiga.

Setakat ini aku boleh bagi antara 7-8 persepuluh sebab bila masuk episod kedua baru nampak plot-plot dalam cerita ini semakin membangkit.  Bila dah boleh nampak apakah kes-kes yang dibincangkan dan menjadi jalan cerita utama,  baru aku lagi rasa nak tengok.

5.7.19

Penapis Udara COWAY Berkesan untuk Pesakit Asthma


Ini bukan post iklan. Ini testimoni ikhlas. Cukup sudah 1 tahun kami pasang penapis udara Coway kat rumah. Hari ni depa mai servis tukaq dia punya penapis kat dalam tu. Tudia..........hampa boleh nampak penapis lama dan penapis baru punya berbeza warna dia.
.
.
Bila kami sembang2 dengan technician Coway yang mai servis ni, baru kami realized perbezaan yang amat ketara dalam kesihatan Khafi yang mempunyai masalah asthma yang amat kronik. Hangpa ingat tak dulu? Boleh kata selang beberapa bulan mesti nak kena amik gas kat GH, setahun sekali mesti kena masuk ward.
.
.
Tapi sejak pasang penapis udara COWAY ni memang beza banyak-banyak la. Khafi kalau ada rumah, kat mana pun dia nak tidoq ataupun duduk rehat dia akan angkat mesin ni duduk sebelah dia. Sebab selain jadi penapis udara, benda alah ni juagk function macam kipas angin.
.
.
Dulu masa nak pasang penapis udara ni kami agak takut jugak sebab komitmen nak bayar sewa sebulan RM90 lebih amat berat sebab kami pun bukan orang senang. Rezeki ada cukup-cukup makan. Tapi aku kata kat Khafi, takpa biaq kita susah sikit cari duit janji kita sihat tak kena ulang alik pi hospital lagi raplah. Mau kalau kata kadang-kadang dia bangun-bangun tidoq teruih kena asthma.......masa tu Ya Allah memang panik gila wehs. Aku ni dah sampai dah biasa dah call 999 untuk panggil ambulance mai angkot laki aku pi hospital.
.
.

3.7.19

Pet Sematary (2019)


Pet Sematary adalah satu filem yang diadaptasi daripada novel tulisan penulis genre horror terkenal iaitu Stephen King.  Ampa mesti familiar nama Stephen King ni sebab dialah yang tulis buku yang lepaih tu depa buat filem,  IT.  Pasai makhluk syaitan yang merupa jadi badut duduk dalam parit dan pegang belon tu.  HAAA.....yang tu la....  Pet Sematary ni dah pernah diadaptasi jadi filem sebelum ini, tahun 80an ka 90an.  Untuk versi adaptasi tahun 2019 ini,  diarahkan oleh Kevin Kรถlsch dan Dennis Widmyer.

Mengisahkan tentang satu keluarga yang berpindah di sebuah rumah diperkampungan.  Rumah tu cantik,  tapi terletak kat tepi jalan besar ala-ala lebuhraya kampung yang mana banyak lori besaq duk lalu.  Pastu bila depa mula-mula pindah situ,  depa jumpa ada sekumpulan budak-budak pakai topeng bentuk kepala haiwan dan depa jalan ramai-ramai pi Pet Sematary.


2.7.19

The Bill Murray Stories: Life Lessons Learned from a Mythical Man (2018)


Selalunya documentary filem ni tah apa apa aku pun tak faham apa yang cuba di bawak oleh si pengarah filem tu.  Falsafah dia kunon terlalu tinggi,  berbaur politik tak puas hati dengan sistem dan dunia,  last-last kita yang tengok documentari filem dia rasa macam terpaksa tepuk tangan tanda setuju.


Tapi bukan documentary filem ini bertajuk "The Bill Murray Stories: Life Lessons Learned from a Mythical Man (2018)".


Sapa kenal Bill Murray?  Aku kenal dia sejak dia berlakon sebagai Charlie's Angels era 2000 an.  Tapi orang-orang tua sikit dari kita lebih kenali dia melalui filem Ghostbusters tahun 1984.  Dia seorang pelakon yang santai,  simple dan lawak spontan.


Jadi sekarang dia dah tua,  tapi nama dia tetap lejen sebab lakonan dia memang bagus.  So apa dia buat sekarang?  Dia pastinya kaya,  duit banyak,  tapi adakah dia hidup sebagai pakcik-pakcik tua kaya pusing pi negara bergolak yang mana duit USD sangat mahal dan bazirkan masa dengan wanita dan kemewahan?  


Tak!  Lani apa yang Bill Murray buat adalah dia akan jadi manusia biasa dan tiba-tiba muncul dalam hidup orang biasa yang lain untuk menjadi Bill Murray.  


Okay,  contoh-contoh kelakuan 'orang biasa' yang dibuat oleh Bill Murray adalah.  
1.  Dia pi birthday party orang,  tiup lilin dan nyanyi ramai-ramai
2.  Join karaoke satu group manusia yang sedang bosan lepas balik kerja
3.  Pi satu bar dan offer untuk jadi bartender
4.  Pi parti budak-budak kolej dan tolong budak perempuan basuh pinggan
5.  Pi padang,  tengok satu family duk main bola,  dia join sekali
dan macam-macam lagi.....

1.7.19

What We Do in the Shadows (2014)

Enam sekawan.  Vampire dan maknusia.  Pelbagai isu ke'manusiaan' yang depa hadapi setiap hari.

Tak tau macam mana, trailer filem ni di-suggest dalam aku punya Youtube feed. Tapi mula-mula aku takut nak tekan play sebab dia punya gambaq Thumbnail Youtube video tu, style gambaq drakula muka skeri. Aku ingat gambaq hantu. Tapi bila duk lalu banyak kali, dan hari tu Khafi pun cuti malam-malam dia duk ada rumah, so aku pun tengoklah trailer tu. Nohorom trailer dia pun lawak.


Lepas tengok trailer aku pun cari filem ini dalam internet. Agak susah tapi ada sebab filem ni dah lama tahun 2014. Penerbitan syarikat perfileman dari New Zealand. Wah…aku jarang tengok filem dari New Zealand (kecuali Lord of The Rings la..yang tu kes lain). Seperti biasa, aku nak kena warning kat ampa, artikel ini mempunyai Spoiler so kalau hangpa tak mau tau, jangan sambung baca. 

Makanan Tak Sedap di Thailand

Gambar masa kat Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Hello u olls,  selalu orang kata kalau mai Thailand semua makanan kat sini sedap kan?  HAAAAAAAAAAAA mai sini aku nak share dengan ampa beberapa makanan Thai yang tak sedap pulak.Mesti pelik kan?  Sebab makanan Thailand adalah antara makanan paling sedap di dunia sebab terkenal dengan gabungan rasanya yang lengkap.  Pedas,  masam,  manis,  masin dan segar. 

So macam mana pulak boleh jadi tak sedap? Makanan-makanan yang aku nak list ni jadi tak sedap bukan sahaja sebab takdak rasa atau terlebih pedas ataupun apa?  Tapi dalam catatan aku hari ini berdasarkan perjalanan aku ke Hatyai dan Bangkok pada Mei 2019 yang lalu,  ada juga makanan yang aku anggap dia tak sedap sebab bukan tak sedap kat mulut tetapi tak sedap kat poket. 

Sup Perut Ikan Dengan Rebung
Benda alah ni aku makan masa kat Khlong Hae Floating Market, Hatyai.  Kunonnya nak bersifat food adventerous dan feeling-feeling berani la makan benda pelik-pelik.  Mana tau kalau nasib baik dapat makan sesuatu yang dapat berikan suprise pada taste buds kita.  Tapi haram!  Malang tidak berbau.  Sup ikan pekat dengan rebung jeruk ini yang berbau.  Bau style kau punya.

Aku bukan tak pernah makan rebung,  pernah aih....masa kat Pahang dulu selalu makan rebung dengan masak lemak gitu.  Tapi sup ikan ni,  bau rebung itu tak hilang.  Kalau hangpa tengok ni kat Khlong Hae Floating Market,  tak payah la beli siries!  Macam mana aku beli,  macam tu la aku buang balik.  I DONCH LIKE!


Chernobyl (2019)

Antara scene dalam drama bersiri ini.

Apa itu Chernobyl?  Masa aku kecik-kecik,  lebih kurang darjah 1 atau darjah 2,  aku suka potong keratan akhbar ataupun majalah pastu aku suka buat folio.  Walaupun cikgu tak suruh,  tapi aku sendiri akan buat folio.  Folio ni macam keratan akhbar yang menarik perhatian aku,  sama ada fakta ataupun cerita yang menarik.  So antara yang menarik perhatian aku adalah gambar makcik-makcik tua,  depa pakai babushka pastu pegang bakul rotan dan depa duk kutip cendawan.  

Caption gambar tu menyatakan lebih kurang macam ni,  "Wanita-wanita ini dilarang untuk mengikut cendawan di kawasan berdekatan dengan kejadian Chernobyl."  Aku pun tanya la kat mak aku,  "Pasaipa depa tak boleh kutip cendawan kat sini?"

Mak aku kata "Sebab kat kawasan ni semua dah kena racun nuklear.  Racun nuklear ni bahaya,  sapa makan cendawan ni,  nanti telinga depa keluar tangan."  

HAAAA ITULAH CARA MAK AKU EXPLAINE BAHAYA RADIASI NUKLEAR KEPADA AKU.  So sampai aku tua aku ingat apa itu bahaya nuklear.  Tapi masa aku form four aku amik jurusan sains,  kami belajar la subject nuklear ni.  Tapi haram aku still bodoh jugak tak faham.  Tapi aku tau la,  kat sesetengah negara macam Jepun, Amerika dan sebagainya,  depa memilih untuk menggunakan sains nuklear untuk menjana kuasa sebab dikatakan sumber ini adalah lebih murah.  Tetapi tidak selamat la (kalau berlaku kecelakan).


Mae Klong Railway Market

Tudiaa punya berlemoih la satu hari berjalan!

Haa...stop lama pasai aku punya travel pi Bangkok baru-baru ini sebelum Ramadhan.  So nah hari ni aku sambung balik untuk ceritakan salah satu lagi tempat yang aku pi masa kat Bangkok iaitu Mae Klong Railway Market.  Walaupun nama ja dekat Bangkok,  tapi rupanya dari Bangkok city nak pi Mae Klong Railway Market mau jugak lebih kurang 2 jam naik van.  Actually Mae Klong Railway Market dah nak dekat dengan Damnoen Saduak Floating Market.  Daripada van station di tepian sungai berdekatan Damnoen Saduak Floating Market,  kami amik van dengan bayaran hanya 20TB sahaja.   Paling lawak kat sini,  sebab as we all are coming towards the rural part of Thailand,  semakin kurang manusia yang mengerti bahasa Inggeris.

So kawan aku masa nak beli tiket ni dia kata "chu..chuu..chuuu..chuu.."  dia buat bunyi keretapi nohorom!  Pastu aunty kat kaunter tu gelak.  "Chuu...Chuuu...."  dia pun tunjuk kat papan kenyataan tepi dia tulis Mae Klong Railway Market.  Kami pun beli la tiket.  HAHHAHA

Perjalanan atas van dari van station ke Mae Klong Railway Market mengambil masa lebih kurang 20-30 minit sahaja.  So bila hangpa naik van tu,  orang-orang lain pun akan naik jugak.  Tapi depa akan turun la kat mana-mana tempat lain.  Ala-ala mini bus gitu.

Hello Sosmed!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE