Business Luncheon: Smartphone Photography at Royale Chulan Penang

Reena Yin...hang nak pi mana?


Aku selalu eksaited untuk belajar benda baharu. Melukis, menulis skrip antara kelas-kelas seni yang aku hadiri sebelum ini. Sekarang aku mai kerlas Smartphone Photography yang dianjurkan oleh Royale Chulan Penang pulak. 


Depa selalu buat macam-macam kelas dalam business luncheon,  sambil makan sambil belajar.  Tapi sebelum ni depa buat hari Jumaat,  walaupun waktu lunch time yang panjang tetapi mesti rushing kan?  Topik macam-macam depa buat. 



Ms. Vayshnavee from Royale Chulan Penang sedang memberikan pembuka kata.

Mr.  Sunny Tan memulakan kelasnya.

Tapi kali ini paling best la,  topik best,  tarikh pun depa dah tukar pi hari Sabtu.  Dengan bayaran hanya RM50 seorang, sambil makan ala-ala fine dining kami belajar dengan seorang jurufoto berpengalaman iaitu Sunny Tan tentang tips dan cara untuk tukar gambar menjadi seni.   Sunny mempunyai pengalaman yang berbelas tahun dalam dunia fotografi dia dah pi shoot wedding dan event merata dunia.  

   
Setting meja yang kelasssssssss.

Kami.  Yang depan sekali Cakcing,  aku,  Taufik dan Shada.

Depa ni duduk depan aku block cahaya semua!

Dia adalah fotografer yang tradisional tau yang pakai DSLR yang berat-berat ni.  Tapi dia tak nafikan yang kemudahan dan ke-BEST-an membuat fotography hanya menggunakan handphone.  Penyampaian beliau padat dan ringkas dalam tempoh 2 jam kami dapat banyak tips best.  Yang paling pentinglah,  aku dapat rasakan lepas hadiri kelas ini adalah setiap kali aku nak amik gambar,  secara otomatik aku rasa macam nak amik gambar tu elok-elok!



Sebelum Kursus





Selepas Kursus
Gitu!

Belajar benda baru ni tak semestinya untuk orang muda sahaja. Kawan aku umur 30an baru belajar nak pandu kereta. Dia malu nak habaq tapi aku kata U GO GIRL!


Kalau hangpa nak tau lebih lanjut tentang Business Luncheon terbaharu anjuran Royal Chulan Penang make sure hangpa follow FB dan IG depa.  Facebook dan Instagram

1 comment:

  1. Aku xpi hat ni sebab buat open haus kt umah... Tpi mmg duk aimed nk pi dri hari tu lagi.. Nnt In Sha Allah nak pi.. Harga pun murah gila kot

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...