Chernobyl (2019)

Antara scene dalam drama bersiri ini.

Apa itu Chernobyl?  Masa aku kecik-kecik,  lebih kurang darjah 1 atau darjah 2,  aku suka potong keratan akhbar ataupun majalah pastu aku suka buat folio.  Walaupun cikgu tak suruh,  tapi aku sendiri akan buat folio.  Folio ni macam keratan akhbar yang menarik perhatian aku,  sama ada fakta ataupun cerita yang menarik.  So antara yang menarik perhatian aku adalah gambar makcik-makcik tua,  depa pakai babushka pastu pegang bakul rotan dan depa duk kutip cendawan.  

Caption gambar tu menyatakan lebih kurang macam ni,  "Wanita-wanita ini dilarang untuk mengikut cendawan di kawasan berdekatan dengan kejadian Chernobyl."  Aku pun tanya la kat mak aku,  "Pasaipa depa tak boleh kutip cendawan kat sini?"

Mak aku kata "Sebab kat kawasan ni semua dah kena racun nuklear.  Racun nuklear ni bahaya,  sapa makan cendawan ni,  nanti telinga depa keluar tangan."  

HAAAA ITULAH CARA MAK AKU EXPLAINE BAHAYA RADIASI NUKLEAR KEPADA AKU.  So sampai aku tua aku ingat apa itu bahaya nuklear.  Tapi masa aku form four aku amik jurusan sains,  kami belajar la subject nuklear ni.  Tapi haram aku still bodoh jugak tak faham.  Tapi aku tau la,  kat sesetengah negara macam Jepun, Amerika dan sebagainya,  depa memilih untuk menggunakan sains nuklear untuk menjana kuasa sebab dikatakan sumber ini adalah lebih murah.  Tetapi tidak selamat la (kalau berlaku kecelakan).



Itulah yang berlaku di Chernobyl Nuclear Power Plant, Pryp'yat' Ukraine pada tahun 1986.  Atas kesilapan manusia dan teknologi,  SAMPAI KE HARI INI SELURUH BUMI PRPYAT DISELUBUNGI RADIASI BERBAHAYA.

Mini Series
Pada tahun ini,  HBO mengeluarkan sebuah mini siries bertajuk Chernobyl ada 5 episod semuanya dan setiap episod adalah lebih kurang 1 hinga 1 setengah jam.  Dia menceritakan apa yang terjadi dari malam bangunan penjana kuasa itu meletop hingga terlerainya segala misteri apabila siasatan di peringkat nasional dijalankan dengan sepenuhnya.

Semasa kejadian ini berlaku,  Ukraine masih di bawah Soviet Union (sekarang ni Russia).  Tapi cerita ini dilakonkan dalam bahasa Inggeris tanpa accent Russia.  Sangat bagus sebab tidak perlu nak berpura-pura,  kami yang menonton pun paham aih!  5 mini siri ini ditulis dan direka oleh Craig Mazin dan diarahkan oleh Johan Renck. 

Mini siri ini walaupun ada banyak benda yang perlu diubah untuk menjadikan penceritaan ini lebih mesra penonton,  tapi aku bagi aku kisah-kisah yang didramatikkan ini membuatkan kita jadi lebih faham tentang bahayanya kejadian ini.  Kesan kepada pada manusia,  persekitaran,  bangunan malah haiwan.  Pastu macam mana banyak manusia yang kena berkorban diri untuk selamatkan orang lain.  Siries!

Konklusi
Minisiries ini menerangkan secara terpeinci apa yang berlaku dalam tragedi Chernobyl. Pada awalnya semua duk ingat kejadian ini adalah human error. Tapi bila disiasat oleh para saintis rupanya benda ni jadi sebab pihak kerajaan menggunakan pilihan cara yang lebih murah untuk menjalankan mesin nuklear ni. So kalau benda buruk berlaku,  tekan bukan yang patutnya menyelamatkan tidak akan berfunsi sebab sebabkan menggunakan method yang murah.  Malahan butang itulah penyebabkan mesin atom ni meletops.


Lagi disiasat dan dikaji,  actually bukan salah mana mana pihak pun.  Kerajaan pun tak patut disalahkan sebab pada ketika itu,  saintis pun tak tau sebenarnya pilihan itu adalah boleh menyebabkan kejadian kemalangan.  Sehingga benda ni jadi barulah jadi pengajaran untuk seluruh Soviet Union dan dunia.

Tapi celakanya kejadian ini adalah macam mana Soviet Union nak paksa para saintis untuk tutup pendedahan penemuan depa yang sebenar ini iaitu kesalahan kerajaan sebab pilih benda murah dengan meletakkan kesalahan kepada tiga orang manager bertugas pada malam itu.  Kat sini hangpa akan tengok beberapa watak utama yang sangatlah perangai siye aku tak faham...keras kepala tak mau mengaku kalah dan tak mau tunjuk dia salah. ADAKAH INI CARA TYPICAL ORANG USA NAK KATA RUSSIA NI KERAS KEPALA?  Especially watak pengurus bernama Dyatlov tu...dia style buli dan layan pekerja bawahan macam barua.

Dyatlov yang tak mampuih.  Semua orang mampuih sebab dia.  Tapi dia tak mampuih.

Tragedi yang kita kena pelajari.  Walaupun negara kita pakai kuasa hydro tetapi kita kena belajar la macam mana kita semua sebagai rakyat harus bersatu dalam menjatuhkan sesuatu pemerintahan atau kuasa.  What is right is right,  what is wrong is wrong.  Memang sehingga kini pun dalam rumusan sejarah dunia,  ramai yang menganggap kejadian Chenorbyl menjadi punca kejatuhan Soviet Union.

Rating:  Akak bagi 8/10 bintang
Disclaimer:  Drama bersiri ini adalah hiburan berat.  Sapa IQ 100 dan kebawah sila tengok Youtube saluran TV3Malaysia sahaja.


5 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...