Dokumentari Best di Netflix

Memang tak rugi aku langgan Netflix secara berkongsi akaun ni.  Siries.  Aku rasa tak sampai 1 bulan aku langgan akaun Netflix ni tapi dah berapa banyak movie,  drama bersiri malah dokumentari yang aku dah tengok.  


Kepada sapa-sapa yang berminat nak langgan akaun Netflix untuk penggunaan telefon secara shared-account,  aku cadang hangpa Whatsapp kat nombor ni +60 14-391 2008 (Epoch Store) just Whatsapp dan habaq kata saya nak langgan Netflix,  nanti dia akan bagi hang simple instruction.  Mudah ja....


So baru-baru,  Adzham dah shout out kat Twitter aku dia kata "Boleh tak suggest dokumentari best yang akak dah tengok?"  Oleh itu,  mai sini aku nak share kat ampa,  antara dokumentari best dan aku nak rekemen ampa tengok kat Netflix.  Aku akan try bagi ringkasan seringkas yang boleh bagi setiap dokumentari ni.  Sebab the rest ampa kena pi check it out sendiri laa!


Ilustrasi gempak oleh Michael Byers


Wild Wild Country

Dokumentari ni ada 6 part.  Menceritakan tentang satu gerakan agama/fahaman yang dibawa oleh seorang guru spiritual dari India bernama Bhagwan Shree Rajneesh.  Yang bestnya,  dia punya pengaruh sangat kuat sampai dia punya pengikut semua boleh derma duit kau-kau punya banyak.  Sampai  boleh beli satu kawasan tanah yang agak besar di Oregon,  USA.  Pastu perlahan-lahan depa siap boleh mohon kat kerajaan negeri US untuk tubuhkan pengurusan kerajaan depa sendiri kat dalam kawasan tu.  So maknya depa akan ada sistem polis semua sendiri la.  (kalau tak salah aku)  Tapi perlahan-lahan,  duk nampak dah semua kesalahan berlaku dalam 'cult' ni.  Yang menakjubkan sekali bagi aku adalah.........DAHSYAT NYA ORANG AMERIKA NI PUNYA TAKSUB SAMPAI BOLEH BAGI DUIT BELI TANAH SEMUA!




The Great Hack

Yang ni aku baru mentioned dalam artikel aku Muda Ke Tua Ke .... di mana aku sentuh tentang bagaimana kemudahan sosial media boleh menjadi senjata untuk mengintip rakyat jelata.  Dalam The Great Hack menceritakan lebih mendalam lanjutan daripada sesi perbicaraan terbuka Mark Zuckerberg tentang penyalahgunaan data peribadi pengguna Facebook dan juga penglibatan Cambridge Analytica (sebuah syarikat yang memberi penasihatan kepada pelanggannya tentang cara manipulasi data untuk target iklan/kempen dan sebagainya) dalam pilihanraya di USA 2016 (Trump menang).  Perhati betul-betul dalam dokumentari ni sebab depa ada mentioned nama MALAYSIA.  Tapi aku ulang banyak kali,  dia tak habaq secara jelas kat mana penglibatan Cambridge Analytica dalam negara kita.  Adakah semasa PRU14?  Hangpa kena tengok dokumentari ni.  Sangat membuka mata tentang bagaimana data kita senang-senang hati depa pakai sebagai senjata pilihanraya!





Trump: An American Dream

Dokumentari yang baik adalah dokumentari yang tak bias.  Dia fair.  Dia cerita dua-dua side.  Baik dan buruk.  So inilah yang aku dapat dalam dokumentari ini.  Sedang dalam media secara umumnya menceritakan semua keburukan Donald Trump,  tapi dokumentari ini menceritakan kita macam mana Donald Trump ni seorang yang sangat berani dan macam tajuknya....seorang pemimpi!  Tapi dia pukul balik point-point baik/positif tentang Trump dengan menceritakan secara details macam mana lelaki muka kaler oren ini bermain dengan kepercayaan,  keyakinan dan skill bercakap hingga dapat yakinkan orang/bank untuk pinjam duit banyak-banyak dalam proses dia membina empayar Trump.  Sebenarnya.....dia takdak duit pun! Semua tu atas air liur sahaja.  Kena tonton.  Permainan orang kaya.  Kita orang miskin sila menangis.



Kat poster ni dia tutup,  tapi kalau tengok dokumentari ni...dia akan bagi 'salam' kat ampa dengan benda ni la.

Rocco

Aku tak berminat pun nak tengok,  sebab aku tau kalau dokumentari mengenai bintang filem porno hasilnya mesti murahan dan haprak.  Tapi aku macam sedikit kinky malam tu so aku pun tengok.  Kepada yang tak kenal,  Rocco atau nama penuh dalam dunia pornography adalah Rocco Siffredi.  Dia mula berkecimpung dalam dunia porno sejak tahun 70an kalau tak salah dan antara filem porno terawal dan popular dia buat adalah Tarzan.  Filem dokumentari ini menceritakan lelaki di sebalik watak pornography ini..........AKU TERKEJUT sebab dekat rumah dia totally a different person.  Bini dia adalah seorang yang lawa nak mampuih dan bini dia totally support apa dia buat.  Dan kepada u olls semua,  u gotta check out anak-anak teruna dia.....HARAM ANAK-ANAK DIA ELOK U OLLS!





Voyeur

Cerita ni lawak bin mangkak dan bodo.  Pasai seorang pemilik motel,  dia pasang perangkap camera kat semua bilik motel yang dia sewakan kat orang.  So everyday dia akan hendap sendiri untuk kepuasan dia.  Bukan ja dia mengendap,  kadang-kadang dia buat 'pala' dengan meletakkan benda-benda pelik kat dalam bilik tu dan saja nak tengok reaksi penyewa bilik motel.  Serrr deni.  So one day,  dia dengan harapan nak jual cerita dia kat satu penulis buku yang sensasi dengan cerita-cerita mengenai 'watak jahat'.  Tapi akhirnya,  dua-dua terperangkap.  Bukan terperangkap dengan undang-undang sebab depa dah melepasi 'statute of limitation' ataupun jenayah/kesilapan itu dah dibuat sudah terlalu lama,  tetapi terperangkap dalam keegoan masing-masing.  Yang penulis tu punya reputasi tercalar sebab rupanya cerita yang disampaikan oleh pemilih hotel tu adalah 'TIDAK BENAR'  dan si pemilik motel tu akhirnya DIA PULAK DIHENDAP TANPA HENTI OLEH PAPARAZI.  Lawak wehssssss.....orang tamak selalu rugi.




Seeing Allred

Dokumentari ni pasai Gloria Allred,  yang mula berjuang untuk mempertahan hak-hak wanita dan komuniti LGBT sejak tahun 80an lagi.  Ramai rakyat Amerika yang benci dia sebab kebanyakan hak-hak yang dia perjuangkan adalah melangkaui batas dan norma zaman dan agama.  Dokumentari ni very one-sided,  sebab dia cerita semua yang bagus sahaja tentang Gloria Allred tapi aku tetap respect beliau.  Sejarah hitam yang dia lalui menjadikan dia lebih kuat bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.  Kat Malaysia kita takdak freedom of media dan speech sangat,  and mentality kita pun tak terlalu open sangat,  kalau tak aku duk nampak Datuk Ambiga Sreenevasan lebih kurang macam Gloria Allred jugak la!





Knock Down The House

Aku tak faham sangat sistem demokrasi kat negara Amerika.  Dulu masa sekolah menengah kan kita belajar,  tapi aku lupa dah!  So filem dokumentari ini menceritakan perjalanan empat orang calon Congress yang baharu termasuk yang banyak disebut-sebut dan paling hot sekarang ni... Alexandria Ocasio-Cortez!  Nohorom pompuan ni sangat fierce.  Muda dan sangat determined!  Aku harap deni menang jadi President US.  Boleh ka?  HAHAHHA still tak faham.  Takpa nanti aku pi research sendiri.


Nampak tak?


Holy Hell

Dokumentari ni lawakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.   Kat USA ada banyak agama sesat a.k.a 'cult'.  Tapi cult ni paling lawak sekali.  Mamat pengasas ni nama dia Michel (mi-shel) dan agama depa bertajuk Buddhafield cult.  Bayangkan sepanjang 22 tahun,  penganut dia semua style sembah dia macam mana punya Greek goddess.  Kena layan dia macam raja mana-mana ni....last-last sekali skandal terbongkar sebab kebanyakan penganut lelaki dalam agama ni kena semburit oleh Michel.  HAHAHAHHA nohorom.  You came here because you think you can get peace in your heart,  instead your cult leader cum inside you for peace in his heart. HAHAHAH




Fyre: The Greatest Party That Never Happened

Yang ni hangpa baca kat sini:  Fyre Festival: Pesta Muzik Paling Auta di Abad Ini






The End of The World Cult
Yang ni paling horror wehss.................dokumentari ni dah lama.  Diterbitkan tahun 2007.  Macam mana pembikin filem ini diberikan kebenaran untuk melihat hari-hari terakhir pengikut satu ajaran sesat yang diketuai oleh Michael the Messiah.  Katanya pada 31 Oktober tahun berkenaan,  dunia akan dilanda kiamat.  Tapi,  pembikin filem ni pun tunggu kat luar kawasan perumahan depa,  last-last tak kiamat pun, tapi depa semua ramai-ramai berarak keluar dengan unggun api semua.  Dan depa kata......depa baru sahaja 'dilahirkan semula'.  Sebagai orang Islam,  aku pun percaya hari kiamat akan sampai.  Tapi apa yang Michael ni buat sangatlah siye,  dia dominant gila dalam cult ini (walaupun dengan percakapan yang perlahan dan lembut) dan dia yakinkan anak-anak dara dalam kumpulan dia ni untuk tidur telanjang dengan dia.  Dan isteri-isteri pengikut dia,  boleh tidur dengan dia juga.  WTF.  Aku tak tau apa jadi kat agama ni sekarang sebab aku duk cari tak jumpa.  



ps/  Okay nanti aku tengok lagi banyak-banyak aku review banyak-banyak macam ni kat hangpa na.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...