Fyre Festival: Pesta Muzik Paling Auta di Abad Ini

Semua feeling cantek macam ni la ataih boat.  ps/ Depa ni la semua model model yang pebodo semua orang Amerika dalam video shoot Fyre Festival.

Hari ini kita nak cakap pasai Fyre Festival.  So apakah jadahnya Fyre Festivals ni? Okay,   depa-depa kat negara barat ni especially US dan UK depa sangat suka dengan pesta muzik.  Sejak tahun 70 an lagi,  depa ada Woodstock etc etc.  Pastu zaman lani aku rasa pesta muzik paling meletops adalah Coachella,  Burning Man la.  Kalau tak silap tahon lepas,  Beyonce perform masa Coachella.  Memang lagi la meletops u olls.   Hangpa boleh pi Google sendiri.

Oleh itu,  Fyre Festival ni adalah satu pesta muzik yang kunonnya baru pertama kali hendak dianjurkan yang pastinya lepas ini akan jadi meletops macam muzik events lain la.


Kronologi
Semuanya bermula apabila satu mamat ni nama Billy Mcfarland start nak buat satu aplikasi bertajuk Fyre.  Lani kan zaman aplikasi?  Semuanya benda hang masuk dalam apps dah boleh buat semua. Untuk sewa kereta kita pakai Uber ataupun Grab Car,  untuk sewa rumah (AirBnB) dan macam-macam aplikasi lagi.  So Fyre ni pulak adalah apps untuk tempah/booking artis dan selebriti untuk mengadakan persembahan ataupun penampilan!  

Pengasas Fyre,  Billy McFarland dan Ja Rule.

So kalaulah kata Fyre ini menjadi kenyataan,  kita semua sapa-sapa pun kat dunia ini,  boleh masuk kat apps Fyre dan boleh tempah BEYONCE untuk mai nyanyi untuk birthday kita!! (Dengan syarat Beyonce available time tu dan hang ada la duit nak bayaq dia kan?)  Sebelum ini,  untuk menempah 'talent' seperti model atau penyanyi atau pelakon,  apa-apa sahaja jenis selebriti la,  hang kena melalui pelbagai 'orang tengah'.  Kalau nasib baik,  hang akan dapat orang tengah yang jujur dan amanah. 


Tapi kalau silap hari bulan,  hang tersalah bayar booking money kat salah orang...duit lepas macam itu sahaja.  Sebab 'orang tengah' bukan sahaja kita tak tau credibility dia macammana,  kita juga akan terdedah dengan kondisi untuk depa 'mark up' bayaran.  Bayaran yang tak tentu hala punya,  depa senang-senang amik kot atas macam tu sahaja.


Aku rasa apps ini kalau menjadi kenyataan memanglah sangat bagus dan bukan sahaja menguntungkan kita sebagai pengguna....malah menguntungkan talent dan artis juga.  Mungkin ada depa yang dah takdak agent/manager sendiri,  so depa sendiri boleh manage business depa dengan lebih mudah.  Dan mungkin rating diri depa boleh start popular balik lepas ramai peminat dah start boleh tempah depa.


Jadi kisahnya......bersempena untuk melancarkan aplikasi Fyre ini,  Billy Mcfarland berhasrat nak buat satu festival muzik yang dinamakan sebagai Fyre Festival yang bakal diadakan di sebuah pulau di Bahamas.  Kempen pengiklanan Fyre Festival memang hebat gila!  Dia start dengan membuat satu video promotion yang di shoot di sebuah pulau kecil di Bahamas,  katanya pulau itu adalah sebuah pulau yang pernah dimiliki oleh Pablo Escobar.  


Video shoot itu dipenuhi dengan muka-muka model hebat yang memang popular gila sebab depa sangat hots antaranya.....Bella Hadid!  So all those models beramai-ramai duk main jetski la,  telanjang tepi laut la...semua tu la. Dan bila video tu dah siap,  orang pertama yang post kat IG adalah Kendall Jenner dengan caption....."come and join me" bubuh link website depa jual pakej untuk pi Fyre Festival.  Dan start dari situ,  semua orang pun start nak join laaaaa!


Start dari situ,  models-models lain pun mulalah share jugak iklan Fyre Festival ini kat IG depa.  Aku tak tau la models lain dapat berapa bayaran untuk iklan kat IG tu,  tapi Kendell Jenner terima bayaran iklan 1 post kat IG dia tu sebanyak USD250,000.00.  Gila babi wehs!   Bagi aku kat aku duit tu,  aku boleh beli 17 bijik rumah kos sederhana rendah kat Malaysia ni.


This is now a deleted post.

Tapi bayaran sebanyak itu amatlah berbaloi sebab bayangkanlah berapa juta followers Kendell Jenner ada kan?  Bayangkan semua followers dia yang kaya raya dan datang dari seluruh dunia senang-senang saja boleh terus beli pakej dan ticket Fyre Festivals.  Bayar berapa pun memang dapat modal balik!


Pastu Fyre Festival jugak minta all social influencer untuk start iklan kat IG depa.  Social media influencer semua dijanjikan sebuah rumah mewah lengkap untuk 4 orang,  jika depa tolong post iklan kat IG depa.  Tapi untuk social media influencer,  depa tak share video,  tapi depa share satu post warna orange kat IG depa!  Fyre Festivals hire 250 social influencer untuk tolong post petak orrange itu!

Contoh!  Tapi ramai social media influencer dah delete post depa ni.

Dengan kempen pengiklanan melalui social media ini,  maka cepat dan tuntaslah benda ini menjadi tular dalam kalangan para anak muda especially golongan millennial.  Depa ni semua pulak adalah jenis orang-orang kaya,  kerja macam-macam,  setakat beli pakej tiket dan penginapan mewah yang ditawarkan oleh Fyre Festivals dengan harga USD 45,000.00 tu bukanlah masalah besar.


Semua tiket dan pakej terjual habis dalam tempoh yang cepat!  


Tetapi seperti mana yang kita tahu,  pada tarikh yang dijangkakan berlangsungnya Fyre Festival iaitu pada April dan Mei 2017,  semuanya tidak menjadi kenyataan.  Dijangka lebih kurang 1000 hingga 4000 orang yang datang ke Pulau Bahamas itu terkandas dan tertipu dengan janji-janji mewah.


I kid you not.  Nak tau lebih lanjut,  saksikan dua dokumentari khas mengenai Fyre Festival.  Sebuah produksi Netflix,  dan satu lagi produksi Hulu.    Of course aku tengok yang Netflix punya sebab aku lani ada Netflix...HAHAHAH




Tindakan Undang Undang
Apabila Fyre Festival menemui kegagalan paling teruk di abad ini,  malapetaka daripada pihak-pihak yang ingin menyaman pihak penganjur pula disusul.  Billy McFarland berdepan dengan pelbagai tuduhan kerana dia dikatakan menipu,  penyelewengan wang,  iklan yang tipu dan macam-macam lagi.


Ada juga pihak yang ingin menyaman para model dan social media influencer sebab depa pun sama salah,  iaitu mengiklankan benda-benda yang tidak ada kesahihan menyebabkan para pengikut kerugian beribu ringgit.


U guys kena tengok dokumentari yang depa dah buat pasai Fyre Festival ini baru u olls boleh bagi pendapat peribadi mengenai perkara ini.

#scamwhich yang menjadi viral.  Depa janjikan makanan ekzotik dari India dan Jepun,  tapi peserta Fyre Festival dalam sandwhich ini sahaja untuk makan malam.


Salah siapa?
Bagi I olls,  model-model itu tidak salah.  The only kesalahan yang depa buat adalah hanya sebab depa ni terlalu hot.  HAHAHAh bodo kan lawak aku?  Okay,  to be serious,  model, blogger,  Youtuber...semua semua yang tergolong dalam social media influencer ini adalah sama juga tanggungjawab yang dipikul.  

Depa janji khemah dan villa mewah,  nah amik hang....dia bagi dome terpakai masa musim ribut.


Sebagai public figure,  yang juga menjalankan 'perniagaan' dari pihak iklan yang dipaparkan kepada para pengikut maya,  you olls patutnya arif dan peka tentang apa yang u olls nak promote.  How legit it is?  Kalau contoh nak promote produk kecantikan yang menjanjikan u olls makan satu pill sahaja,  otomatik u olls akan jadi putih macam Snow White.  So sebelum u olls amik bayaran iklan tu,  u olls kena bincang dengan penjual tu dulu.  Study product tu dari mana,  bahan-bahan yang digunakan,  adakah membahayakan? So kalau produk kecantikan tu tipu, takkan u olls nak jual kat para pengikut u olls?


Sama la jugak dengan Fyre Festivals ni,  sebelum u olls terus terima tawaran untuk buat iklan,  u olls ada hak untuk tanya details penganjur.  Kredibiliti syarikat yang menganjur,  apa objektif depa,  keuntungan pi mana?  Sapa yang benefit dalam program itu?  etc etc etc etc.  


Aku sendiri sebagai blogger amatlah peka tentang perkara ini.  Aku paling meluat bila tengok drama dalam kalangan blogger.  Nak haram betui,  follower style ciput.  Satu hari traffic yang masuk blog dia tak sampai 10 orang pun.  Itu pun tolak 2 traffic sebab dia sendiri tengok melalui PC dan Handphone sendiri.  Tapi bila bab-bab benefit dan nak pi iklan untuk dapat something free.....boleh berebut-rebut dan bergaduh.  Sentap sesama sendiri.  Dan macam-macam lagi......


Sendu kan?  Aku tulis blog sebab aku suka menulis dari kecik.  Kecik-kecik mana ada komputer dan internet,  so aku tulis apa?  Aku buat magazine dan novel sendiri...hangpa kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan yang sama sekolah rendah dan sekolah menengah dengan aku.  Dan orang kata aku tulis blog ni best,  sebab itu aku boleh ada pembaca sehari lebih kurang 1000 pembaca sebab aku tulis dari hati.  AKU TAK DAPAT JEMPUTAN PI REVIEW MANA MANA PROGRAM TAK PERNAH SENTAP PUN.  Sebab bagi aku,  syarikat tu yang rugi sebab tak jemput aku.


Blogger/social media influencer kena ada maruah.  Apa sahaja kerja yang kita buat kat dunia ni,  kita kena jalankan tugas tu dengan maruah.  Tapi sayangnya,  depa ni kebanyakan takdak.  Samalah perangai dengan semua 250 social influencer yang tertipu untuk Fyre Festivals ini.  Sesuai dengan ampa semua.


Tapi bagi aku,  jahanam paling jahanam sekali adalah Billy McFarland.  Sebab kalau hangpa tengok dalam dokumentari tu rupanya,  sebelum dia buat Fyre Festival dia pernah buat beberapa projek lain yang basically target millenials kaya,  pastu bila projek tak jadi,  dia akan korek projek baru untuk dapat untung dan kambus projek lama.  Lani dia dah kena masuk jel 6 tahun.  Amik hang dalam penjara jangan bagi jatuh sabun.


Kesimpulan
Walaupun benda ni tak kena kat kita orang Malaysia,  tapi still kita boleh belajar daripada pengalaman ini.  Iaitu janganlah terlalu taksub dan percaya 100% apa yang social media influencer  kata.  Contohnya kalau pun aku sebagai blogger yang ada sakit mental duk pi cerita pasai aku dapatkan rawatan sakit otak sekian-sekian cara,  janganlah ikut apa aku buat 100%.  Pi la jumpa doktor dan dapatkan rawatan yang sebetulnya.  Jangan lah duk pi follow apa sahaja yang social media lani duk buat,  trendy katanya?  Last-last u olls yang rugi.

Tak salahkan jadi hipster sikit?  Ada taste yang berbeda dan jauh lain dari orang biasa.  Belajar untuk buat research,  rajinkan diri untuk membaca.  

ps/  Oh ya...aku rasa Ja Rule pun patut kena tangkap juga. 

2 comments:

  1. dah tengok yg versi netflix.. memang disaster betul.. pulau dah la kecik gila.. memang x muat la ramai2 tu

    ReplyDelete
  2. Belum tengok. Netflix dan chill lepas anak tidur.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...