I Subscribes Netflix...Officially


Mulanya aku macam skeptikel nak bayar RM10 untuk subsribtion Netflix sebab aku dah terlalu selesa dengan saluran percuma dalam laman website dan channel melalui Telegram. Jawapan aku “Buat apa nak bagi Yahudi lagi kaya?” 


Sekarang, Nizal tauke Murtabak pun dah pandai subscribe Netflix. Whenever kami nak kutuk dia sebab dia tak reti nak buat apa-apa transaksi dalam talian dia akan kata “Aku lani ada Netflix!” Grab Car tu dikecualikan sebab adik dia Shada yang ajar. 


Akhirnya aku termakan pujukan Yazid Aziz suruh aku subscribe Netflix. Dia copy paste satu paparan iklan untuk daftar Netflix secara berkumpulan dan lebih murah. Dia siap tolong save nombor fon orang tu supaya senang aku untuk terus tekan butang message Whatsapp. Selepas perhubungan mudah dengan peniaga online tersebut, aku sekarang officially ada satu no akaun Netflix sendiri yang aku boleh tengok pada mula-mula masa melalui handphone aku. 


My first week with Netflix, PERGH………………………aku rasa macam inilah investment RM10 paling bermakna dan paling berbaloi pernah aku buat. Kalau movie online ada semua filem, dekat Netflix ada semua FILEM DAN TELEFILEM YANG CONFIRM BEST DAN BUKAN BERTAHAP TAHI!!!! Aku tengok macam-macam, aku re-tengok benda-benda yang aku pernah tengok antaranya drama bersiri kesukaan aku macam OJ Simpsom, The Crown dan macam-macam lagi. Semua aku re-tengok. 


Pastu dah habis tengok semua filem dan telefilem bersiri yang baharu dan lama, aku tengok pulak dokumentari. Aku tengok beberapa dokumentari bersiri yang depa tayang dalam Netflix daripada kisah-kisah keluarga diraja Britain, conspiracy theory, kisah lelaki yang percaya dia adalah nabi bernama Michael yang kata pada 31 oktober 2007 lalu akan berlaku hari khiamat sampailah dokumentari pasai bahan-bahan mukjizat Nabi Isa menurut kepercayaan Kristian. 


Sapa yang gila movie macam aku, dan masih terlambat untuk membuat subscribsi untuk siaran berbayar ini. Hang mau cepat-cepat daftar buang. Mungkin lepas ni, Iflix, Hulu dan macam-macam lagi. 

4 comments:

  1. Hi Sis Jumi, macam mana boleh subscribe rm10? murah tu...sy kene 42..boleh share sikit amik pakej ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, cari kat facebook...NETFLIX MURAH nanti banyak orang iklan. Whatsapp ja depa dan follow simple instruction.

      Delete
    2. thx jumie, selamat menonton. I recommend, stranger things and suits.. please do review...hehehe...byk sgt cite kadang xtau mane yg sedap..

      Delete
    3. Stranger things memang kita follow la sis. Season 1 kita ada review. Season 2 kita tak review sangat sebab tak berapa best. Season 3 punya notes dah ada dalam laptop cuma tak edit lagi.

      Suits....kami belum ushar lagi.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...