Kami Beli Tiket Paling Depan VIP untuk Konsert Amal Okestra Tradisional Malaysia bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza di Pulau Pinang!


Tula bila aku post kat IG dan Facebook, ampa kekwat tak mau baca. Kekwat dengan aku. Mentang-mentanglah aku tak hot pakai make up tebai-tebai dengan bulu mata palsu 16 kaki panjangnya, ampa pandang aku blogger lekeh saja. Tapi bila aku post gambar aku duk pegang 13 keping tiket VIP untuk tengok Dato' Sri Siti Nurhaliza beraksi dalam Konsert Amal Okestra Tradisional Malaysia di Pulau Pinang baru semua ketaq tetek duk PM aku kot tepi dan tanya "Sissss...tiket ada lagi tak?"


Haaaaa....pi laa follow Kak Senduk! Pi la follow Cik Apel....pi laa follow semua blogger hebat-hebat kat KL. Tak payah nak folllow aku.




Sorry nak berletiaq sat.  Geram tau sis dengan sikap sesetengah netizen.  Tapi bekpilah,  aku tetap nak layurkan tiket-tiket yang aku dan keluarga dan kawan-kawan aku beli.  Bila tau sahaja pasai kongset ini melalui tauke Gillard Gourmet iaitu Afat Gillard,  aku teruih PM nombor telefon penjual tiket tu.  Bila aku Whatsapp orang tu,  rupanya memang duk kenal dalam industri teater Pulau Pinang gitu. Kami pernah main boria sekali.  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......nak jadi cerita mai kat ampa aku kautim dengan abang tu.  "Abang......................................13 tiket paling depan sekali abang jangan jual kat sapa-sapa.  Kalau abang jual kat orang lain,  saya jumpa abang,  siaplah....5 det tak guna"  ayat gangster Kebun Lama yang klasik.



Abang Veera tak akan berani punya jual tiket tu kat orang lain.  Jadi tiket yang paling depan terdekat dengan pentas sekali adalah milik kami,  sekarang ni tunggu aku melobi kakak,  adik,  mak,  kawan-kawan,  anak ayam,  mak ayam semua untuk join aku sebagai 13 orang yang duduk depan tengok Tok Ti menyanyi.  Bestnyaaa....Afiyah...anak ibu!


Nah.....lepas aku pujuk-pujuk 13 orang berjaya dikumpul.  Kami pun bayar Abang Veera si penjual tiket.  Dan kami dapat tiket.   Tunggulah Ahad ni,  aku nak tengok Siti Nurhaliza Afiyah Anak Ibu menyanyi secara live depan aku.  Ya Allah tak leh nak habaq betapa excitednya.  Mulai sekarang aku nak jaga vocal aku jugak mana tau kot-kot la dia panggil aku naik atas dan nyanyi lagu Nirmala dengan dia.  

Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

 

1 comment:

  1. If you are looking for luxurious Gucci Handbags bearing designer labels, Vitapress.By is the destination to visit. It is a website where you will find genuine leather Christian Dior Bags of luxury handbags from famed brands like Balenciaga, Celine, Dior,Hermes handbags, Fendi and Saint Laurent among others. And the sale price and high quality has won a great reputation all over the world.Also ,The Breitling Watches It offers free shipping for all orders and countries.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...