Muda Ke Tua Ke .....

Aku dan kawan aku nama Hany.  HAHHAHA muka dia styel tua macam Tok dalam cerita Jepun Oshin.

So last week kita semua kena demam Face App iaitu satu aplikasi yang boleh ubah muka kita jadi muda, jadi tua ataupun tukar jantina. Tapi Face App punya editing ni jauh lebih hebat daripada Snapchat punya (haritu viral tukar jantina punya..) sebab gambar kita jadi sangat realistik dengan kualiti gambar yang HD. So macam sapa amik gambaq pakai fon mahai macam aku (ek hemmm ~~ berlagak u olls) so gambaq hangpa akan jadi super duper realistik.


So kegilaan ini menular dalam Whatsapp group family aku di mana kami semua adik beradik edit muka kami jadi tua. Muka aku depa kata macam mak aku, kakak aku punya muka jadi macam arwah makcik aku, dan kakak aku lagi sorang jadi macam arwah tok kami. Cakcing punya muka tak berapa nak menjadi sangat sebab dia kan lani Kak J so duk feeling macam make up tebal semua. Nak tua macam mana kalau blusher 14 kg kan?   Pastu aku duk edit pulak gambar kawan2 kat office. Ada yang jadi macam Pendekat Kundur, ada yang berubah jadi macam pakcik KFC...macam-macam rupa.  Semua orang seronok bergelak bila tengok perubahan pada wajah masing-masing.


Tapi for sure bila aku buat gambar muka aku sendiri dan gambar aku dengan laki aku. Sumpah wehs aku rasa sayu dan sedih....sebab aku pun tak tau adakah aku akan sampai usia ini. Kita tak tau apa nak jadi kat kita esok lusa, sedang kita duk bergelak kat sini, kat situ mungkin kain kafan kita sedang dipotong. 


Russian Spy
Tengah kita duk syiok-syiok ubah muka jadi tua dan tengok gambar kawan2 kita jadi tua, tiba-tiba duk viral pulak mengatakan aplikasi ini adalah satu kaedah risikan Russia untuk ambil data raut wajah kita, ukiran pada anak mata kita untuk merancang sesuatu yang boleh menggugat keselamatan negara.


Tak tau la nak percaya ka tak sebab bagi aku tak bahaya langsung sebab masa kita amik gambar atau upload gambar untuk editing, apps tu tak suruh pun kita masukkan lokasi kan?  


Kalau nak pikiaq sangat takut pada pencerobohan data privasi dah lama aih Mark Zuckerberg buat kerja tu. Ni kita duk pakai Facebook, duk like apa, tengok apa, share apa, check in kat mana, data kerja kat mana, beranak bila ...... SEMUA TU DATA WEHS YANG BOLEH DIBELI OLEH KERAJAAN KITA SENDIRI UNTUK SERANG HENDAP KITA TENTANG SESUATU BERITA. Ini sudah terbukti dan menjadi perdebatan dalam pilihanraya USA kemenangan Donald Trump dan jugak undian BREXIT di UK. 


Selain Facebook, pakcik Google pun jahat jugak ya. Hang pernah tak tengah duk google something, tiba2 call masuk. Hang pun jawab fon dan dalam perbualan telefon tu hang sebut "Lapaq KFC la..." tiba-tiba kat website yang hang duk layari menggunakan Google Chrome tu pun keluar iklan KFC?  Ini bukan aku saja reka-reka cerita okay!  Ampa cari informasi pasai ni dah banyak orang buat siasatan dan memang ternyata pakcik Google pun dah lama duk collect dan curi pakai data kita.


Kalau masih tak percaya,  hangpa boleh tonton beberapa filem dan dokumentari seperti berikut:  The Great Hack (Documentary,  NETFLIX),  Brexit: The Movie (HBO).  Yang ini dua aku dah tengok la.  Hangpa kalau ada cadangan lain,  please share on comment section.  So kesimpulannya,  aku rasa Face App tu takdak masalah apa pun,  kecuali dalam dia punya terms dan conditions (yang sudah tentu kita tak peduli dan baca adalah) pihak developer Face App berhak untuk guna gambar kita untuk apa sahaja depa nak pakai something like that la.  Kita takdak hak nak tuntut apa apa.  So acam kalau gambar kita digunakan untuk iklan minyak gamat,  so kita tak boleh mintak duit sebab depa pegang hak kepada gambar kita tu.  Entahla.......

Aku still tak rasa benda ni macam takdak la seteruk macam mana Facebook dan Google dah lama dahsyatnya curi data kita.  Dalam dokumentari The Great Hack siap ada mentioned kot penglibatan Cambridge Analatyca di Malaysia.  Tapi tak habaq la campur tangan tentang apa?  Adakah PRU yang terkini?

In the mean time, terimalah gambaq aku dan laki aku jadi tua


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...