5.7.19

Penapis Udara COWAY Berkesan untuk Pesakit Asthma


Ini bukan post iklan. Ini testimoni ikhlas. Cukup sudah 1 tahun kami pasang penapis udara Coway kat rumah. Hari ni depa mai servis tukaq dia punya penapis kat dalam tu. Tudia..........hampa boleh nampak penapis lama dan penapis baru punya berbeza warna dia.
.
.
Bila kami sembang2 dengan technician Coway yang mai servis ni, baru kami realized perbezaan yang amat ketara dalam kesihatan Khafi yang mempunyai masalah asthma yang amat kronik. Hangpa ingat tak dulu? Boleh kata selang beberapa bulan mesti nak kena amik gas kat GH, setahun sekali mesti kena masuk ward.
.
.
Tapi sejak pasang penapis udara COWAY ni memang beza banyak-banyak la. Khafi kalau ada rumah, kat mana pun dia nak tidoq ataupun duduk rehat dia akan angkat mesin ni duduk sebelah dia. Sebab selain jadi penapis udara, benda alah ni juagk function macam kipas angin.
.
.
Dulu masa nak pasang penapis udara ni kami agak takut jugak sebab komitmen nak bayar sewa sebulan RM90 lebih amat berat sebab kami pun bukan orang senang. Rezeki ada cukup-cukup makan. Tapi aku kata kat Khafi, takpa biaq kita susah sikit cari duit janji kita sihat tak kena ulang alik pi hospital lagi raplah. Mau kalau kata kadang-kadang dia bangun-bangun tidoq teruih kena asthma.......masa tu Ya Allah memang panik gila wehs. Aku ni dah sampai dah biasa dah call 999 untuk panggil ambulance mai angkot laki aku pi hospital.
.
.



Tapi lani kami memang bersyukur lah. Ini invesment rumah yang lebih berharga dan bernilai. Daripada bayaq sewa Astro...baik sewa Coway.
.
.




Jadi kepada hangpa semua yang ada masalah asthma, ataupun hidung jenis sensitif atau apa apa la masalah yang melibatkan pernafasan, kalau ada rezeki sikit aku AMAT REKEMEN hangpa pasang penapis udara COWAY ni kat rumah ampa. Ini bukan iklan berbayar. Ini memang testimoni ikhlas. Kebahagiaan akan muncul bila hati dan tubuh badan sihat walafiat. 💟💟
.
.
Sapa sapa meniaga COWAY please feel free to share this testimoni. #COWAY #testimonial


Original post on my Facebook.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region