Perasaan Jumpa Tok Ti


Cercalah aku sebab lepas video after video, mak buat post kat blog pulak pasai kisah mak dan kawan-kawan pi tengok konsert Tok Ti di Pulau Pinang. Sapa yang tak baca part I, sila baca sini: Kami Beli Tiket Paling Depan VIP  So hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, I olls pilih untuk pakai jubah hitam dan tudung biasa jer simple tapi make up cantik-cantik. Kawan kakak I kata, eh Jumie awat pakai biasa jer…tak pakai macam vouge-vouge.Aku pun terdiam dan tak tau nak balaih macam mana....HEYYYY...KITA USTANYAH LANI TAU.


OOTD sat kat Market Balik Pulau


Kami pun tiba di Prince of Wales International School yang terletak di Balik Pulau. Masya Allah….Balik Pulau dah hebat nau nau. Sapa yang duduk luaq Penang ampa punya tak berapa faham.....Balik Pulau ni dia dalam Penang island jugak tapi dia punya kemajuan tu macam tak berapa nak sampai kalau compare dengan kawasan bandar satelit yang lain dalam Penang island.  Kat sini dulu kita kami tau adalah tempat nak cari durian,  ada banyak dusun,  banyak kampung-kampung dan banyak padi.  Aku dan Khafi dulu malam bosan-bosan suka duk drive sampai ke Balik Pulau ni semata-mata nak bagi rasa angin sejuk malam di kampung.


Lani...................depa siap ada international school u olls.   Dan bila nak masuk sekolah ini, kita akan masuk kawasan perumahan yang agak pesat dan banyak rumah-rumah kat sini. Pastu ada papan tanda kat tepi Kawasan perubahan tu dia tulis macam next project Starbucks pun ada. Kerlasssssssssssssssss…… 


So lepas parking semua, kami pun tunggu la nak masuk ke auditorium sekolah tu. Mula-mula macam depa tak bagi masuk pun lagi, tapi bila hujan renyai mula turun, barulah depa bagi rakyat jelata yang dah beli tiket-tiket ni masuk. Tapi kan, masa kami semua duk tunggu kat luar memang boleh nampak la geng-geng tegar Siti Zoners yang ada dalam video klip TING TING TARA duk beratur jugak nak mai tengok show ni. GIGIHNYA! 




Masa nak masuk pintu konsert ni, jumpa la pulak hamba Allah ni, kita tegur dia baik-baik tau. Tiba-tiba dia mencerca akak lebih kurang macam ni “Hang beli tiket yang mana Jumie?” Aku pun balas la…”Tiket biasa-biasa ja…” “Mesti kau ni dapat sumbangan Pusat Islam kan?” Makaaaaaaaa aku pun membalas dengan senyuman manja “Mestilah…saya kan orang susah, kenalah dapatkan bantuan masjid.” Susahkan jadi orang yang cantik rupawan dan berbudi pekerti macam aku? 



Masuknya dalam auditorium POWIS ni, aku agak impress la sebab bahagian dalam dewan ni amat cantik. Dinding dia ada lampu-lampu macam mana ka. Lepas ketibaan para VVIP ke dalam dewan, maka konsert pun dimulakan. 

Shada dan Arafat.

Kak Edeh dan Cakcing.

Kak Edeh mula-mula duk drama kata demam la selsema la tak mau mai konsert,  lepas tengok Tok Ti teruih habih demam semua.

Ni wife sepupu I olls,  Kak Ila pun peminat tegar Tok Ti.  Dulu konsert mega pertama Tok Ti kat Stadium apa ka,  dia pi okay.

Tajuk konsert ini kalau hangpa terlupa adalah Konsert Amal Okestra Tradisional Malaysia Bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Konsert ini adalah sebagai satu langkah untuk mengutip dana untuk membantu penggiat seni Pulau Pinang yang ditimpa sakit dan sebagainya. Nampaknya dewan penuh, pasti niat baik ini mencapai kejayaan. Aku harap di baca blog aku dan tengok aku duduk paling depan sekali. 

The stage.  Tak besaq sangat pentas POWIS ni.  Tapi tempat duduk dia sesuai untuk pementasan (teater style) dan ada dua tingkat.


Saja nak habaq kami paling depan sekali.

Bersama Kak Eliza.


Apa yang aku suka mengenai konsert ini adalah macam mana Rosnan Abdul Rahman yang bertindak sebagai Pak Yong menjadi moderator konsert dengan bercerita dan memperkenalkan alat-alat muzik dan jenis muzik tradisional Malaysia. So bila aku cakap Malaysia, so bukan muzik tradisional Melayu sahaja yang ada malah alat muzik tradisional orang asal Sarawak, India dan Cina turut dikisahkan. 

Emcee ni kata jangan amik gambar,  tidak dibenarkan.  Aku pun amik gambar dia. HAHAH

Siriesly aku tumpang bangga pulak sebab rupanya muzik-muzik tradisi Malaysia amat indah. Selain permainan alat muzik secara solo, ada tiga orang penyanyi turut membuat persembahan. Asmidar, aku dah pernah dengar dia nyanyi live masa konsert teater muzikal P Ramlee kat Dewan Sri Pinang dulu (Thanks Syaz sebab jemput aku…). Perempuan ni memang suara KELASSSSSSSSSSSSSSSSS…..dia bukan jenis artis baharu penuh dengan kisah-kisah gossip murah. Dia focus dengan minat dia. Pasaipa dia takdak single yang bisa layakkan dia ke AJL? 

Asmidar dalam busana Shanel Harun.  Cantek sangat.






Depa ni punya rapat depan aku bila depa menari ka apa macam depa duk sembah aku dah rasanya.


 Antara segmen kegemaran aku adalah persembahan solo sape oleh salah seorang ahli okestra.  Siriesly rasa sangat majikal kot tengok persembahan muzik orang asal Sarawak ni.  Rasa macam Puteri Santubong sat.



Pastu sorang lagi penyanyi hebat yang lani aku macam minat plak, nama dia Rojer Rozaidy Shukry. Dia mula popular bila dia masuk Dangdut Star dengan Mas Idayu. Bila dia main gabus dan nyanyi lagu Pak Ngah Balik, aku rasa macam kagum gila!! Mamat ni memang berbakat. Sapa minat nyanyian lagu-lagu tradisional haruslah follow dia kat IG dan Youtube.

Rojer dan gabusnya.  Macam Taufik dah.

Next, depa ada kenalkan seorang lagi penyanyi nama Azmir Ariff. Katanya dia ni lahiran dari Kuantan tetapi pernah menetap di Balik Pulau. Aktif menyanyi dan membuat persembahan hingga ke Brunei. Yang uniknya mamat ni, masa dia bercakap (dengan penonton), suara dia sengau wehs! Tapi cepat-cepat dia terangkan kepada penonton semua, saya memang sengau, tapi bila saya menyanyi, sengau saya hilang. Masya Allah! Azmir Ariff ni kira okay la…not bad. Aku harap dia lebih maju pas ni. 

Azmir Ariff.

Finally ………kemunculan Tok Ti yang membuatkan seluruh dewan gamat. Terlalu gamat sampai Rosnan Abdul Rahman dah tak boleh nak bendung. Bak kata Azmi yang sudah terlalu biasa menonton persembahan Tok Ti di konsert-konsert, setiap kali dia membuat kemunculan pasti ada kezutan dan kelainan yang dia akan buat. So macam mana Tok Ti nak buat kezutan kali ini? 

Rosnan Abdul Rahman selaku moderator

Caranya, ada dua palang pagar berbentuk ukiran kayu Melayu ditolak masuk ke tengah-tengah pentas. Pentas yang hanya lebih kurang 3 meter hadapan kami. Sudah tentu aku yang mempunyai IQ sebanyak 300 dan ke atas dah boleh agak, Tok Ti pasti ada kat belakang pagar berukir tu!! Pastu depa pun mainlah muzik Nirmala. Teng Teng Teng……….. 



Tapi sayangnya…….Tok Ti punya microphone habis bateri! Shit. Depa ulang balik muzik. Dan kali ni suaranya betul-betul boleh keluar. Bila suara Tok Ti mula berkumandang aku pun punyalah teruja. Macam nak meremang bulu roma pun ada wehs…..INI KALI PERTAMA AKU DENGAR SUARA DIA SECARA LIVE. Terasa seram sejuknya macam aku mula-mula dengar suara Tok Ti nyanyi lagu Mawar Ku 23 tahun yang lalu. Pintu agar terbuka, Tok Ti menjelma dengan busana songket Puteri Perak warna oren selengkapnya. 

NENJIA....................





Ya Allah cantiknya perempuan ni. 


Tapi sayangnya microphone Tok Ti kembali rosak. Dia terus menyanyi walaupun microphone tu tak capture suara dia.  Pastu para penonton termasuk aku nyanyi lagu Balqis Bersama-sama dia. Tak lama lepas itu, masuklah sorang abang crew membawa microphone yang sedia elok. Alhamdulillah. Tok Ti terus menyanyi lagu ini hingga habis. 


Aku rasa macam nak menangis sikit pun ada. Macam mejik laaaaaaa…..TOK TI betui-betui ada depan aku lebih kurang 2-3 meter sahaja. Tersangat dekat. Terima kasih banyak-banyak kat Abang Khafi sebab bagi duit beli tiket yang mahal ini. Hadiah untuk aku sebab dia ni dah la susah bawak aku pi berjalan ka dating ka……….bila dia bagi duit kat aku dia tanya duit tu aku buat apa? Aku bagitau aku beli tiket konsert Tok Ti. Dia tanya berapa? Aku jawab la tiga ratus. Pastu dia terdiam. 


 Sebahagian daripada 13 orang kami yang duduk kat kerusi tengah paling depan sekali.

 Can I say that i share the same stage with Tok Ti?


 Me with Hilma,  Surianie and Nizal.

 Sanita,  Kak Edeh,  Cakcing and me...sayangnya kami kurang sorang lagi Kak Julie.


Masa nak turun balik kami bertembung dengan Azmir dan beliau sangat baik dan sudi amik gambar dengan kami.  Terubat la rasa sedih tak dapat amik gambar dengan artis lain terutama sekali Tok Ti,  sebab kami bukan Siti Zoners apatah lagi berbangsa Italy.  HAHAHA


Persembahan Tok TII termasuk sembang-sembang dan medley apa semua lebih kurang 15 ke 20 minit sahaja. Terlalu sat sangat. Tapi takpalah, apa pun aku sangat berpuas hati dengan konsert ini. Muzik tradisional Malaysia yang majikal, penyanyi jemputan yang hebat-hebat dan berpengalaman dan Akhir sekali Tok Ti menglengkapkan keindahan malam itu. 


Aku quote kata-kata Kak Edeh iaitu mak aku “Seronok jumpa Tok Ti. Satu kurniaan Allah buat untuk dia, dah la cantik, suara pun sedap.” 


Kepada yang kutuk aku beli tiket pakai duit Masjid, eh? Depa pun mai konsert ni dapat tiket free kan?

Jangan lupa tengok Youtube post aku tentang Konsert Tok Ti aku kat sini:

Vlogpost








3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...