Pet Sematary (2019)


Pet Sematary adalah satu filem yang diadaptasi daripada novel tulisan penulis genre horror terkenal iaitu Stephen King.  Ampa mesti familiar nama Stephen King ni sebab dialah yang tulis buku yang lepaih tu depa buat filem,  IT.  Pasai makhluk syaitan yang merupa jadi badut duduk dalam parit dan pegang belon tu.  HAAA.....yang tu la....  Pet Sematary ni dah pernah diadaptasi jadi filem sebelum ini, tahun 80an ka 90an.  Untuk versi adaptasi tahun 2019 ini,  diarahkan oleh Kevin Kölsch dan Dennis Widmyer.

Mengisahkan tentang satu keluarga yang berpindah di sebuah rumah diperkampungan.  Rumah tu cantik,  tapi terletak kat tepi jalan besar ala-ala lebuhraya kampung yang mana banyak lori besaq duk lalu.  Pastu bila depa mula-mula pindah situ,  depa jumpa ada sekumpulan budak-budak pakai topeng bentuk kepala haiwan dan depa jalan ramai-ramai pi Pet Sematary.



Perasan tak?  Ejaan untuk Sematary adalah salah.  Ejaan yang tepat adalah cemetery ataupun perkuburan.  Ini nak tunjukkan bahawa Pet Sematary ini dimulakan oleh budak budak yang akan tanam haiwan peliharaan depa yang mati.  

Tapi sebenarnya kat belakang Pet Sematary  tu ada satu timbunan kayu-kayu,  macam bukit kecil.  Kalau panjat bukit tu,  pastu lalu satu kawasan paya,  akan sampai kat satu tempat macam horror sikit.  Tempat itu dikatakan sebagai satu tanah keramat yang ditakuti oleh penduduk zaman dulu-dulu kat situ (red Indian la...)  Depa percaya,  kalau hang tanam orang yang mati,  esoknya orang tu akan hidup semula dan balik kat hang.  

Itulah yang depa buat,  bila kucing peliharaan depa nama Church mati terdampar kat tepi jalan raya besar.  Tak tau apa jadi kat dia,  sama ada mati sendiri (tua) ataupun kena gigi dengan haiwan lain.  Tak mungkin kena langgar sebab bentuk badan Church tidak ada sebarang kecederaan yang besaq.  Bapak dia dan jiran depa Jud pi tanam Church kat belakang Pet Sematary tu.  So esoknya,  Church balik rumah!  Dia hidup balik!!  Haa memang betuila apa yang dikatakan tentang misteri tanah ajaib kat belakang Pet Sematary. 

Tapi Church bila dia balik,  dia jadi kucing yang jahat-jahat punya.  Dia suka gerngau (cakar) orang dan kekwat nak mampuih.  Very the MY CATS FROM HELL.  

Nenjia Church style muka perongoih rambut kerosot semua.

So cerita ni bermula,  bila anak perempuan dalam keluarga ni mati kena lenggek dengan lori kat depan rumah depa.  Aiiiyooo memang very the devastating la.  Apa yang depa duk takut betui-betui jadi.  Si bapak langsung tak boleh terima yang anak kesayangan dia dah mati.....so of course la! Malam itu dia pi korek anak dia dari kubur pastu dia bawak pi tanam anak dia kat belakang Pet Sematary.

Haaaaaaaaaaaa bisok anak dia balik wehs.  Tapi anak dia bukan anak dia yang selama ni dia kenal,  anak dia style macam ada Bipolar Disorder ni...sat sat mengamok sat sat mengamok tak boleh kawal.  Aku pendekkanlah cerita aku ni,  last-last kan,  anak perempuan dia bunuh semua orang dalam keluarga ni,  mak dan bapak,  pastu tanam mak dan bapak dia kat Pet Sematary,  pastu depa bakaq rumah jiran depa (yang mula-mula duk ajar pasai Pet Sematary), dan scene dikatop dengan adik lelaki depa duk ada dalam kereta....dia masih tak mampuih,  dia masih tak ditanam dalam Pet Sematary  lagi.

Budak-budak jalan ke Pet Sematary.

Komen Tentang Movie Ini
Bagi aku yang penakut nak mampuih,  filem ini tidak menakutkan langsung.  Takdak elemen seram-seram sangat.  Lakonan semua okay baguih,  John Lithgow dan Jason Clarke adalah pelakon senior dan hebat yang menyenangkan mata. Effect bunyi semua bagi aku okay la....takdak apa yang sempoi sangat.

Last sekali depa ni semua mampuih,  tinggai adik kecik tu ja.

Pengajaran 
Pengajara dari cerita ini adalah macam mana Stephen King nak perli pemikiran sesetengah manusia yang terlalu takut dengan MATI.  So bila mati...semuanya berakhir,  semuanya hilang,  semuanya takdak makna.  Depa akan buat apa sahaja untuk stop MATI itu  Walauupun yang HIDUP itu kembali dalam keadaan yang tidak sempurna.  Stephen King pandai garapkan topik tentang obsesi manusia.  So bagi aku Pet Sematary adalah kisah manusia yang obses dengan mati.  Kalau kita faham konsep redha (dalam agama Islam),  mati akan jadi amat mudah.  

Pada kawan-kawan aku yang non muslim,  ampa boleh dig sikit pasai redha.  Tak semestinya redha ni untuk kematian,  kalau kita putus hubungan,  bercerai,  hilang rezeki (seperti hilang kerja atau sebagainya),  redha ini adalah satu konsep di mana dalam erti kata lain kita serahkan segala-galanya kepada Allah.  Bila kita bagi semua kat Allah semuanya pun senang la.....takdak lagi rasa menyesal dan sedih berpanjangan.  Mudah untuk kita move on dan mulakan hidup baru.  

Kesimpulan,  kita tak perlu takut dengan kematian.  Tak kira pun apa agama kita,  kepercayaan kita,  as long as kita anggap kematian adalah satu perjalanan hidup mungkin kita akan rasa lebih tenang.

1 comment:

  1. kalau cerita asal adik dia yg kecik tu yg mati.. sedih wooo.. menangis aku

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...