Thank God for Jay Shetty

"This is a great tip for everyone listening in your life.  When you responds to positivity in your life,  it just increases.  When you responds to negativity in your life,  it the same.  Its just increases.  And to get someone to like you,  defend yourself and control how they feel about you it could drain so much energy.  Use all that energy to all the people that really love you."  petikan daripada kata-kata Jay Shetty dalam sebuah temubual Overcoming Self-Doubt with Jay Shetty - The Art of Charm Podcast 750 pada minit ke 19:20 




Shit kata-kata dia kat atas ni sebenarnya memang aku amalkan sejak dahulu.  Tetapi dalam kesibukan kita dan juga pelbagai halangan dan isu-isu hidup membuatkan kadang-kadang kita terlupa dengan pegangan hidup yang mudah macam ini.  Itulah yang jadi kat aku.   Sebenarnya aku ni bukan jenis suka dengar kata-kata motivasi,  sebab selama ni AKU YANG BAGI KATA SEMANGAT KAT ORANG!  Jadi untuk tak akan cari kata-kata motivasi dalam bentuk ceramah apatah lagi kalau buku motivasi ataupun kita panggil sebagai self help. 


Dulu aku ada kawan baik,  dia melalui fasa perpisahan dengan bekas suaminya.  Masa tu dia hadap macam-macam masalah hingga membuatkan dia selalu stress.  So antara cara dia nak tenangkan fikiran dan kekuatan semangat adalah dengan membaca buku-buku self help ni.  Tapi aku style kurang ajaq time tu aku selalu kutuk dia,  aku kata "Apa laaaa...nak semangat hidup pun kena baca buku ka?"

BETAPA NAIF DAN BODOH SOMBONGNYA AKU KETIKA ITU.

Setelah aku mendapat tahu aku mempunyai bipolar mood disorder,  suatu keadaan di mana aku mood badan dan otak berada di luar kawalan minda aku sendiri telah menyebabkan banyak fungsi hidup aku terjejas terutama sekali kerjaya aku.  Sebelum ini,  aku ingatkan apa yang aku alami adalah sebab aku ni mempunyai perangai buruk,  pemalas,  angin,  pemarah tak tentu hala,  tak boleh kawal emosi...semua benda negatif tentang diri aku.  So bila aku ingat ini hanyalah peribadi aku yang tak baik,  aku tak pernah diberi peluang untuk mencari jalan memperbaiki diri.  


Bayangkan dari 2013 (the first time aku HENG hingga 15 hari tak keluar rumah/bilik),  hingga tahun 2017 barulah aku diberikan 'jalan' untuk pergi dapatkan bantuan daripada doktor psikiatri.  Setelah pertama kali aku di-diagnose secara klinikal mempunyai bipolar disorder aku ingatkan hanya dengan makan ubat yang doktor bagi aku dah boleh sembuh dan sihat,  tapi tetap episod UP dan DOWN berlaku lagi.  Dua tiga kali lagi terlalu extreme hingga menyusahkan keluarga,  kawan-kawan,  kawan-kawan sekerja dan diri aku sendiri.  


Semua yang terjadi aku amik iktibar dan setiap kali aku bangun aku tetap gigih berusaha untuk jadi baik dan lebih baik.  Rasanya mula tahun 2019 aku minta doktor psikiatri di Hospital Pulau Pinang untuk cadangkan aku untuk buat terapi tambahan.  So aku pergi sesi terapi kerja dan terapi kaunseling (tambahan sebab kat tempat kerja aku punya kaunselor pun aku duk pi jumpa).


Bila aku pergi jumpa kaunselor (tambahan) di Hospital Pulau Pinang,  antara cadangan yang diberikan oleh kaunselor dalam sesi pertama adalah dia suruh aku dengar / tengok video motivasi dalam Youtuber.  Ataupun,  dalam erti kata lain......SURUH AKU BACA LA BENDA-BENDA SELF HELP NI.  🙈🙈🙈


Nick Vujicic tendang bola.

Dia suruh aku dengar Youtuber nama Nick Vujicic.  Aku tak kenai bila kaunselor tu sebut nama.  Aku catit dalam nota handphone.  Tapi lepaih tu,  bila aku search kat Youtuber nama dia baru aku tau...."Ohhhhh manusia ikan ni ka..."  Mamat ni memang dah lama popular.  Dia dilahirkan tanpa kaki dan tangan tetapi dia boleh jadi motivator yang berjaya,  berkahwin dan ada anak semua.  Tapi aku tak boleh masuk dengan deni punya ceramah motivasi sebab beliau akan letak banyak reference daripada kitab Bible.  I'm not againts any religion,  hangpa tau kan aku ni macam mana?  Tapi bila dia sebut pasai certain-certain prophet dan petikan dalam Bible,  mana aku nak faham u olls.  


Mesti ampa kata kat aku bila baca post ni,  "Awat tak dengar ustaz?" Bukan tak mau dengar,  tapi depa bila sebut benda benda yang aku tak buat dan tak patuh. JANGAN BUAT ITU DOSA.  JANGAN BUAT INI DOSA.  JANGAN MAKAN TU DOSA.  JANGAN KATA NI DOSA.  So daripada aku nak dapat semangat,  aku akan jadi lagi serrrr plaks. 😻😻😻


Entah macam mana aku terbukak dan terdengar satu video yang lalu kat Facebook feed aku,  tak ingat tajuk apa tapi sah-sahla pasai macam mana nak bagi diri kita semangat dan hindarkan diri kita daripada perasaan negatif.  Video yang aku maksudkan adalah video Facebook Jay Shetty ......video tu tak tunjuk dia bercakap banyak-banyak ,  tapi disorot dengan lakonan semula oleh pelakon untuk kita jadi lebih faham dengan apa nasihat yang dia cuba bawak.  


Mamat ni...nama Jay Shetty adalah seorang lelaki India yang sangat hemsem,  mata biru macam nagin dan paling best sekali adalah dia ni dibesarkan di UK so dia punya slang English haruslah seksi dan sedap didengar.

Ampa jangan duk feeling sangat,  ini wife dia.  Radhi Devlukia-Shetty.  Radhi ada muncul dalam video-video Jay Shetty jugak.  Deni pun style cakap best.....banyak nasihat yang bagus.

Sejak dari itu aku mula dig lebih banyak video-video yang dihasilkan oleh Jay Shetty,  selain video,  dia ada podcast jugak.  Setiap pagi bila aku mula siap nak make up dan pakai baju pi kerja saja,  aku akan dengar dia punya video.  Walaupun aku dengar sambil-sambil,  tapi sekali sekala kata-kata semangat dan point-point hebat yang dia cuba sampaikan akan terap dalam hati aku.  Itulah rutin aku sekarang sebelum aku mula kerja.  Satu langkah yang baik sebab sebelum kita pi tengok sosmed,  baca berita.....tudia penuh dengan negativiti....so kita set otak dengan kata-kata damai dulu.  Insya Allah lepas tu,  negatif macam mana pun duk masuk,  kita boleh relaks.


Aku suka penyampaian dia,  tepat dan jelas.  Tak meleret.  Tempo sama ja maintain.  Yang paling penting ajaran dia adalah bersifat universal,  dia tak sebut apa apa agama.  Dia ada la cerita sikit-sikit pengalaman dia masa jadi sami,  tapi itupun dalam bentuk cerita yang hang boleh hubungkan dengan diri hang. 


Aku pun suka dia punya podcast sebab selalu dia akan panggil selebriti dan orang biasa yang hebat-hebat,  bercerita tentang pengalaman hidup.  Paling aku terkesan adalah bual bicara dia dengan Charlamagne Da God.   Charlamagne adalah seorang juruhebah radio yang amat berpengaruh dalam industri seni Hollywood.  Charlamagne ada mental health isu juga.  So dia sorang abang-abang nigger yang 'Yo Wassap Bro"  boleh rendahkan ego dia dan bercerita tentang pengalaman diri dia.  Gila power nasihat-nasihat dia dalam wawancara tu.  This Is How His Life Changed When He Turned 40 | Charlamagne | ON Purpose Podcast ep.17

Thank God for Jay Shetty.  Aku dah banyak dapat keyakinan dalam setiap perkara yang aku nak buat dalam hidup aku.  Aku mula letakkan diri aku dahulu.  Tidak perlu terlalu mencuba hingga terkorban maruah,  tenaga dan masa hanya sebab nak please hati-hati orang lain.

Jay Shetty
Youtube:  https://www.youtube.com/channel/UCbV60AGIHKz2xIGvbk0LLvg
IG:  https://www.instagram.com/jayshetty/
Facebook:  https://www.facebook.com/JayShettyIW/?ref=hl

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...