2.7.19

The Bill Murray Stories: Life Lessons Learned from a Mythical Man (2018)


Selalunya documentary filem ni tah apa apa aku pun tak faham apa yang cuba di bawak oleh si pengarah filem tu.  Falsafah dia kunon terlalu tinggi,  berbaur politik tak puas hati dengan sistem dan dunia,  last-last kita yang tengok documentari filem dia rasa macam terpaksa tepuk tangan tanda setuju.


Tapi bukan documentary filem ini bertajuk "The Bill Murray Stories: Life Lessons Learned from a Mythical Man (2018)".


Sapa kenal Bill Murray?  Aku kenal dia sejak dia berlakon sebagai Charlie's Angels era 2000 an.  Tapi orang-orang tua sikit dari kita lebih kenali dia melalui filem Ghostbusters tahun 1984.  Dia seorang pelakon yang santai,  simple dan lawak spontan.


Jadi sekarang dia dah tua,  tapi nama dia tetap lejen sebab lakonan dia memang bagus.  So apa dia buat sekarang?  Dia pastinya kaya,  duit banyak,  tapi adakah dia hidup sebagai pakcik-pakcik tua kaya pusing pi negara bergolak yang mana duit USD sangat mahal dan bazirkan masa dengan wanita dan kemewahan?  


Tak!  Lani apa yang Bill Murray buat adalah dia akan jadi manusia biasa dan tiba-tiba muncul dalam hidup orang biasa yang lain untuk menjadi Bill Murray.  


Okay,  contoh-contoh kelakuan 'orang biasa' yang dibuat oleh Bill Murray adalah.  
1.  Dia pi birthday party orang,  tiup lilin dan nyanyi ramai-ramai
2.  Join karaoke satu group manusia yang sedang bosan lepas balik kerja
3.  Pi satu bar dan offer untuk jadi bartender
4.  Pi parti budak-budak kolej dan tolong budak perempuan basuh pinggan
5.  Pi padang,  tengok satu family duk main bola,  dia join sekali
dan macam-macam lagi.....


Aku pun tak tau benda ini adalah satu 'thing' kat negara Amerika.  Daripada kebenaran,  benda ini diceritakan dari mulut ke mulut dan akhirnya macam nak jadi urban legend pun ada.  Sebab itu Tommy Avallone buat documentary ini,  untuk mengungkap dan mengolah balik,  pasai pa big star macam beliau telah membuat satu antic (kelakuan) yang luar dari norma selebriti Hollywood yang diangkat sebagai dewa di negara Amerika.


Pasti kita tahu,  selebriti Hollywood selalunya kalau nak buat apa-apa kerja charity,  mestilah nak kena ada liputan media,  kena bagi duit atau hadiah sempoi-sempoi kat orang yang memerlukan tu.  Contohnya macam Oprah ataupun Ellen Degeneres,  dalam rancangan talk show depa akan bagi hadiah duit banyak-banyak kat penonton semua kan?  Bukan aku nak kata Oprah dan Ellen tu tak bagus,  tapi itu adalah yang normal dan DI-EKSPEK apabila artis Hollywood yang kaya raya ingin berbuat bakti.


Tapi Bill fucking Murray tak perlu nak buat tu semua.  Dia tak perlu bagi duit banyak-banyak pun,  contribution dia hanya 'being there and making everyone happy'.  Macam mana dia dia bagi semua orang happy tanpa membagi duit?  Senang ja,  dia jadi diri dia sendiri tanpa rasa DIVA dan perlukan dia menjadi perhatian utama.  Dia duduk,  bersembang dan bercakap dengan semua orang,  ambil gambar dengan semua orang,  dia menari,  dia menyanyi,  dia jadi NORMAL PEOPLE macam semua orang lain!  


Yang bestnya,  bila dah habis tu semua,  dia keluar dari tempat tu dan balik macam tu ja sapa pun tak tau dia mai dari mana,  dia balik macam mana.  Dan dalam ruang interview lain dengan media ataupun para peminat sendiri,  bila ditanya,  betul ka hang pi birthday party orang?  Sampai sudah dia tak mau mengaku yang dia buat tu semua.


Kepada u olls semua yang kenal Bill Murray,  atau yang tak kenal Bill Murray langsung,  it just doesn't matter,  hangpa kena tengok documentary filem yang hebat ini.  Sebab terlalu kita risau pada ketetapan nasib dan perjalanan hidup kita kat dunia ini. Kerisauan itu membuatkan kita takut,  apa nak jadi lepas ni?  Apa nak kena buat?  Apa nak kena ready,  macam-macam sangat,  tapi at the end of the day,  kalau kita serahkan semua kepada alam agar terus berputar,  pastinya semuanya akan terus ke depan.


Arhhhh senang ja aku cakap kan.....babila hang Bill Murray.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region