The Haunting of Hill House


Sapa sini suka cerita hantu! Nah....The Haunting of Hill House,  drama bersiri terbaharu di Netflix.  Baru satu season,  hangpa boleh mula tengok.  Aku mula-mula tengok satu episod sahaja,  tapi aku macam bara sebab first episode macam tak best,  so aku stopped dan tak tengok lagi.  Then aku bukak dia punya review,  haram jadah dapat 9.2 rating di IMDB.  So aku pun sambung tengok balik,  dan sekarang aku dah masuk episod ke tiga.

Setakat ini aku boleh bagi antara 7-8 persepuluh sebab bila masuk episod kedua baru nampak plot-plot dalam cerita ini semakin membangkit.  Bila dah boleh nampak apakah kes-kes yang dibincangkan dan menjadi jalan cerita utama,  baru aku lagi rasa nak tengok.


Cerita ini dia buat style back-to-back,  ada time hang tengok depa duk budak-budak,  ada time depa dah tua bangka.  Mengisahkan satu keluarga yang adalah masalah rumah tangga yang tak bahagia,  mak depa mati (aku tak tau pasaipa lagi),  pastu pasai mak bapak depa dulu paksa depa duduk kat satu rumah yang tua dan usang tapi ada banyak hantu,  anak-anak semua trauma tapi tak tau pasaipa (tak habis tengok lagi kan?) mak bapak depa paksa depa duduk jugak rumah tu.

Bila dah besar,  sorang jadi penulis terkenal,  sorang jadi tukang make up mayat,  sorang jadi ahli psikologi kanak-kanak dan seorang lagi duk jadi drug addict.  Dan setiap depa,  selain kerjaya depa yang pelbagai,  perangai dan sikap depa semua pun lain-lain.  Yang kerja psikologi kanak-kanak tu lessboo u olls.

Dari segi pelakon,  depa ni semua pelakon yang hebat-hebat jugak (sebab depa terlibat dengan banyak show dan filem sebelum ini),  tapi aku tak rasa lakonan depa hebat.  Mungkin sebab baru first season,  so bajet pun sedih sedih sikit.  Selalunya macam tu la,  bila masuk season kedua dan ketiga kalau banyak sambutan barulah depa akan dapat banyak bajet untuk better script mekap dan sebagainya.

Bagi aku cerita ni best,  banyak misteri,  banyak tandatanya,  tak banyak menakutkan sangat!  Bagi aku lawak dia tak berapa menakutkan sebab aku boleh tengok sorang sorang .... 

Okaylah aku nak sambung tengok cerita ni.  Nanti dah habis tengok aku buat review lain.

The Haunting of Hill House is a 1959 gothic horror novel by American author Shirley Jackson.

1 comment:

  1. kenapa aku rasa seram ek?

    lagi satu.. bila time diorang masuk rumah tu, cuba tengok tepi2 or bawah, ade hantu tersembunyi kt situ.. hoho

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...