What We Do in the Shadows (2014)

Enam sekawan.  Vampire dan maknusia.  Pelbagai isu ke'manusiaan' yang depa hadapi setiap hari.

Tak tau macam mana, trailer filem ni di-suggest dalam aku punya Youtube feed. Tapi mula-mula aku takut nak tekan play sebab dia punya gambaq Thumbnail Youtube video tu, style gambaq drakula muka skeri. Aku ingat gambaq hantu. Tapi bila duk lalu banyak kali, dan hari tu Khafi pun cuti malam-malam dia duk ada rumah, so aku pun tengoklah trailer tu. Nohorom trailer dia pun lawak.


Lepas tengok trailer aku pun cari filem ini dalam internet. Agak susah tapi ada sebab filem ni dah lama tahun 2014. Penerbitan syarikat perfileman dari New Zealand. Wah…aku jarang tengok filem dari New Zealand (kecuali Lord of The Rings la..yang tu kes lain). Seperti biasa, aku nak kena warning kat ampa, artikel ini mempunyai Spoiler so kalau hangpa tak mau tau, jangan sambung baca. 



Denilah Petyr dia umor 800 tahun tak diwajibkan mai meeting housemate.

Filem ini ala ala dokumentari tapi dalam Bahasa urban dipanggil mockumentari, sebab depa buat dokumentari olok-olok untuk lawakkan atau peril sesuatu topik. Topik mockumentary filem What We Do In Shadows adalah berkenaan empat orang drakula yang hidup lebih kurang 500 -800 tahun dan bagaimanakah cara hidup depa hidup bersama-sama sebagai penyewa rumah.


Dimulakan dengan sesi salah seorang drakula dalam rumah tu, gigih duk gerak semua drakula lain mangkit sebab nak ajak buat meeting untuk bincang isu-isu dalam rumah depa. Pastu sorang tu, yang muka macam drakula skeri gila, dia umur 800 tahun, dia tak join meeting tu. “Oh Petyr won’t join this meeting because he is 800 years old…he don’t need this meeting” babinya depa ni duk cakap selamba ja macam depa tu manusia normal.

Inilah trailer yang aku tengok tu.

So depa pun mulalah meeting, ampa tau apa issue yang depa berdebatkan dalam meeting ni? Yang sorang duk komplen pasai kawan serumah yang pemalas basuh pinggan. Dah 5 tahun tak basuh pinggan. Pastu yang sorang lagi duk bara sebab kawan lain, bila duk bawak mai mangsa ke rumah untuk gigit dan isap darah, depa tak reti nak lapik kusyen dengan tuala ataupun kertas surat khabar, sebab satu kusyen nanti kotor dengan darah. HAHAHAHA


Pastu mockumentary ni akan tunjuk apa isu-isu depa hadapi dengan dunia normal. Malam-malam depa akan keluar untuk pi clubbing, tapi depa tak boleh masuk clubbing tu kalau bouncer tak jemput depa masuk. HAHAHAHAH puki bodo betui. Depa nanti maki bouncer yang tak jemput depa masuk, sebab vampire kan tak boleh masuk rumah kalau hang tak jemput dia. HAHAHAHAHHA teori bodo bodo kan ciptaan Bram Stoker.

Ni kira macam Kak Maya,  Syed Amir dan Danny la keluar pi clubbing setiap hari di bulan Ramadhan.

Lama kelamaan, geng drakula ni pi kawan dengan sorang manusia biasa, pastu manusia biasa tu ajar depa main SMS dan internet. Lawak wehs part ni aku tak mau cerita nantis spoil.

Filem ni dapat rating yang tinggi dalam IMDB. Aku pun bagi rating yang tinggi sebab walaupun produksi filem ni sangat simple, tapi dia punya effect terbang semua macam real dan somehow membuatkan kita semua rasa macam nak marah ka nak gelak? Pi cari dan tengok filem ni. Best.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...