When They See Us (2019)


I was not ready for this. I was browsing around on my Netflix. Dah banyak kali gambar Niecy Nash lalu depan muka aku melalui poster bertajuk When They See Us. Dah banyak kali, tapi aku malas lah nak tengok filem atau drama tentang diskriminasi kaum di US. Bohsan lah, cerita yang sama, ending yang sama. Menyakitkan hati, bagi geram dan benci tak henti. Tapi tak tau macam mana, aku tertengok dia punya trailer…….FUCK!! MACAM BEST…..kisah pasai budak-budak. Tapi apa yang jadi kat budak-budak ni sampai depa kena masuk penjara? 


Selalunya kalau kisah diskriminasi kaum kat US akan melibatkan lelaki kulit hitam yang sudah dewasa, tapi ni muka budak-budak. Bukan remaja pun! Budak-budak. So aku tekan PLAY. Dan aku tak tau yang filem 4 bahagian ini akan membuatkan hati aku sakit, dada aku sebak dari episode 1 hingga episode 4. Aku tengok straight semua episode dan menangis bagi setiap babak dalam setiap episode dalam filem ini. 



Summary 
Cerita ini adalah cerita betul. Sebab tu aku betul-betul sakit dada. Sebab apa sahaja yang berlaku dalam kaca handphone aku ini adalah lakonan semula atas apa yang telah berlaku kepada seorang manusia yang lain. Walaupun aku tak kenal depa dan depa tinggal beribu batu jauh dari aku, tapi kalau hang tak rasa apa-apa semasa menyaksikan kisah ini diceritakan dalam filem 4 bahagian ini, hang bukan manusia. 



Kisahnya pada bulan April tahun 1989 (fuck masa ni aku umur 4 tahun sahaja) budak-budak kat Harlem New York ni ramai-ramai berlari seronok-seronok kat Central Park. Alaaa…samalah macam budak-budak kat Malaysia, malam-malam naik motor atau naik basikal ramai-ramai pastu duk ganggu jalan raya sahaja. Tapi depa ni, depa lari seronok-seronok dalam taman sahaja. Central Park ni macam taman awam yang terletak kat tengah-tengah New York. Ampa Google Central Park, ampa akan tau. Banyak filem akan dilakonkan dalam park ini. 



So apa yang berlaku malam itu adalah seorang wanita hampir mati sebab dia dipukul dan dirogol. Kebetulan malam tu, saksi-saksi kat taman Central menyatakan depa nampak sekumpulan budak-budak lelaki kulit hitam lebih kurang 30 orang berlari dan mengacau-ngacau orang dan mungkin depa yang rogol perempuan tu sampai setengah mati. 



Kat sinilah shit mula berlaku, sapa yang tak ready, tak kuat hati, tak kuat otak, please jangan sambung baca dan aku nasihatkan jangan pi tengok pun cerita ni. Polis pun cari budak-budak kulit hitam seperti mana yang diceritakan oleh saksi pada malam itu. Lepas tangkap 4 orang budak lelaki yang berusia antara 14 hingga 15 tahun, depa bawak pi balai polis. Nama depa adalah Kevin Richardson,  Antron McCray,  Yusef Salaam dan Raymond Santana. Tapi yang sernya, sorang budak ni nama Korey Wise, dia adalah kawan kepada Yusef Salaam, semasa Yusef ditahan ditepi jalan, Korey sebagai kawan baik kata dia nak ikut sekali sebab dia nak teman kawan dia. 



FUCK!!! Tapi tau tak, bila masuk dalam balai polis semua depa diletakkan dalam bilik yang berbeza, tidak diberikan makan, ditahan berjam-jam, tanpa ibu bapa ataupun lawyer untuk teman depa, polis-polis tu duk soal siasat depa macam gila dan PAKSA depa buat video pengakuan dengan janji, kalau depa mengaku depa tangkap, pukul dan rogol perempuan tu, depa BOLEH BALIK RUMAH. 



Fuck kan? Yaaaaa itulah fucknya para polis dan penyiasat yang tertanam perasaan racist dalam hati depa. Depa jadi buta dan tuli dengan perasaan dan benci dalam hati depa. Hati aku sakit bila depa lima-lima ekoq-ekoq buta-buta kena masuk penjara. Kevin Richardson,  Antron McCray,  Yusef Salaam dan  Raymond Santana semua minor so depa kena masuk dalam penjara juvinel sahaja, tapi Korey yang sudah 16 tahun di masukkan dalam penjara untuk 13 tahun. INGAT!!! Korey hanya ikut ke balai polis malam itu sebab nak teman kawan dia Yusef Salaam. 



Cerita ini dalam part 3 akan membawa hangpa semua untuk tengok kehidupan selepas penjara untuk 4 orang yang masuk penjara juvi, kesusahan yang depa lalui untuk mulakan hidup selepas keluar dari penjara. Alhamdulillah, walaupun setelah bertahun depa duduk dalam penjara juvi, depa keluar dengan semangat dan sokongan yang amat baik daripada keluarga masing-masing. Kat sini kita oleh nampak macam mana perasaan kita dimainkan, aku menangis teruk sebab bayangkan depa ni semua umur lebih kurang kita sahaja. 



Depa masuk penjara usia sekolah menengah, tiba-tiba lewat 20 an depa keluar dan jadi bekas banduan. Susah untuk mulakan hidup dengan ‘jawatan’ kekal macam tu. 



Ava DuVernay
Aku selalu dengar nama deni. Dia macam sensasi la selalu bikin filem yang thought-provoking subject berkenaan diskriminasi kaum di Amerika Syarikat. Tak sangka beberapa kerja dia sebelum ini aku pernah tengok. Antaranya Selma, tapi aku tak berapa gemar tak berapa nak tangkap dalam hati. Mungkin masa tu orang kata, idea dia tak ‘pecah minyak’ lagi. Tapi untuk When They See Us, memang betui elok dah pecah minyak. 

Ava,  inilah pengarahnya.  Tahu tak?  Dia sediakan ahli terapi dan ahli psikologi untuk kemudahan para pelakon sepanjang penggambaran berlangsung.  Gilaaaa wehss....

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ava sebab dia telah berjaya membuatkan cerita ini bukan lagi cerita tentang kebencian tetapi tentang KEMANUSIAAN. Aku suka cara dia sampaikan cerita lima orang watak ini menjadi manusia yang dihormati, sentiasa sayang dan berpegang teguh kepada talian keluarga mereka sebab itu antara nilai yang penting untuk kita terapkan kepada penonton. Kerapkan kali Pengarah filem terlalu ghairah nak bercerita tentang satu subject sampai depa lupa untuk terapkan nilai-nilai baik kepada penonton. Bila Korey memuji dan kata kat mak dia “I Miss you” ….wehhhh hati aku remuk. Dia dipukul oleh banduan-banduan lain dalam penjara, dia jadi mangsa dalam penjara, tapi bila dia jumpa mak dia……..walaupun dia boleh pilih untuk jadi marah kepada mak dia sebab jarang mai melawat dia….dia pilih untuk tak marah mak dia dan kata…I miss you. 


Satu lagi teknik yang banyak digunakan oleh Ava DuVernay dalam pemaparan filem ini adalah close shot.  Shit!!! Close shot banyak gilaaaaaa semua style betul-betul bagi kita tengok macam mana muka depa berinteraksi dengan kepayahan,  keperitan,  kesakitan,  kekecewaan yang depa sedang hadapi.


FUCK MACAM MANA AKU TAK MENANGIS. 


Ava DuVernay…hang adalah Pengarah filem yang aku suka sekarang. Hang teruslah berkarya, aku akan tengok filem hang secara HALAL sekarang. HAHAHAH (Melalui Netflix ataupun wayang laa….) 


Jharell Jerome 
Ini nama baru yang terpahat dalam hati aku. Wehsss…..Jharell aku suka kat hang. Jharell main watak Korey untuk remaja dan dewasa. Setiap kali tengok gambar ni aku macam tercari-cari scene Jharell keluar. Tak tau pasaipa aku suka tengok deni punya ekspresi muka. Dia boleh buat muka macam blur, tak tau apa, nganga dan tercari-cari. Tapi still interesting nak tengok. 

I love you!

Satu lagi sebab pasaipa aku amat terkesan dengan lakonan beliau adalah sebab ciri-ciri penampilan dan gaya lakonan yang beliau bawak dalam filem ini membuatkan aku teringat pada seseorang yang amat dekat dalam hati aku.  Dia pun sedang mencari-cari dan terpinga-pinga dalam penjara dunia.  Mungkin,  orang ni tak terpenjara macam Korey Wise tetapi dia terseksa dengan realiti hidup hari hari aku pun tak tau macam mana aku boleh tolong dia dan aku harap satu hari dia akan jumpa jalan kebebasan tu.

Sebenarnya Jharell berusia 21 tahun (dia dilahirkan pada tahun 1997), so dia macam tak berapa sesuai nak berlakon watak Korey. Aku tengok dalam satu interview, dia kat masa dia mula-mula pi casting untuk filem ini dia duk berjambang teruk sebab dia dalam projek lakonan yang lain. Tapi dia pi jugak audition dan buat screen test untuk watak Korey Wise masa tua lah!  So sampailah beberapa bulan seterusnya lepas dia habis projek lakonan tu, dia cepat-cepat dia shave muka dia dan dia pi cari Ava dan terus berlakon depan Ava dan try untuk watak Korey time kanak-kanak. Masa tu Ava macam terkejut macam mana deni boleh jadi muda belasan tahun dan tua macam 40 an. 


Okaylah I think, aku dah cerita terlalu banyak kepada hangpa tentang filem 4 bahagian ini. Sebuah penceritaan yang ikhlas dan betul-betul membuatkan pemikiran penonton jadi terkoyak dengan reality dunia yang menyakitkan. Kebencian, penyalahgunaan kuasa, ketidak adilan, akan terus berlaku tetapi selagi kita terus berpegang kepada kuasa kasih sayang dan percaya harapan itu ada, itulah yang kita akan dapat di Akhir cerita ini. Kelima-lima lelaki ini dibebaskan dari sebarang tuduhan sebab ada lelaki lain yang mengaku sebagai perogol dan bukti DNA yang sahih pada tubuh mangsa, mereka juga dibayar ganti rugi kesemuanya berjumlah lebih kurang USD41 juta. 

Aku bagi rating 10 ke 10!

Lepas tengok filem ni,  tengok pulak wawancara oleh Oprah Winfrey, bertajuk When They See Us Now.  Beliau jugak merupakan Executive Producer untuk filem ini.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...