
Sapa yang terlalu lama mendalami dunia hiburan Amerika seperti drama TV, filem dan apa sahaja yang berkaitan dengan budaya POP Amerika pasti tersangat familiar dengan sejenis kudapan citarasa saduran Mexico iaitu tacos dan nachos! USA kan banyak influence dengan Mexico sebab depa bersempadan.
Lani kalau hangpa pi Tanjung Tokong, kat tepi Starbucks kat situ, ampa boleh nampak CUBO PARK. CUBOPARK @ Chusan ni ala-ala shopping mall tapi open area style, kat dalam tu ada food court, ada kedai-kedai shopping dan ada jugak kedai makan jenis sebuah-sebuah. Dulu kat tapak ni adalah hotel nama Chusan, hotel lama dan familiar untuk wanita dan lelaki cur-cur-rina!
So hangpa pi belah belakang, ampa naik tingkat atas, ampa tengok ada satu cube kecik tepi tangga dia tulis That's Nacho Cheese! Sebelum aku mai sini, aku dah PM dah kat owner dia, aku tanya, aku boleh makan ka Nacho hang? Dia balaih....."Hi! We are 100% pork free. All chicken and beek products are from Halal Suppliers. Thanks for asking."
Aku pun terketaq la nak pi try! Aku suka nachos dan pernah buat sendiri dulu dengan Ezal. Buleh baca kat sini: Nachos AJL 27 Tapi of course la rasa dia best tapi kita tak tau la betui ka tak rasa dia macam Mexican style? Entah macam mana bila sembang-sembang dengan cikgu vokal aku, Wanda meletops, Wanda kata.....KAWAN DIA OWNER KEDAI NACHOS NI. So haruslah kami pi check it out bersama. Dulu aku pernah post gambar dengan Wanda kat Facebook aku. Aku kenal Wanda sebab dia volunteer mai tolong rumah kawan aku Ridhwan Shariff masa bencana banjir kat Penang tahun 2017 yang lalu.
Malam tu, kami try macam-macam. Nacho dua jenis, tacos 1 jenis. Rice bowl 1 jenis. Pastu duk duduk sembang-sembang dengan owner yang kebetulan ada kat kedai hari tu, dia duk bagi aku try benda-benda lain juga.
Okay jom kita tengok gambar sambil aku cerita.