6.8.19

Daseo Malaysia Queensbay Mall Penang



Makanan Korea lani kira sangat lah in dalam kalangan rakyat Malaysia especially yang muda-muda jelita ni. So depa memang suka sangatlah dengan Korea-Korea ni semua. Aku duk makan la makanan Korea ni tapi takdak la selalu sangat. Salah satu kedai makanan Korea aku duk suka adalah kat Tesco Jelutong tapi kat situ takdak sup-sup aku rasa, ada ayam goreng dia yang meletops tu.


Lani aku nak try makanan Korea kat Daseo Malaysia yang terletak kat tingkat 2 Queensbay Mall.  Sebelum aku sembang panjang tentang apa yang aku makan kat sini,  mai sini aku nak cerita kat ampa sikit pasai status halal kat restorant ini. 


Untuk makluman hangpa, Daseo Malaysia merupakan 'pork free' restoran. Ianya hanya menggunakan pembekal bahan mentah  tempatan seperti daging dan ayam diambil daripada pembekal tempatan  yang mempunyai sijil Halal JAKIM yang sah. Minuman sirap yang (diimport dari Korea) serta cheese (diimport dari UK &Belgium) yang digunakan oleh pihak Daseo Malaysia juga mempunyai halal JAKIM. 


Untuk bahan-bahan lain yang juga diimport dari Taiwan (kimchi, topoki dan sos gochujang), ianya telah dikenalpasti tidak mempunyai sebarang unsur alkohol mahupun 'lard'.   So far inilah yang kami tahu bila kami tanya habis-habis dengan pihak pengurusan.  Selebihnya,  tepuk dada tanya selera. 



MY EXPERIENCE
Okay hangpa boleh tengok video aku makan kat sini.  Tapi dalam video tu aku tak cakap banyak sebab aku duk menikmati makanan.  HAHAHA tapi sebenarnya bising la depa ni (blogger lain) aku duk buat video depa pun sibuk nak cakap jugak.  BUAT LA YOUTUBE SENDIRI OI!!  Aku dah edit out semua suara depa.

So lani aku nak story satu-satu apa aku rasa tentang makanan yang aku dah makan tu.   Jom baca.

Anchovy Rice Ball
Starter gitu. Dia nasi-nasi pulut yang diadun dengan ikan bilis yang crispy, ada sedikit bawang goreng, seaweed dan bijan putih dan bijan hitam. Rasa dia sedap tapi style masin-masin. Sapa suka masin-masin pasti minat ni.



Classic Shimson Stew with Chicken Based Soup
Shimson Stew ni kira highlight dish kat sinila.  Wajiblah hangpa try.  Ada macam-macam jenis.  So kalau seafood,  dia akan bubuh udang dan clam semua la. Ada gambar kat bawah.  Kat bahagian tengah set shimson stew ni,  dia akan letak bahan-bahan utama siap-siap untuk kita masak sup dia.  Kat bahagian tepi tu pulak akan ada macam-macam,  teok-bokki dan cheese kita boleh grilled.  Semua ni makan panas-panas.  Surr!


Shimson Stew Seafood with Chicken Based Soup

Army stew with handmade noodle



Cheese Chicken Cube with Daseo sauce
Yang niiiiiiiiiiiiiiii wajib ampa try.  Ampa boleh tengok dalam Youtube/IGTV aku bubuh.  Nak makan dia kena cepat-cepat.  Roll ayam ni semua dalam cheese,  pastu makan cepat-cepat.  Dia tak la pedas sangat wehs.  Dia pedas tapi manis just nice.  Tapi depa banyak pakai bijan dan minyak bijan,  so rasa dia meletops.  Mak suka!








Yuzu Salmon Dosirak & Korean Lunch Box
Dua ni sempoi gila.  So kalau hangpa nak bagi lapik perut yang kejab sikit,  nak makan nasi.  Boleh pilih dua jenis bento ni.  Sama ada Yuzu Salmon Dosirak ataupun Korean Lunch Box.  Dia bubuh dalam kotak gold,  hangpa kena goncang macam mana ka.  Bagi semua adunan dalam bahan nasi tu sebati,  pastu makan.  Rasa nasi dia takdak la berkanji sangat macam nasi sushi.







Creamy Spaghetti
Siries aku suka.  Dia banyak cendawan!!! So creamy.




Fried Chicken Wings with Honey Mustard Sauce
SIRIESLYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY INI KEGEMARAN AKU.  Selepas Teok-bokki goreng.  Aku suka sangat ayam goreng dengan honey mustard ni.  Dia tak pedas.  Manis dan lemak-lemak.

Topokki Croquettes (New Menu)
Siries wehsssssssssssssssssssssssssssss aku first time makan tteok-bokki ni.  Tteok-bokki (bunyi topoki) adalah sejenis bebola pasta yang diperbuat daripada tepung beras.  Depa punya beras la...haruslah tepung beras depa macam beras pulut kan?  So dia macam chewwy.  Tteok-bokki ni buleh masak macam-macam cara,  selalunya depa rebus la kot.  Tapi yang ni depa goreng macam mana ka,  bubuh dengan special Daseo sos dan cheese sos.  Makkk aiiii...sila order!




Kim Chi Fried Rice
By the time benda alah ni mai kami dah kenyang.  So aku tak tau rasa dia macam mana.  Tapi mestilah sedap u olls.  Tapi mintak maaf sangat-sangat boss,  perut gergasi saya dah penuh.




Ice Blended with Bubbles

Perisa coconut!

Perisa choco and banana!

Perisa Strawberry!



Daseo Malaysia
Aku suka resto dia sebab spacious.  Luas.  Tak terlalu crampy!  Design dia ala-ala macam dalam kawasan construction.





Jangan lupa tonton video saya makan kat Daseo Malaysia Queensbay Mall kat sini

Daseo Malaysia

Alamat:
Queensbay Mall,
2F-50/51,
Persiaran Bayan Indah, 11900, Bayan Lepas, Penang

Nombor telefon:
04-618 0009

Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM

FB :
DaseoMalaysia

IG :
daseo_malaysia

1 comment:

  1. Wah², hari tu lalu depan daseo kami buat tak reti ja, dok ingat daseo ni sepupu daiso. Gonna try it soon.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE