6.8.19

Date Night with Mr. Khafi

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaa tak keluar dengan pakcik ni.  Duk busy macam gila.  Pastu bini dia pun busy teruk macam Rosmah Mansor.  Tapi last month macam mana ka tampa dirancang,  kami dapat mengeluarkan diri untuk dating.  


Aku nak pi tengok stand up comedy kat Kim Haus tapi tak sapa pun gang aku nak ikut.  So aku paksa laki aku ikut.  Dia tak pernah tengok stand up comedy,  kecuali dalam Youtube la apa semua.   Alhamdulillah lah dia gelak kuat jugak bila tengok depa ni duk buat lawak,  kot-kot la gelak tu terlekat kat halkum sebab aku pekena dia suruh bayaq tiket mai tengok show ni.  Satu tiket RM30.


Habis show,  kami singgah satu kedai tomyam kat Dato Kramat pekena kengsom.  


Ni kira dah habih segak la ni.  Muka Boyan pure!




Syiok la sebab mai tengok Stand Up Comedy ni tempat dia kecik,  so kena duduk rapat-rapat.  Macam gatai.


 Nak tau lebih lanjut pasai Comedy Gold dekat Kim Haus ni kena selalu tengok sini:  Kim Haus Gigs & Open Mic Night


Syiok keluaq dengan pak gemok aku ni adalah dia tinggi macam Sasquatch so dia boleh amik gambar aku bagi nampak kuruih dari jarak yang tinggi.


  
Tahun ni dah 8 tahun kami kawen.  Wah.


 Smart tak fanny pack aku?  Thank you Mijan bagi hadiah ni.  Dia beli kat Singapore.  Ampa sila follow IG dia,  deni seorang penari hebat.

5 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE