Terompah Spa, Kulim Kedah


Lamaaaaaaaaa tak pi spa.  Alhamdulilah so last month I olls telah berkesempatan untuk try Terompah Spa yang terletak di Kulim Kedah.  Betul-betul kat belakang Tesco depa.  Aku dah lama tak drive jauh-jauh macam ni,  so menggunakan Google maps,  depa bagi jalan short cut belakang Mengkuang dam lalu jalan pusing-pusing macam mana ka,  tau-tau ja dah sampai.  So takdak la jauh sangat pun!

Owner Terompah Spa dah lama meminang kita suruh pi try depa punya spa,  setelah sekian lama barulah dapat mai try.  Mula-mula kita kena Whatsapp kat management depa,  bincang la...hang ni nak buat rawatan macam mana,  hang punya kesihatan macam mana,  bajet hang macam mana.  Pastu depa pun akan bagi cadangan kat hang semua.  Apa yang aku respek adalah cara depa mesej hang kat whatsapp very the sopan,  sistematik,  information clear (gambar dan description).  Memang jelas.  Dekat aku depa tak mintak deposit kot sebab memang dah janji sangat-sangat dengan owner kata nak mai.  Tapi mungkin customer lain,  diperlukan bayar deposit ka tak im not sure.


Lokasi
Bila sampai kat Terompah Spa,  satu benda aku rasa adalah ketenangan.  Sebab lokasi spa ni walaupun kena naik tangga sikit,  tapi dia macam jauh daripada hiruk pikuk kota.  Takdak la bunyi kereta dan motor dan lori duk lalu bising-bising. 








Sambutan Istana
Pastu kan dua orang staf/ahli terapi Terompah Spa mai melutut depan hang macam dayang-dayang istana ni,  jamu hang ayaq macam mana ka pastu minta tolong kita isi borang maklumat kesihatan.  Bila dia melutut macam tu,  aku teruih rasa macam ratu anai-anai.  Borang yang diisi tu untuk depa tau lebih lanjut tentang tahap kesihatan kita,  ada elergic apa-apa ka,  so depa akan suggestla apa yang patut.

Next,  depa bagi aku pilih minyak untuk urut.  Ada beberapa bau,  aku pilih untuk relax punya.  Bau macam lavender ka macam mana.  Pastu satu lagi adalah lulur,  aku kena pilih aku nak lulur bancuhan apa.  Aku pilih bancuhan betik sebab aku nak bagi putih. AHAHAHAHA

Borang yang perlu diisi.

Welcome drink.

Ratu anai-anai.

Botol-botol mengandungi pilihan ramuan rawatan yang kita nak!


Exclusiveness
Untuk pengetahuan ampa yang sedang berkira-kira nak mai buat rawatan spa kat sini,  which aku sangat rekemen hangpa kena wajib buat appointment awal.  Sebabnya,  satu hari depa akan amik appoinment 1 atau dua sahaja customer.  Kalau kata kita mai dengan kawan,  so dua-dua tu mai sekali waktu sama pagi.  DEPA TAK AKAN AMIK CUSTOMER LAIN DAH!  Soooo exclusive u olls.

Aku suka sangat depa hias spa depa semua cara Melayu!

Spa untuk Lelaki
Sapa nak bawak husband? Haaaa boleh mai sini.  Tapi rawatan untuk lelaki adalah pada hari Ahad.  Kalau ada untuk hari lain,  kena discuss lain.  Ahli terapi lelaki akan membuat rawatan kepada pelanggan lelaki dan disediakan bilik rawatan khas untuk lelaki.  Meletops!

Kebersihan
Tempat ni sangatlah bersih dan wangi.  Ini adalah satu kemestian yang menjadi kewajiban untuk kita bila nak mai buat rawatan.  Bilik rawatan kat sini bukan sahaja dihias cantik ala-ala Melayu tradisional macam mana ka,  tetapi sangatlah bersih. 

Rawatan dan Harga
Untuk 4 rawatan yang aku buat iaitu Facial Jed Roll,  Sentuhan Ikal Mayang,  Urutan Keaslian Terompah dan Sentuhan Lulur semua sekali lebih kurang RM450.  Satu rawatan adalah antara RM60-RM150.  Dan semua rawatan ini mengambil masa lebih kurang 5 jam.  Haaaaa...ambik kau.  Memang puas hati sangat-sangat.  Relax kan diri, bertenaga,  tenang,  kulit dan badan pun rasa sedap!  

Yes,  hangpa akan rasa macam woiii mahainya.  Tapi insat ampa tengok na spa dia lagu mana.......

I've sign up for their membership,  so lepas ni setiap kali I olls mai, i akan dapat special 20% diskaun.  Kalau rekemen kawan,  akan dapat lagi banyak diskaun.


Berikut adalah senarai rawatan yang disediakan.



Okaylah dah!  Jom kita tengok gambar.

Pintu Masuk



Dekorasi

Kaunter resepsi

Name card pemilik-pemilik Terompah Spa.  Tapi sayangnya masa saya mai buat rawatan,  depa takdak.


Kiri:  Ruang duduk di lobi resepsi
Kanan:  Jalan menuju ke bilik-bilik rawatan






Bilik Rawatan Urutan Kaki



  




Bilik Rawatan 1
Ini bilik rawatan yang dikhaskan untuk saya pada hari rawatan tu.  Tak payah nak pening-pening macam...nak urut pindah pi bilik A.  Nak facial pergi bilik B.  Semua dalam bilik ni.  Paling best sekali,  lepas I olls berurut dan buat rawatan lulur,  i pun mandi la.....bila i keluar la dari bilik mandi.  Bilik rawatan dah dikemas bersih dan ditukarkan beberapa details supaya sesuai dengan mood rawatan yang seterusnya iaitu facial.

  

  

  
Before:  Sedia untuk basuhan kaki sebelum rawatan dimulakan.

After:  Kerusi rawatan digantikan dengan tuala yang diikat ala-ala hantaran.

Bahan rawatan asli yang telah disediakan.

Barangan untuk kita bersiap lepas mandi.  Cermin kecik,  sikat,  hair dryer,  tuala kecik...............I LIKE!  I bring my own barang make up dan bersiap of course sebab aku tau lepas buat rawatan,  muka nak kena bagi bersiap balik.  Tapi looking at this preps,  mak terus feeling ratu.



Bilik Rawatan Lain
Berikut adalah gambar-gambar dari bilik rawatan yang lain.







Rawatan
Okay kat sini aku nak share beberapa gambar yang kami rakam masa aku buat rawatan.  So basically aku buat 4 rawatan seperti berikut:

Sebelum membuat rawatan,  depa akan basuh kaki kita.



Urutan Keaslian Terompah
Urutan keaslian Terompah ni adalah sesi urutan la.  Cara urutan dia adalah more kepada Swedish style dan diadun dengan teknik urutan yang lain.  Yang pentingnya tidak sakit dan menyamankan.
Sorry tak boleh nak tunjuk benda lain,  aku tunjuk ni ja.



Sentuhan Lulur
I love this!  Next time aku mesti nak buat lulur ni lagi.  I olls pilih bancuhan lulur betik.  Ahli terapi ni gosok semuaaa satu badan kita......syioookkkk rasaa.  Habis-habis rawatan ni siriesly aku boleh rasa macam badan aku putih sikit.  HAHAHA



Sentuhan Ikal Mayang
Sorry la tak boleh nak show the gambaq sebab nampak rambut. HAHAHA.  Okay so basically rawatan ni depa lumur dan urut kulit kepala kita dengan bahan-bahan asli ikutlah keperluan yang kita mau.  Aku pilih limau sebab aku nak kesegaran.  Rawatan ni baguih laaaaaaa kurang banyak aku punya gatai-gatai kat kepala



Facial Jed Roll
Rawatan facial yang dilengkapkan dengan gelekan batu jed asli yang telah disejukkan.  Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rawatan ni.  Baju jed pastinya ada aura-aura tersendiri yang boleh bagi naik seri wajah,  dan kesejukkan baju jed tu membuatkan kita rasa macam sejuk dan tutup semua liang roma.

(Gambar yang ditunjukkan dibawah tidak mengikut aturan rawatan.  Aku susun ikut penceritaan aku.)
Rolling jade sejukkkkkkk!








Selesai
Usai rawatan,  sedaq-sedaq ja dah petang.  Aku rasa macam tak mau balik.  Bestnya jadi ratu anai-anai kalau hari hari orang buat macam ni kat kita layan punya baik.  Doalah aku banyak-banyak duit selalu boleh mai rawatan kat sini setiap dua minggu.


Thank you so much Adelle dan Latifah,  dua orang ahli terapi yang bertugas dan telah membuatkan aku rasa macam ratu anai-anai.



Youtube
Dah tengok gambar,  jangan lupa tengok video tau!  Punya baguih depa duk uli aku,  buat facial,  nenjiaaaaaa last-last aku tidoq teruih sampai keluar bunyi mesin tebu.




TEROMPAH SPA 
📌No 972, Jalan Impiana 7, Jln Lembah Impiana 3, 09000 Kulim, Kedah 
📱 +60182714393 (www.wasap.my/60182714393)
BOOKING 🌺 Temujanji awal amatlah diperlukan

Business Hour:
🍁Monday ~ Friday | 10.00am ~ 10.00pm
🍁Saturday ~ Sunday | 10.00am ~ 7.00pm

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...