That's Nacho Cheese! di CUBOPARK @Chusan, Tanjung Tokong Penang


Sapa yang terlalu lama mendalami dunia hiburan Amerika seperti drama TV,  filem dan apa sahaja yang berkaitan dengan budaya POP Amerika pasti tersangat familiar dengan sejenis kudapan citarasa saduran Mexico iaitu tacos dan nachos!  USA kan banyak influence dengan Mexico sebab depa bersempadan.  


Lani kalau hangpa pi Tanjung Tokong,  kat tepi Starbucks kat situ,  ampa boleh nampak CUBO PARK.  CUBOPARK @ Chusan ni ala-ala shopping mall tapi open area style,  kat dalam tu ada food court,  ada kedai-kedai shopping dan ada jugak kedai makan jenis sebuah-sebuah.   Dulu kat tapak ni adalah hotel nama Chusan,  hotel lama dan familiar untuk wanita dan lelaki cur-cur-rina!  


So hangpa pi belah belakang,  ampa naik tingkat atas,  ampa tengok ada satu cube kecik tepi tangga dia tulis That's Nacho Cheese! Sebelum aku mai sini,  aku dah PM dah kat owner dia,  aku tanya,  aku boleh makan ka Nacho hang?  Dia balaih....."Hi! We are 100% pork free.  All chicken and beek products are from Halal Suppliers.  Thanks for asking."


Aku pun terketaq la nak pi try!  Aku suka nachos dan pernah buat sendiri dulu dengan Ezal. Buleh baca kat sini:  Nachos AJL 27  Tapi of course la rasa dia best tapi kita tak tau la betui ka tak rasa dia macam Mexican style?  Entah macam  mana bila sembang-sembang dengan cikgu vokal aku,  Wanda meletops,  Wanda kata.....KAWAN DIA OWNER KEDAI NACHOS NI.  So haruslah kami pi check it out bersama.  Dulu aku pernah post gambar dengan Wanda kat Facebook aku.  Aku kenal Wanda sebab dia volunteer mai tolong rumah kawan aku Ridhwan Shariff masa bencana banjir kat Penang tahun 2017 yang lalu.


Malam tu,  kami try macam-macam.  Nacho dua jenis,  tacos 1 jenis.  Rice bowl 1 jenis.  Pastu duk duduk sembang-sembang dengan owner yang kebetulan ada kat kedai hari tu,  dia duk bagi aku try benda-benda lain juga.


Okay jom kita tengok gambar sambil aku cerita. 




Nachos with Barbecue Beef
Pertama aku order ni.  Nachos dengan barbecue beef dengan semua jenis sos yang ada.  Haaa...pastu dia tambah jagung kat aku.  Gambar ada di bawah.  Potion ni besaq tau.  Dalam ni ada banyak isi,  sayur,  kepingan nachos di goreng,  daging dan sos macam-macam.  Sos tomato,  sos cheese.  Dia punya sos tomato ada berherba sikit,  aku rasa dia masak sendiri dan bubuh macam-macam bahan dalam tu.  Pastu ada juga cabai JalapeƱo yang dijerukkan.  Tak pedaih sangat pun.  Mak okay ja telan semua.  Harga RM17



Nah ampa tengok kot dalam dia macam-macam bahan duk ada.  Wanita gergasi macam kami boleh makan ni sorang tak boleh share dengan orang lain.



Nachos Vegetarian
Yang ni special untuk Wanda sebab dia vegetarian.  Okay satu benda aku perasan kat That's Nacho Cheese! ampa mai sini,  ampa boleh order macam-macam tak semestinya kena ada yang atas menu tu.  Depa macam suka kalau kita sembang-sembang dengan staf,  habaq ampa lapaq ka,  tak lapaq ka,  kempunan ampa ka...pastu depa reka macam-macam ikut selera hangpa.  Nacho vegetarian ni takdak dalam menu tapi depa buat untuk Wanda.  Dia bubuh jagung,  salsa, kacang merah,  cheese sauce dan special sour cream kot ataih tu.  Aku rasa dan sangat sedap!  So kalau hangpa mai sini,  ampa boleh tunjuk gambar kat blog aku ni ataupun tunjuk gambar dari IG depa.  Lagi senang.  Harga RM17



Rice Bowl
Rice bowl adalah satu menu yang popular kat That's Nacho Cheese! Ada macam-macam pilihan, ayam,  daging ataupun salted egg.  Tapi yang ni vegetarian khas untuk Wanda.  Harga RM17.




Tacos
Haaa yang ni memang la aku teringin sangat-sangat nak makan u olls.  selalu duk tengok cerita dalam filem Hollywood depa duk makan kat Taco Bell.  Haaa aku kan feeling?  So lepas makan Beef Nachos,  aku try chicken Tacos pulak.  Tacos ni dia kot luar tu tekstur sama macam nachos punya keropok tapi dia bentuk macam capati kena bengkok.  Kot dalam tu ada isi ayam dengan pelbagai sayur-sayuran dan pelbagai jenis sos.  Disebabkan aku dah kenyang dengan nachos tadi,  aku mampu makan benda alah ni 1 sahaja.  Lagi satu aku bungkuih bok balik.  Harga RM6 sekeping.



That's Nacho Cheese!
So inilah kedai dia.  Konsep dia sangatlah container yang diubahsuai jadi kedai-kedai mini yang comel.  Macam I olls cakap tadi,  masuk Cubo Park,  pi bahagian belakang,  naik tingkat atas.  So hangpa boleh nampak That's Nacho Cheese!  Bahagian depan That's Nacho Cheese! ni open air,  so u olls boleh lepak ramai-ramai dengan kawan menikmati suasana malam sambil tengok orang duk jalan kot bawah.  Gitu!

Sebenarnya,  owner That's Nacho Cheese! sewa empat container sederet.  Kot tepi kedai nachos,  ada kedai chicken wings,  pastu ada kedai New Orleans fish and chips pastu tepi dia ada kedai brownies!  So aku kenalah mai lagi sekali untuk try semua sikit-sikit.

Ini sign board That's Nachos Cheese!


Tengok staf kot dalam aku nak amik gambar depa duk sibuk nak senyum.


Inilah Wanda.  Dia cikgu vocal aku.  Nanti aku story lain.



Ini borang untuk ampa isi kalau nak order nanti.

Last before balik....wajib untuk selfie!  Yang kanan sekali dalam gambaq adalah owner kedai nama dia LaDaun.  Dia pun sama macam Wanda,  depa mai dari US of the A.


CUBOPARK @Chusan
Macam aku habaq la,  CUBOPARK @Chusan ni dulu adalah satu kawasan hotel lama yang amat lama.  Bahagian depan hotel ni adalah KTV macam mana ka.  Dari dulu kalau lalu Tanjung Tokong memang akan perasan hotel lama ni.  Tapi tak pernah masuk,  sebab macam gangster hong kong saja nanti mai.  Lani depa dah renovate jadi open air shopping mall.  Tapi satu saja tak best,  parking....bila mai weekend...parking penuh dan abang parking tu semua macam gangster sikit.  Wanda lagi sikit nak gaduh dengan abang parking tu sebab depa tak bagi Wanda berdiri kat parking space kosong untuk aku masuk.


Bahagian depan Cubopark.


Ini macam area makan kat foodcourt.  Bahagian depan.



Ini pemandangan aku amik dari depan That's Nacho Cheese! macam cantek kan?  Actually tingkat satu dia besaq dan banyak lagi kedai.  Aku tak habis explore.

Duduk tak duduk depa lukih Azmi duk baring kat sini.


Bahagian lain yang aku tak explore.  Tapi Cubopark ni cantek banyak area dia yang Instagram picture worthy.



That's Nacho Cheese!
Location: CUBOPARK @Chusan,  6 Jalan Tanjung Tokong Tanjung Tokong, 10470 George Town, Pulau Pinang
Operations Hour:  Opens everyday from 4pm till midnight
Contact:  Slide on that DM!

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...