The Lion King (2019)



Hai pertama The Lion King keluaq panggung aku dah ketaq dah nak pi tengok.  Masa tu hari Rabu macam mana ka?  Aku PM Nizal,  Azmi dan beberapa makhluk liar yang jenis pernah hidup kat safari untuk ajak pi tengok wayang dengan aku.  Tapi haram semua pun duk buat-buat busy.  Aku ni terketaq bijik dah.  Lepaih buat bebai-bebai dalam fon akhirnya sejenis badak air Gloria bernama Azmi sudi untuk teman aku.

So kami pun pi la tengok The Lion King.  Pasaipaaaaa aku excited sangat nak tengok? Haruslah sebab sepupu aku Beyonce yang berlakon dalam cerita ni.  Well,  bukanlah dia berlakon betui pun.  Dia just jual suara dia sahaja.



Jalan Cerita
The Lion King versi 2019 ini adalah fully CGI.  Bukan animasi lukisan macam yang dulu punya.  Jalan cerita dia sama sahaja macam cerita yang dahulu tidak diubah dan direka menjadi yang lain macam cerita-cerita Disney yang lain.  The moment dia start bukak panggung dengan lagu keriau "Vaaaaaa se ven nyaaa pira mitt chi vava....."  akuuuuuu rasaa macam nak keriau menari sekali.   Wehs meremang bulu semua sama macam bila kita lama tak tengok cerita Star Wars,  tiba-tiba keluaq The Force Awakens tahun 2017 teruih boleh rasa macam woooooooooooooo kita pun sama-sama terbang ke galaksi itu.  Belum lagi dia masuk lagu Hakuna Matata! 


Aku ingat lagi,  the first The Lion King keluaq tahun 1994 masa tu aku darjah 3.  Masa tahun yang sama kakak sulong aku balik dari belajaq kat US.  So dia balik dengan satu CD sountrack lagu-lagu The Lion King.....................wehsssssssssssss aku style shiok!  Pastu duk belajaq la dengar lagu orang puteh kakak aku ajar.  Masa tu Cakcing lagi la kecik dari aku,  dia darjah satu.   Samalah dia macam Simba dalam lagu Hakuna Matata ni,  dia tanya kat kakak aku "Hakuna Matata tu maksud apa?"  tapi kakak aku macam kata "Takdak maksud pun...saja depa buat lagu." Tapi memang betul dalam lirik lagu ini,  Hakuna Matata adalah frasa dalam bahasa Swahili yang bermaksud  "takdak masalah".


Itulah kelebihan muzik dalam satu pementasan dan juga seni layar perak.  Tapi apa yang paling aku impressed dengan The Lion King punya CGI untuk animasi kali ini.  Gilaaa wehssss aku dengan Azmi sampai keliru sat,  kami ni duk tengok cerita kartun ka atau tengok National Geographic punya dokumentari?


Siries sangat cantek.  Pokok dia,  tanah dia,  batu,  serangga,  binatang dan paling penting langit dan latar belakang pemandangan!  Paling aku respek adalah part pergerakan binatang-binatang tu....................SEMUA BINATANG CGI DALAM WAYANG TU BERGERAK MACAM MANA BINATANG ORIGINAL BETUI-BETUI BERGERAK.  Depa langsung tak ubah reka CGI tu supaya binatang ni mempunyak karakter manusia/human apabila sedang bercakap.  So kalau kartun yang lama,  bila Timon seekor meerkat nak bercakap dia mesti akan tepuk dahi,  buat telunjuk tangan,  menangis dan sebagainya (semua itu adalah pergerakan manusia).  Real animals don't do that expression! 


So dalam filem The Lion King yang baharu ni,  semua binatang bergerak macam binatang.  So kalau depa nak berdialog,  binatang itu akan berdialog dengan pergerakan asli seekor binatang.  So Timon akan berdiri tegak macam seekor meerkat,  garu telinga,  bergolek di tanah dan sebagainya. 


Cuma yang depa tambah adalah, part pergerakan mulut sahajalah!


Satu scene yang sangatlah cantik CGI nya adalah macam mana rambut singa jantan Simba terbang dari seekor burung,  pastu jatuh ke sungai,  pastu pi kat zirafah, zirafah termakan bulu singa tu,  pastu nampak dung bettle duk menggolek seketol najis dengan terlekatnya bulu singa yang ditelan oleh zirafah tadi.  Cantek sangat-sangat butiran yang direka dalam bentuk CGI tu.  Aku sangat respek.


Sesuai Tak Untuk Kanak-Kanak?
Bagi aku,  The Lion King tahun 2019 ini sudah tentunya lebih sesuai untuk kanak-kanak dewasa.  Sebab kalau hangpa bawak anak-anak hangpa umur 5 tahun dan kebawah depa tak akan rasa macam mai tengok kartun tapi mai tengok dokumentari National Georgaphic tentang binatang yang hidup kat Safari Afrika. 

Tapi kalau anak ampa memang jenis suka binatang,  memang depa nanti enjoy la sebab tengok singa ni semua duk bercakap macam real.  Apa pun kesimpulannya,  sudah tentu Disney telah menghabiskan lebih banyak duit untuk membikin semula The Lion King berbanding Alladin.  The moment hang buleh bayaq Beyonce untuk buat movie ni,  susah tentunya bajet akan melampau tinggi.  Secara perbandingan,  Disney menghabiskan sebanyak USD 260 juta untuk buat filem The Lion King manakala,  Alladin hanya menghabiskan lebih kurang USD 183 juta sahaja.


Satu produksi yang baik,  membuatkan kita semua rasa terpana melihat kecantikan alam flora dan fauna di hutan safari Afrika.  Kalau kita tak jaga kebersihan alam,  kita tak kawal pembunuhan haiwan-haiwan tu semua,  maka satu hari anak cucu kita tak akan dapat tengok gajah dan harimau lagi.  Depa akan tengok binatang ni semua dalam cerita CGI macam ni sahaja la.


Gambar ehsan dari IMDB.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...