20.9.19

Exploring Ipoh Street Art

Selamat Hari Kebangsaan u olls!
Macam kat Penang,  negeri-negeri lain kat Malaysia pun dah mulakan seni atas dinding-dinding kosong.  Bukan kerja vandalisme,  tetapi lukisan pada dinding-dinding ini dibuat oleh pelukis/artis hebat dan luar biasa.  Macam kat Penang,  depa duk panggil semua pelukis mural dari luar negara.  Lukisan depa semua memang out-standing,  macam betui dan 'timbul'.  Kat Malaysia,  pelukis mural yang besar macam ni aku rasa tak banyak lagi,  tapi kalau hangpa nak tau beberapa Universiti tempatan telah mula menawarkan kos pengajian khas dalam bidang lukisan grafiti/mural.  Hebat! Sebab seni ini ada tempat dalam industri,  good move Malaysian education!  Tapi maybe kena tunggu beberapa tahun lagi la baru boleh ada pelukis hebat dalam kalangan orang tempatan.

So hari ni nak share pulak dengan u olls beberapa gambar yang dirakam oleh I olls dan empat orang anak menakan semuanya menggunakan camera smart phone.  Sepupu aku,  Abang Joe Zahari dan Kak Ati ada ikut jugak dalam langkah fotografi ini dengan Abang Joe bersama camera DSLR-nya.  Kak Iken dan Pak Non,  duduk dalam kereta kena air cond dan tidur.



Untuk sampai ke Ipoh Street Art ni,  ampa cari dalam Google Maps,  Jalan Sultan Iskandar,  Ipoh.  Pastu hangpa cari ja parking kosong kat mana-mana area situ.  Dari situ,  hangpa boleh nampak dah orang ramai,  dinding berlukisan.  Ikut saja langkah mu pergi ke mana.

Aku suka Ipoh Street Art lagi sebab,  bagi aku 1) tak berapa ramai orang.  Kalau kat Penang...bukan ja Malaysian tourist,  international tourist pun belambaq nak mampuih.  2) dia punya street art banyak terletak kat belakang bangunan,  instead of tepi-tepi jalan.  So kita boleh jalan tanpa rasa takut sebab terhindar daripada laluan trafik dan redup ja (sejuk).

Okaylah tengok gambar saja dulu!

Concubine Street
 
Mural di belakang Wharong Cafe.


 Rama-rama dalam  Wharong Cafe.


 Cantek tak gambar ni? Aku amik okay!


 Ubat batuk cap Mak Menakan dan Anak Menakan.



Aku suka gambaq ni!


Bila anak menakan baru nak feeling model.....




Jalan Sultan Iskandar,  Ipoh
 Bangunan sekitar Jalan Sultan Iskandar,  Ipoh.  Kelihatan macam Beach Street Penang dengan bangunan era kolonial.


Gambar ni aku amik.


 Ni abang sepupu aku,  Joe Zahari. Deni pun minat photography.


 Melangkah.

Kita selfie dulu.

Deni la mekap aku jadi cantik.  Dia dah kuruih lani.  Mohon dikekalkan. https://www.instagram.com/nurulfaezahzainul/



Feeling macam kat Paris pulak.  Dalam ni kedai dessert ala-ala Parisian cafe.  Nama tempat ni Patisserie BoutiQue



Kedai ni cantik wehs.  Dalam dia jual baju dan cafe. Ini tempat dia https://www.instagram.com/nellisdeli/


 Random.



 Ni pun boleh jadi cantik.



Berdekatan Sekeping Kong Heng @ Ipoh
 Redup ja jalan-jalan bawah pokok.

 Tengok wajah aku pun rasa redup jugak kan?


 Anak menakan pose.

 Mak menakan pose. #AStaffGorilla

Yang ni bila anak menakan nak pose,  mak menakan masok!

 #berakaq



Kedai gunting rambut vintej di tengah-tengah Sekeping Kong Heng square.

Posing ni kira macam nak kata aku ada kuasa angkat kerusi.




PLAN B @ Sekeping Kong Heng,  Ipoh
Minum ayaq dulu.

Dia punya menu macam surat khabaq.



Ayaq kat sini semua dibancuh dengan sedap! Siries.



Yang serve kami ni,  baju hitam (anak menakan) aku jugak.  Tadi sepupu dia la kawen,  dia lepas kenduri terus masuk kerja.





BookXcess Kong Heng Ipoh
I don't know why this whole area is called Kong Heng.  Mungkin kat sini dulu ada kedai apa ka nama Kong Heng kan?  So kat sini selain ada kedai kopi dan sebagainya,  ada juga cawangan BookXcess yang menjual pelbagai buru dari luar negara pada harga yang berpatutan.  Kat bawah BookXcess ni la ada muzium Yasmin Ahmad.  So yang tu hangpa kena baca dalam next post.



#IpohStreetArt #ConcubineStreetIpoh #IpohMural #Ipoh #streetart #mural #grafitti #art #smartphonephotography #photographyWharong Cafe #WharongCafe #bookXcessKonghengIpoh #BookXcess #ipoh #kongheng #sekepingkongheng #PLANBKongheng #lazylaneIpoh #nellisdeli #PatisserieBoutiQue

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE