Makan Laksa Johor di Kedah

Nenjia...selamat datang ke Sungai Petani.  Tanah tumpah darah Kak Shuk dan Dr.  Pitt!


Hello u olls!  Sapa tahun laksa?  Menurut statistik yang direka cipta oleh aku sendiri,  boleh dikatakan 89% daripada rakyat Malaysia adalah spisyis "HANTU LAKSA".  Oleh itu,  setiap negeri ada resepi laksa masing-masing.  Daripada semenanjung hinggalah ke Borneo,  Sabah dan Sarawak pun ada laksa mereka tersendiri. 

Macam kita di belah Utara ni dia punya laksa biasalah kuah isi ikan ala-ala asam pedas,  rasanya masam-masam dan pedas.  Kalau Laksa Penang,  dia bubuh nanas,  daun pudina dan otak udang untuk bagi kick.  Kalau laksa Kedah,  kuah dia macam cayaq (cair) sikit daripada Laksa Penang dan depa suka bubuh telur rebus.

Nenjia Laksa Johor.  Tapi nak bagi disclaimer sikit na daripada penjual laksa ni.  Dia sengaja buat kuah laksa ni cayaq sikit daripada resepi asli sebab orang Kedah kot mana pun makan laksa nak kena berkuah!

So kat Utara ni,  pi mana-mana pun mestilah ada orang akan jual depa punya laksa utara.  Macam mana pulak dengan laksa di belah selatan?  Paling sempoi dan menarik sekali adalah laksa Johor sebab depa punya laksa,  kuah isi ikan yang pekat dan berasa macam kari style.  Depa punya laksa bukan laksa tepung beras macam kebiasaannya,  tapi depa pakai spaghetti.  Haaaa dahsyat kan?  Kenapa pakai spaghetti instead of laksa biasa?  Sebab kalau diikutkan sejarah zaman dulu kala,  Permaisuri Johor adalah dari wanita keturunan Inggeris,  makanya depa pun bila sediakan juadah untuk keluarga diraja haruslah di-fusionkan gitu.  1

Kepada Utara sekalian,  Penang,  Kedah dan mereka yang sama waktu dengannya,  hangpa kalau tiba-tiba kempunan nak rasa Laksa Johor tak payah pening-pening nak masak apa semua,  ampa mai sini dan makan.  Gerai ni nama dia sempoi sikit,  Good Good Lucksaa - Sedap Yang Dirindui yang terletak dalam kawasan Pit Stop Food Stall Tikam Batu, Sungai Petani.




Good Good Lucksaa,  Pit Stop Food Stall Tikam Batu
Nak mai sini senang saja!  Tekan Google Maps.  Haaaaaaaa....dia ikut jalan belakang yang tak jauh,  elak jem dan paling penting u olls dapat lihat pemandangan kampung dan sawah padi apa semua.  So kami bila sampai sini,  (aku mai dengan kawan aku yang lani dah ada blog sendiri juga iaitu Ridhwan Sharif),  aku order laksa johor dan Ridhwan Shariff makan moi berlauk.  Pastu kami tambah set nasi daging salai dengan kuah lemak dan ulam sebagai pencuci mulut.  HAHAHAH



Ada banyak gerai yang menjual juadah lain.  Mee kuah,  goreng-goreng,  tapi kami mai duduk depan kedai ni la!

Nenjia dua ekoq ulat gonggok bersedia untuk makan!

Memang aku sangat terkesima dengan kesedapan masakan beliau.  Bak kata Ridhwan Sharif "Deni meniaga tak kedekut bahan, macam orang Siam. Lauk simple tapi berasa."  Harga satu pinggan makanan dia memang level cafe sikit tapi AKU TAK KISAH SEBAB SEDAP. BERBALOI BAYAQ KALAU SEDAP LAGU NI. Plating dan garnishing pun meletops.


Laksa Johor ✅ RM12
Macam aku tulis kot ataih,  kuah dia ada cayaq sikit tak macam kuah laksa Johor yang sebenaq sangat pekat u olls.  Tapi takpa..walaupun cayaq tapi dia tak ceroi.  Rasa tetap terangkat!  Rasa kuah laksa dia berkari,  lemak,  pedas-pedas.  Sambal dia tak pakai ala-ala sambal belacan,  tapi dia pakai sambal merah yang dimasak!  Bagi aku tetap masuk.  Aku suka rasa semua cukup.  Paling respek......................................TAUGEH DIA KUPAIH LA SATU SATU BUANG EKOQ.  Sangat tok-tok.




Moi Berlauk ✅ RM8
Moi dia ni ada base macam rasa sup ayam.   Bahan semua sedia ada.  Macam Ridhwan Shariff kata lah,  macam orang Siam berniaga.  Dia bagi satu set ni dengan teluq masin dan kangkung masak macam mana ka.  Sempoi!




Daging Salai, Kuah Lemak dengan set nasi putih dan ulam ✅ RM12
Nenjia set ni memang sempoi.  Selain laksa,  ampa kena try ni.  Daging salai ni bukan senang nak buat tapi depa ni gigih buat sendiri juga.  Dia duk cerita kat aku la.....dia siap pi tempah dapur khas menggunakan periuk-periuk lama untuk dijadikan smoke-machine untuk memasak daging salai ni. Untuk masak daging salai ni,  depa bakaq guna kayu-kayu dari pokok buahan macam pokok rambutan,  nangka dan sebagainya.  Semua tu depa orang Sungai Petani masih ada sumber lagi.  Kalau duduk Penang....pakaila nak buat ni semua.

Kemudian daging salai ni dihidangkan bersama kuah masak lemak cili padi.  Siriesly guys,  masak lemak cili padi depa ni memang pedaih nak mampuih.  Sebab depa belajar daripada orang Negeri Sembilan sendiri yang memang terkenal dengan masakan Minang yang very the pedas.  

Tak dilupakan,  sebagai sayuran depa sertakan ulam daun lemak ketam yang dicelur dalam air panas!  PERGHHHHHHHHHHHHHHHHH memang nama sempoi rasa pun sempoi.  Tak pahit,  rasa dia lemak-lemak tetapi ada macam kelat sikit.  Aku suka!  Sapa nak tau pokok lemak ketam ni macam mana,  ampa boleh beli teruih kat sini: https://my.carousell.com



Ayaq Best Harus Try di Pit Stop Food Stall Tikam Batu
Pit Stop Food Stall jugak terkenal dengan ayaq-ayaq depa yang best.  Kami try dua ayaq.  Satu ayaq Sungai Petani dan satu lagi,  Teh Ais Sempoi dengan Ais Krim Vanilla.  #silameninnggal

Ayaq Sungai Petani.  Bancuhan macam-macam perisa citrus.


Air Teh Ais dengan Ais Krim Vanilla


Bergambaq dengan Tauke Kedai
Haa okay nak habaq siap-siap.  Tauke kedai ni muka macam familiar kan?  Ha laa sebab dia lah owner, Pure by Safiyyah Osman.  Tahniah aku ucapkan kepada beliau dan Eli (suami dia) walaupun PbySO depa tu dah memang berjaya bagus dah tapi depa still tak mau duduk diam dan mai meniaga laksa pulak.  Kalau ikutkan,  depa boleh ja bersenang lenang duduk rumah goyang kaki.  Tapi depa laki bini bukan jenih lagu tu.  RESPEK!

Bersama Piyyah,  dia makan mee goreng abang gerai sebelah masak.

Bersama Eli di tengah yang tiba-tiba jadi kecik bila duduk di tengah-tengah gajah dan anak gajah.  Haram betui.


Okay dah aku tunjuk gambar,  HANGPA TENGOK PULAK KAMI BERPOSING KAT MESIN PADI DAN BERFEELING PELANCONG ASING!



Cantek sign board ni!

Demi gambar yang cantek tu aku sanggup lintas jalan dengan stilleto baldu jenama Bata aku ni.  Tapi nak lintas balik haram sampai 15 minit.  Banyak pulak kereta.


Bekas model majalah Rias membuat aksi.

\
Cantiknya negeri Kedah.  Periuk nasi Malaysia.


Kasut dah kotoq,  jangan mengamok JUMIZAH! Gambar oleh Ridhwan Shariff,  tak berseni langsung.  Haram J.

TENGOK AKU AMIK GAMBAR DIA MACAM POSTER GAMBAQ JAGAT DAH PUNYA ELOQ! Toya mak amin punya Ridhwan Shariff.


#LaksaJohor #LaksaJohordiUtara #GoodGoodLucksa #safiyyahosman #sungaipetani #halalutarafood #pitstoptikambatu #tikambatu #makanbest #laksasedap #laksajohordiutara #kedah #laksa #halalfoodstall #pitstopfoodstall #foodstall
Footnote:
1. Kisah di Sebalik Laksa Johor. Orang Tua Dulu Ambil Masa 2 Hari Nak Siapkan Kuah. Ini Sebabnya…

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...