Tasik Cermin Ipoh


Okay satu lagi cerita jalan-jalan pi Ipoh,  selepas asaq dan sebelum senja.  Kami pi satu lagi tempat........................................... tadi kami dah masuk belantara kota raya sekarang kami masuk hutan belantara pulak.  Tasik Cermin diberi nama.  Lokasi Tasik Cermin ni dah lama popular kalau tak salah aku sejak 2013 lagi.  Punyalah cantik tempat ni sampai dijadikan lokasi penggambaran drama dan filem.  Tak salah aku juga kalau ramai pihak berani pilih tempat ini untuk sesi fotografi seni fesyen dan sebagainya.


Dalam blog-blog lain yang aku baca,  depa habaq sebenarnya Tasik Cermin ni terjadi sebab dulu kat kawasan bukit bukau ini adalah kawasan kuari batu kapur.  So bila alam dan manusia bergabung,  last-last runtuhan di tengah bukit-bukau batu kapur itu menghasilkan sebuah tasik.  Tasik itu tidak berkocak dan bergerak membuatkan biasan cahaya yang terpantul pada permukaan tasik itu kelihatan seperti cermin.  

Bila aku bagi terbalik macam ni baru hangpa nampak tak?  Cermin!!

Kawasan ini aku rasakan adalah sebuah kawasan persendirian,  memang bukit bukau batu kapur ni selalunya adalah milik persendirian.  Zaman dulu-dulu bapak aku kata,  nak beli satu buah bukit ni tak sampai RM15,000 tapi zaman dulu kira mahai nak mampuihlah.  Sebab tu ada gua yang ditebuk pada bukit itu untuk memberikan ruang masuk dan keluar membawa batu kapur yang diletopkan.  Gua tu bukan gua semulajadi.  Tengok bentuk pun tau dah.


Tapi walaupun sudah bertahun lamanya,  keindahan Tasik Cermin masih ada.   Memang spot yang amat best untuk ambil gambar.  Cantiklah Ipoh!  Jom kita tengok gambar.




Perjalanan Menuju Tasik Cermin
Sekarang, kalau nak datang sini sila cari lokasi dalam Waze/Google Maps. Kena hiking jauh sedikit untuk sampai ke lokasi dan akan lalui terowong gelap (bekas lombong). Pemandangan? Memang CANTIK setiap sudut untuj gambar insta. Disneyland untuk wanita agam feeling model macam aku.









Kawasan Kuari Menuju Pintu Gua
Kawasan ni lapang,  tapi suatu ketika dulu penuh dengan aktiviti melombong batu kapur. Spot cantik untuk posing jugak!




 





Jumizah dalam pelbagai jenis pose.

Kamilah kumpulan LIPAN BARA!



Pintu Gua Menuju Tasik Cermin
Pintu gua ini berbentuk pat sagi.  So sah-sahlah ianya gua buatan manusia.  Masuk gua ni sangat gelap tetapi pendek sahaja lebih kurang 50 meter.





Tasik Cermin
Inilah tasik cermin.  Ada sebuah pelantar khas dibina untuk keselamatan kita semasa mengambil gambar dan menikmati keindahan alam.  Tempat ni bersih.  So tahniah kepada pelancong sekalian sebab tak bawak sampah masuk ke sini.  Air dalam tasik keruh dan ada ikan-ikan kecil.  Puaskan lah hati mengambil gambar sampai jam 7:00 malam anda akan diminta untuk balik.





Sapa boleh jumpa monyet dalam gambar ni!





 Anak menakan untuk dijual.  aiman_zamhuri



 Anak jin Suwa Suwe dalam cerita Ahmad Albab dah besaq rupanya.


#IpohStreetArt #ConcubineStreetIpoh #IpohMural #Ipoh #streetart #mural #grafitti #art #smartphonephotography #photographyWharong Cafe #WharongCafe #bookXcessKonghengIpoh #BookXcess #ipoh #kongheng #sekepingkongheng #PLANBKongheng #lazylaneIpoh #nellisdeli #PatisserieBoutiQue #YasminAhmad #MuziumYasminAhmad #YasminAtKongHeng #TasikCermin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...