Trip Hatyai 3 Hari 2 Malam

Gambar diambik oleh aku sendiri ya pakai handphone saja.

Hello u olls!  Hari ni aku nak share sikit pasai tips nak pi melancong ke sebuah negeri bersempadanan dengan negara Malaysia iaitu Hatyai,  Thailand dengan cara yang jimat sangat.  Of courselah,  sebagai rakyat Malaysia yang harmoni,  kita ni suka sangat pi Hatyai untuk apa?  UNTUK MAKAN!  Aku nak bagi ampa tips macam mana nak pi Hatyai dengan perjalanan dari Kuala Lumpur sampailah ke Hatyai,  so kawan-kawan aku yang duduk belah selatan bolehlah amik penulisan ini sebagai panduan.


So dah habaq kan kata nak mai Hatyai ni,  tujuan utama haruslah kepada makanan.  Maka, duit tu kita kena spend lebih sikit untuk makan lah.  Untuk travel,  kita try cari cara yang paling jimat.  Untuk pi ke Hatai,  hangpa boleh amik flight sebab murah dan jimat masa!  Harga flight waktu ni RM79 ja daripada KL ke Hatyai, lebih kurang harga ETS tetapi masa lagi cepat. Untuk ke KLIA, hangpa boleh pilih untuk book KLIA transit tickets dan naik dekat Putrajaya Sentral.


Senangkan?  Bukan sahaja senang,  malah menjimatkan masa!  Kalau hangpa ada plan nak pi bercuti, tapi tak jumpa pulak transportation yang sesuai untuk ke KLIA,  hangpa boleh try airport coach KLIA daripada Traveloka! Airport coach ni kira lebih kurang macam bas,  kita naik ja dia teruih bawak kita straight ke airport!  Kerlasssssssssssssss...tak payah pening-pening melilau teruk-teruk.  Traveloka ni bukan sahaja sediakan tiket KLIA Express yang murah tetapi juga menawarkan pakej kereta persendirian yang sangat berbaloi dan harganya sangat berpatutan. 

Ni posing dengan kakak pramugari kat Hat Yai International Airport.  Airport depa kecik saja tapi international u olls.

Tengok mana tu JUMIZAH!  Ni kes tak tau nak tengok camera tang mana.

Canteknya gambaq aku amik.


Dah sampai kat airport di Hatyai,  hangpa boleh amik grab untuk direct ke hotel.  Aku nak rekemen hangpa duduk kat Thong Manee Apartment sebagai penginapan  kalau hangpa nak mai jalan-jalan kat Hatyai untuk 3 hari 2 malam.  Untuk booking penginapan ni,  haruslah hangpa booking pakai Traveloka sebab kalau kena dengan hari yang sesuai dengan tarikh booking,  hangpa boleh dapat serendah harga RM50 semalam.  Tolak pi tolak mai,  untuk penginapan kita akan spend dalam RM102 sahaja! Moooooooorahkan?  Aku sangat rekemen hotel ni sebab kedudukan dia sangatlah strategik,  dekat dengan Green Way Market dan Asean Night Market.  Jalan kaki pi tempat ni lebih kurang 3 minit ja.  Bilik pun sangat bersih dan selesa untuk 2 orang. 

Okay now aku nak share ampa contoh itinerary yang sesuai untuk ampa tiru kalau ampa nak mai Hatyai!



HARI PERTAMA
So kalau kata hangpa sampai Hatyai dari Kuala Lumpur lebih kurang 3:00 petang waktu tempatan,  ampa boleh la pi check in hotel dan rehat dulu.  Mandi dan golek-golek apa dulu sat.  Setting handphone bagi dapat line internet semua bagi elok kan.  

Lepas Maghrib,  ampa boleh pi Green Way Market. Green Way Market ni baru jaaa bukak.  Dia macam ala-ala pasar malam yang besar tapi elok berbumbung dan kedai dia semua style cantik-cantik la.  Ada jual baju,  souvenir dan makanan.  Tapi kita mai Green Way Haaa kat sini ampa kena target makan!  Tapi nak habaq la siap-siap agar ampa berhati-hati bila memilih kedai, sebab tak semua yang bertudung tu jual makanan yang halal. Nak senang cari kedai yang ada tulis halal dalam jawi tu dan yang menggunakan pinggan dan mangkuk berwarna biru cair.   So itu confirm u olls selamatlah di kedai orang Muslim. 

Greenway Market,  aku cilok gambar ni dari FB Page depa.

Gambar ni pun aku cilok dari FB Page depa.

Lepas tu, hangpa boleh ke Asean Night Market pula. Kat sini, lagi senang nak cari kedai yang ada tulis halal dalam bahasa Jawi kat tingkat atas market tu. Lepas selesai dah makan sana sini semua, wajib singgah 7E dan beli roti untuk sarapan esok. Kat 7E depa ada banyak pilihan makanan bungkus HALAL. Inilah yang banyak membantu aku bila berkunjung ke negara Thai.

Roti-roti halal yang menyelamatkan perutku!

Setakat ni,  total habis sepenuhnya untuk makanan dan grab daripada airport ke hotel siang tadi baru lebih kurang 695 Bath sahaja.


HARI KEDUA
Hari kedua,  hangpa kena guna secara maksima.  Untuk menjimatkan duit pengangkutan,  aku cadangkan ampa tempah tuktuk siap-siap untuk kegunaan sehari sebab harganya lebih murah kalau ampa booking the whole day sebab kita nak pi banyak tempat dalam satu hari tu.

Posing di tepi tuktuk dengan anggunnya.

So ini adalah beberapa cadangan tempat yang aku boleh share dengan hangpa untuk perjalanan pada hari kedua ini:


Dimsum Chibura
Bagi aku rasanya biasa sahaja tetapi harganya agak berbaloi. Hangpa perlu tempah dia punya nasi goreng selain daripada dimsum untuk make sure perut kita ni 'kejab' sikit.  Total habis makan kat di sini 270 bath untuk dua orang.  Murah nya nohorom.


Selain itu aku nak bagi jugak cadangan aktiviti murah iaitu mai awai-awai naik GRABBIKE ke Kim Yong Market.  Tengok orang-orang tempatan meniaga bunga,  sayuran,  ikan,  ayam dan katak. Kalau nak beli breakfast kat sini pun boleh.


Chang Puak Elephant Camp Hat Yai
Chang tu dalam bahasa Thai maksud dia gajah!  Sapa teringin nak jumpa dengan sepupu aku Kak Jah,  ampa boleh la mai sini.  Amik gambar dengan dia,  tengok dia,  bagi donation apa semua.  TAPI AKU AKAN MURKA SAPA YANG MAI SINI DENGAN HARAPAN NAK NAIK GAJAH.  Ampa tak payah berangan nak jadi Bahubali semua.  Kesian tau kat gajah tu semua.  Kita pi tengok sudah la.   Haiwan ciptaan Allah yang maha besar,  antara mamalia terbesar hidup di darat.

Disebabkan aku mai dengan anak-anak gajah ni semua,  so aku tak pi la tengok gajah sebab aku takut gajah kat situ semua tekejut tengok kami.  Tambah-tambah gajah paling depan pegang beg plastik dalam gambaq ni.



Samila Beach dan Masjid Songkhla
Sini wajib la mai amik gambaq dengan kakak duyung.  Ampa tak perlu keluar duit banyak sangat kecuali untuk makan.  Jangan lepaskan peluang untuk singgah Masjid Songkhla,  ada banyak masjid kat area sini,  so u olls haruslah kaji siap-siap masjid mana yang u olls nak pi,  pastu download siap-siap gambar masjid tu dalam phone u olls.  Nanti tunjuk kat abang tuktuk tu.  Mudah untuk dia faham dan bawa kita ke sana.  Sebab tak semua abang tuk-tuk fasih berbahasa Inggeris.  Kalau dah sampai area masjid,  senang nak cari tempat makan halal pada harga yang murah.  Bajet lunch kat sini lebih kurang 90TB sahaja.



Khlong Hae Floating Market 
Bila duk mai petang,  sesuai la mai Khlong Hae Floating Market ni.  Bila nak masuk senja,  pemandangan dari atas titi tu sangat cantek.  Makan halal banyak dijual oleh makcik-makcik atas boat (kat sungai) dan makanan lain ada diruangan atas market ni.  Bajet makan kat sini u olls boleh lah nak habiskan lebih kurang 220Bath.


Bila nak masuk senja,  pemandangan dari atas titi tu sangat cantek.  


Standby la perut anda!


Kedai Kekacang
Wajiblah singgah sini untuk beli kerepek, maggi siam (sedap nak mampuih) dan kekacang untuk dijadikan buah tangan kepada diri sendiri dan kawan-kawna di Malaysia.  Kat sini kata bajet perabih dalam 455 Bath.



Lee Garden Market
Yaaaa sini macam centre of Hatyai la.  Kat sini makanannya sangat sedap dan murah. Yang paling sedap di sini, pancake pisang Nutella, kerabu maggi dan pulut manga yang dijual betul-betul di hadapan pintu masuk Lee Garden Plaza. Total habis kat sini 380 Bath sebab banyak sangat makanan yang belinya. HAHAHA

Lee Gardens pada waktu malam.

Lee Garden pada waktu siang.

Beli ais krim nyiok daripada Nong Habibah

Topik segak bergaya sebagai penjual mampelam.  Sesuai.

Total habis untuk hari kedua termasuk beli kacang apa semua dan harga tuktuk adalah sebanyak 2915 Bath. Tuktuk untuk sehari perjalanan ni sampai ke Songkhla hanya 1500 Bath. Sangat murah dan berbaloi.



HARI KETIGA
Hari ketiga biasa sahaja, untuk breakfast ampa boleh ke Zaina Dimsum.  Saja la nak try apa rasanya beza daripada kedai dimsum yang kita try semalam.  Tapi kena keluar awai sikit,  sebab perjalanan ke Zaina Dimsum ni agak jauh.  Selepas tu terus ambil van ke border dengan harga 50 Bath seorang. Selesai di border Padang Besar nak ke ETS station kami naik kereta sapu 300 Bath. Dan tunggu jelah Train ETS kami pukul 2:00 petang tu. Total habis 755 Bath termasuk dengan grab, van untuk dua orang dan kereta sapu.

Bandaraya Hatyai yang tenang pada sebelah pagi.  Bangunan dia semua retro.

Seperti yang  aku cadang kat ampa, ni bukan travel jimat tetapi travel cari makan sampai puas. HEHEHE

Total perbelanjaan :
Hari pertama :695 Bath / 2 = 347.5 Bath
Hari kedua : 2915 Bath / 2 = 1457.5 Bath
Hari ketiga : 755 Bath / 2 = 377.5 Bath
Total seorang dalam Bath = 2182.5 Bath = lebih kurang RM298 +-

Hotel : RM102 / 2 = RM51
Flight : RM 79 seorang
ETS : RM 102 seorang
Total in MYR = RM232 

Keseluruhan belanja = RM530 untuk 3 Hari 2 Malam

Sebenarnya kalau pergi 4 orang macam tu boleh jimat lagi sebab kita boleh share nisbah lebih kecik dekat tuktuk dan grab. Dan ETS tu silap aku booking lambat, jadi tiket yang pukul 6:00 petang RM78 tu dah habis. Kalau beli awal boleh jimat lebih kurang RM30 lagi. Harapnya simple perkongsian aku ni membantu korang juga nanti.

Sekian sahaja perkongsian aku.  Sila share!

#hatyai #thailand #ETS #triphatyai #ChangPuakElephant #Traveloka #KLIA #ThongManeeApartment #DimsumChibura #SamilaBeach #MasjidSongkhla #KhlongHaeFloatingMarket #HalalTrip #HalalTripThailand #LeeGardenMarket #ZainaDimsum

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...