20.9.19

Went to Ipoh for Wedding and Such

Tampil dengan baju kurung polos warna merah sempena kemerdekaan dengan kasut sport putih dan transparent fanny pack hadiah oleh Mijan.  Anak menakan aku dari KL semua sambut aku depa kata "Akak Lofa...akak Lofa..." aku pun syiok la.  


Sebelum aku dilanda PERCUTIAN baru baru ni,  hahahah haram jadah betui la.  Sapa tak faham percutian tu apa?  Sila baca artikel aku ni:  Saya dan Bipolar Disorder.  Elok-elok dah pi berjalan merata bersama sepupu dan anak-anak menakan,  pastu balik Penang elok dah bangun tidoq dan called anak-anak ayam semua kunon nak pi berjalan ka macam mana.  Tiba-tiba boleh pulak,  tak boleh bangun tidoq dan rasa macam nak mati dah.  Tulah episod yang dilalui oleh orang yang ada Bipolar Disorder macam saya.


Tapi alhamdulillah dapat jugak mai wedding ni,  tahun lepas,  wedding untuk si kakak aku tak dapat mai langsung.  Kesian kat mak dan bapak pengantin (sepupu aku) yang selalu mendambakan aku 'MENYUMBANGKAN' lagu dalam majlis perkahwinan anak depa.

Bersama Kak Iken dan Kak Hasnah.  Dua-dua ni pupu aku.  Haram betui la awat sepupu aku semua tua-tua. HAHAHA

Kali ini untuk mai kenduri kat Ipoh,  aku mai dengan sepupu aku Kak Iken dan anak-anak dia.  Sebab dalam keluarga aku sendiri, semua kata tak boleh mai sebab ada kerja la apa la semua.  Last-last haribulan barulah mak aku,  Kak Edeh pun habaq dia boleh mai pulak,  dia mai dengan abang ipaq aku. Haiii laaa... (mengeluh)  Kalau habaq dari awai,  kan ka aku pun boleh bawak kereta aku,  so boleh la sapa-sapa lagi nak tumpang kereta kan.  Tula depa ni semua,  tak pentingkan English education.



So bila mai dengan anak-anak menakan aku ni semua,  semua kaki berjalan,  kami mak-bapak-mak menakan sila duduk diam saja.  Seronoklah sebab depa kepala ronda.  Pagi-pagi kami ingat nak mai makan kat sini,  Suhaimi Cafe tapi bila kami sampai dah penuh beratur punya panjang sampai tepi jalan.  Haram betui.......tempat ni tengah viral sebab kat sini ada macam-macam seleksi makanan sarapan pagi untuk rakyat Malaysia termasuk roti bakar dan telur goyang.  

Dua mee dibeli oleh aku dan Kak Iken.  Haram punya banyak.

Takdak rezeki,  kami pi makan kat Greentown Halal Dim Sum.  Yang ni kedai dimsum halal yang kami dah selalu sangat mai.  Takpalah,  memang sah-sah kita tau makanan depa sedap.  Cuma aku dengan Kak Iken (sepupu) style order tak tengok gambar sekali mai nenjia mee kuah style besaq punya.  Aku makan ni sampai habis,  sampai pi kenduri tak makan nasi kenduri langsung pun sebab duk kenyang sampai petang.  On the way balik Penang ja baru aku bungkuih Mc Donald untuk lapik perut.

Bersama anak menakan ChaCha.  Dia ni kerja StarBucks Karpal Singh Drive,  tapi dia nak resign dah.  Tak lama lagi dia nak kerja dengan Pejabat Ketua Menteri Penang dah.  Amin.  Time ni aku dah cantik dah sebab baru tambah mekap.

Lepas breakfast kami pun pi la makan kenduri.  Best la kenduri orang Ipoh (dan KL jugak) depa kat sini style pukul 11 am dah start kenduri dan ramai tetamu yang mai.  By 3pm dah makin sikit orang,  tuan rumah dah mula mengemas meja dan sebagainya.  Kalau kat Penang?  Pukul 6:30 pm pun orang duk mai lenggang lenggok tali kecapi mai makan kenduri lagi dengan alasan "Kami pi antar Mastura pi tuisyen sat kat Bayan Baru ni baru balik...tu singgai mai..." bilaaaa masa pun alasan antar anak pi tuisyen.  Pada anak duk serupa bodo tu jugak.

Kak Edeh (my mother) dengan mak menakan dia.  Ni kira sedara kami blah mak aku.  Terjumpa kat kenduri.

Ni cucu menakan nama dia Aqil.  Tak tau pasaipa dia nak masuk dalam kain aku.

Ni semua sepupu dan kakak aku.  Penang,  Ipoh dan KL bersatu.  Kami duk planning tahun depan dua wedding besar di KL pulak.  Yeaaah.

Pelamin di Ayu Place.

Bersama pengantin,  Afrina dan suaminya.  Tahniah Afrina.

Ni sepupu aku jugak,  nama depa Abang Dali dan Abang Ami.  Kepada karaoke dan joget lambak keluarga TNB (Tokelan Na Bule).

Depa buat kenduri kahwin kat Ayu Place,  tempat ni macam dewan macam mana ka semua sekali pakej dalam tu termasuk makan dan bilik tidoq pengantin.  Selesa la ada aircond semua.  Masa duk kenduri,  of course....KAMI BERKARAOKE.

Bergambar bersama Netizen
Sesekali bertemu kita kena amik hati para peminat semua dengan bergambar dengan mereka.



Lepas kenduri tula kami pi jalan-jalan lagi,  expore Street Art sekitar bandaraya Ipoh pastu pi check out Tasik Cermin.  Haaaaaaaaa itu sahaja aku nak share dulu kat sini.  Ampa baca lagi dua post lain dalam blog aku ni ya...pasai Street Art Ipoh dan Tasik Cermin.
#Ipoh #Kenduri #MakanKenduriIpoh #MalayWedding #TasikCermin #StreetArt #ayuplaceIpoh #baweanfamily #malaysia #suhaimicafeIpoh #GreenTownIpoh #halaldimsumipoh

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE