20.9.19

Yasmin at Kong Heng Newseum


Dulu bila aku mula-mula dengar kata kat Ipoh ada muzium khas dibina untuk memperingati seniman Yasmin Ahmad,  seorang pengarah filem,  filem pendek,  iklan yang telah memberikan impak yang amat besar kepada seni visual negara kepada sepupu aku di Ipoh,  "Hangpa tau tak kat Ipoh ada Muzium Yasmin Ahmad?  Hangpa tau tak kat mana?"


"Yeke?  Kat maner?  Kitorang maner pegi muzium semua.  Nak buat aper?" okayyyy aku tanya soalan kat salah orang.  


So kali ini memandangkan aku mai dengan geng-geng anak menakan yang cool sikit so aku pun bolehlah nak pi cari jugak muzium Yasmin Ahmad ni.  Rupanya muzium ini terletak kat bawah kedai buku BookXCess di sekitar Kong Heng Square.  So memang kat area street art Ipoh.  Jalan punya jalan,  eh?? Kenapa tak nampak pun,  bila tengok Google Maps kat handphone memang dia cakap kita dah sampai kat area tu.


Aku pun tanya kat orang di BookXCess,  oh...rupanya muzium ni terletak kat aras bawah tanah.  Kerlas.....So kami pun turun pi tengok muzium Yasmin Ahmad ni.  Tapi actually tempat ni kecik sangat.  Dia macam satu ruang kecil vault (peti pesi) zaman dahulu yang ditukar menjadi macam newsuem depa panggil.  



Depa bubuhlah beberapa gambar dan memoribilia yang menceritakan falsafah pemikiran Yasmin Ahmad sebagai seorang pengkarya.  Aku carilah pasaipa depa bukak muzium ni kat Ipoh dan bukan kat Johor Bahru (tempat kelahiran Yasmin Ahmad) so jumpa satu maklumat kat blog mak Allahyarham habaq,  Yasmin Ahmad memang suka Ipoh.  

Okaylah jom tengok gambar.


xx

Pintu Masuk BookXCess dari hadapan Jalan Sultan Iskandar.

 Sungguh ku tak mampu menahan rindu........(sila sambung)


 Lepas masuk BookXCess ampa cari lampu neon macam ni,  dia akan bawak ampa turun tangga bawah.


BookXCess ni jual macam-macam buku,  aku tengok ni terus rasa macam pernafasan laju.  Aku tak pernah beli buku JRR Tolkien lagi.

 Sebenarnya bahagian bawah ni merupakan khazanah bilik kebal.





 Masuk adalah percuma,  tapi kita dialu-alukan memberikan sumbangan.



 Betulkan aku kalau aku silap,  bila filem SEPET arahan Yasmin Ahmad mula keluar tahun 2005.  Start dari situ,  baju kurung dengan kain kapas macam ni terus jadi popular dalam peminat fesyen remaja dan dewasa.  Sebelum ni,  baju kurung kain kapas ni hanya dipakai oleh kanak-kanak sekolah bila nak pi mengaji.




 



 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
akhir kata...terimalah gambaq kejadian anak menakan aku mencari ilham semata-mata untuk sekeping INSTAGRAM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

#IpohStreetArt #ConcubineStreetIpoh #IpohMural #Ipoh #streetart #mural #grafitti #art #smartphonephotography #photographyWharong Cafe #WharongCafe #bookXcessKonghengIpoh #BookXcess #ipoh #kongheng #sekepingkongheng #PLANBKongheng #lazylaneIpoh #nellisdeli #PatisserieBoutiQue #YasminAhmad #MuziumYasminAhmad #YasminAtKongHeng

Footnote:
1.  Yasmin at Kong Heng (Ipoh) www.emily2u.com

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE