13.10.19

Anugerah Kecemerlangan Staf

Ni gambaq saja di ambil sebagai kenangan bersama boss dan mantan.

Aku bukan nak cerita ni untuk bangga diri tau.  Aku tak mau satgi jatuh riak pulak (feeling ustazah) hahaha.  Tapi ada cerita lawak disebalik kisah ini aku nak share dengan hangpa semua.  Pengajaran dalam cerita ini adalah janganla over thinking dan cepat nak buruk sangka.

Hari tu aku kena 'bipolar' lagi,  5 hari tak dapat mai kerja tapi time tu weekend dan cuti tambahan macam mana ka.  So over the weekend tu patutnya ada Hari Kecemerlangan Guru dan Staf kat tempat kerja aku.  Aku tak mailah sebab mental state tidak mengizinkan.  So the next working day,  walaupun aku masa tu macam tak berapa nak OKAY lagi tapi aku mai kerja jugak.  Aku jumpa la kawan-kawan semua tapi takdak sapa pun habaq aku apa-apa khabar.

Tiba-tiba petangnya,  ada seorang pegawai mai kat aku dan habaq suruh aku sign satu borang.  Sebagai pengesahan aku terima wang saguhati sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Staf.  Aku macam WHATTTTTTTTTTTTTTTT????

Pastu aku pun mulalah over thinking dan mai macam nak bebai kat semua orang.  Nak buat macam mana.  Aku pulak baru duk baik bipolar.  Hati tak stabil lagi.  Pastu dengar berita macam ni.  Aku pun mulalah duk PM kat kakak-kakak kat office dan kata....sampai hati hangpa tak dak sapa pun habaq kat aku kata aku dapat Anugerah ni.



Aku kata,  aku tau la aku tak layak.  Tak sampai 2 tahun baru pindah mai jabatan ni.  Kalau buleh aku pun tak mau.  Ada orang lagi layak dari aku.  Dan-dan la semua benda negatif duk mai la.  Barua betui la Jumizah oi.

Pastu esoknya,  aku mai kerja macam biasa.  Buat-buat kerja,  pastu petang aku pi main office.  Saja nak pi tengok surat ka apa ka.  Pastu bila pi kat pantry,  Abang Jem kata "Tahniah Jumie dapat Anugerah Kecemerlangan Staf."  

Memang saja laa Abang Jem pun tanya kat sini.  Aku pun dan dan cakap kuat-kuat "Thank you Abang Jem....Abang Jem la orang first yang nak habaq kata saya dapat ni.  Staf lain sapa pun tak habaq apa pun. Semalam saya mai office pun takdak sapa pun habaq apa-apa."

Semua staf-staf lain kat main office pun mangkit dan mula sahut kata-kata aku "Laaaaaaa....Jumie kami bukan tak mau habaq.  Kami nak tunggu boss habaq dulu.  Satgi kami pandai-pandai pulak."

"Halaa....saya tau la saya tak selayaknya dapat.  Dah la kerap sakit.  Pastu baru mai kerja sini.  Segan la saya."  aku duk sambung lagi kata-kata buat macam sembang sentap kan.  Hahahahah musibat la Jumizah.

"Jumie....saya pun segan jugak.  Saya tak sangka depa pun bagi anugerah tu kat saya."  Kata Abang Jem.  Aku kalih dengan pantas.  What!!!! Abang Jem lagi la.....baru setahun mai sini.

"Jumie....aku pun depa bagi jugak.  Hang bayangkan aku duk tengah amik gambaq time event,  tiba-tiba depa sebut nama aku."  NENJIAAAAAAA Boy yang baru setahun lebih mai jabatan ni pun dapat jugak. 

AKU GELAK PUNYA KUAT!  Haaaaa Jumizah hang jangan suka-suka nak buat parandey kat Masjid tau.  Sekali nenjia Allah susun elok-elok hangpa tiga orang yang dapat anugerah kecemerlangan staf duduk sekali macam ni.  So aku pun teruih duduk kat pantry,  Boy tolong bancuh ayaq kat kami tiga orang.  Kami welfie bertiga dan masukkan dalam Whatsapp Group office kami dengan caption "JOM MENGULAQ DENGAN GENG CEMERLANG"

Jumie,  Abang Jem dan Boy.  Geng Cemerlang!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region