8.10.19

Behind The Scene: Mawar Putih untuk Mama VC

Tapi takdak white rose,  kami bagi hydrangea untuk Mama VC.  Bunga by Kuntoom Official

Hello u olls,  hari ini aku nak share dengan hangpa pengalaman aku menyanyi baru-baru ini untuk Mama VC.  So kalau kat dalam satu syarikat besar,  Mama VC di macam CEO sebuah syarikat yang monitor semua aspek dalam pengurusan syarikat kami bekerja.


Beliau merupakan CEO wanita pertama yang telah banyak menaikkan prestasi institusi kami.  Apabila tempoh pelantikan beliau sebagai CEO tamat maka kami semua bersedih dan sebuah majlis khas diadakan untuk menghargai sanjungan budi yang telah beliau taburkan.


So aku ingat beberapa hari sebelum majlis sanjungan budi,  boss aku tanya "Kak Jumie,  kita nak bagi hadiah apa kat Mama VC?"


"Ustaz,  saya ni macam orang-orang putih sikit...so cadangan saya pun mesti macam orang putih jugak.  So jom kita bagi dia sejambak bunga."  Itulah pendapat aku.


"Erm.....saya rasalah.  Kita bagi dia satu naskhah Al Quran dan sepasang kain."  Nampaknya idea aku tidak diterima oleh bosskur.  Kain dan Quran pun dibeli,  dibungkus dengan hiasan berbunga dan berenda indah.




Pada hari kejadian,  aku rasa lebih kurang 7 jam sebelum event,  tiba-tiba boss aku mesej kat Whatsapp.  "Kak Jumi sempat dak lagi kalau nak tempah bunga dan 'foreror rocher' untuk Mama VC.  Malam ni nak bagi."  BILA AKU DAPAT MESEJ TU KO RASA?


Sebagai seorang setiausaha yang setia berusaha aku pun balas "Untuk boss saya akan bagi sempat."  Ulang suara,  event tu malam itu jam 8:00pm tapi aku dapat mesej ni before Zohor.  Aku pun mesej adik aku Cakcing dan kebetulan sekarang ni dia pun buat business bunga + suprise decoration....so aku suruh dia tolong buatkan.  By lunch time,  dia keluar pi beli cokelat dan bunga,  habis waktu pejabat dia start menggubah.  By 6:30 pm dia mai hantar jambangan bunga tu kat office aku.

Nah...................ampa nak bagi bunga suprise hangpa boleh contact adik aku. Jangan lupa follow dia kat IG @kuntoom_official Whatsapp: Www.wasap.my/601156454377/hellokuntoomteam




View this post on Instagram

Tq Pusat Islam USM order special Bouquet dari team kuntoom. . Kisses and Ferrero Rocher with fresh flower bouquet . Hello uoollzzzzz Kami dari Kuntoom_official Nak cari bouquet untuk yang tersayang ‼️‼️ 🎂BIRTHDAY 👩‍🎓CONVOCATION 👰🤵ANNIVERSARY 🍼BABY NEW BORN 💐GET WELL SOON 🎈HELIUM BALLONS ETC semua kami buat.. Habaq ja... Kita deal sampai jadi... JANJI AMPA SUKA👍👍 ❤️berbaloi ❤️Murah ❤️Jimat ❤️Puaih hati ❤️Cantik Pakej kami bermula dari RM30 HINGGA RM250++ ada bajet sendiri habaq ja.. Kami buat untuk ampa okay... Wasap laju laju... Klik link wasap 👇👇👇 Www.wasap.my/601156454377/hellokuntoomteam . . #kuntoombyredgincu #kuntoomofficial #suprisedeliverypenang #suprisedeliverykomtar #suprisedeliveryjelutong #suprisedeliveryayeritam #suprisedeliverymurah #suprisedeliveryjimat #suprisedeliverybajet #suprisedeliverybayanbaru #suprisedeliverybayanlepas #suprisedeliveryseberangjaya #suprisedeliverycantik #suprisedelivery #suprisebox #tabledecoration #hotballons #freshflower #weddinghandbouquet #handbouquetpenang #heliumballons #birthdaygift #birthdaysuprise
A post shared by kuntoom (@kuntoom_official) on


Alhamdulillah siap bunga!  Tahniah adikkur.  

Aku suruh husband aku singgah mai bagi lipstick kat aku sebab aku nak pakai malam ni.  Aku habaq dia "Bok mai semua yang nampak macam lipstik yang ada atas meja mekap."  Dia bebai dan kata,  awat tak habaq spesifikli nak pakai lipstick yang mana.  Taraaaa bagi simple instruction pun dia dah salah..ampa tengok ni...concealer pun ada.  Celak muka pun ada.  Sambil-sambil mekap aku duk hafal lirik lagu tu....

So lepas tu boss aku mesej lagi.  "Kak Jumie,  Ok malam ni kita buat persembahan untuk Mama VC.... Jumi nyayi saya miming dan kita bagi bunga....  lagu mawar Putih untuk mama"


BIAQ BETUI USTAZ NI SURUH AKU NYANYI.  "Okay saya pun nak sollat dan mintak pentunjuk...patut kaa saya nyanyi."  hahahahah itulah maklum balas aku.  Tapi lepas solat,  aku tanya empat orang kawan rapat,  should I do it.   Nischa,  Ezal, Farah and Nizal.  Empat-empat orang kata YES,  I SHOULD DO IT.


Pasaipa aku macam reluctant tak mau nak nyanyi.  1) Program ni depan semua BOSS BOSS BESAQ dan bukan depan netizen ramai-ramai.  So haruslah aku ketaq nak mampuih.  Macam nyanyi depan menteri la semua.  Protokol u olls.  2)  Last time aku perform secara terbuka untuk tempat kerja aku,  persembahan yang aku bawakan tidaklah begitu baik sebab aku takdak persediaan.  Lepas dapat kritikan dari kawan-kawan (masa tu la) aku terus jadi trauma dan sentap nak mampus.  Sebab tula (tahun 2013 an) aku terus tak menyanyi dalam tempat kerja aku sampai sekarang.  3) Aku rasa macam reluctant sebab persembahan nyanyian aku takdak dalam program.  Depa dah buat program tu dari awai,  kalau tiba-tiba aku nak masuk nyanyi sebab boss aku suruh dan aku nyanyi TAK SEDAP OR SUMBANG takkah memalukan?


Walaupun yaa...dalam hati kecik aku suka nak nyanyi dan teringin nak nyanyi.  Tapi tiga benda besaq ni menyebabkan aku reluctant sikit.  


Tapi lepas aku Whatsapp dengan empat orang kawan aku ni,  aku dapat keyakinan.  Takdak salah dan silapnya,  benda ni untuk hiburan sahaja suka-suka,  menyeronokkan orang.  Bukan nak buat sesuatu hina.  


So aku pun balaih kat boss aku dan kata setuju.  Persediaan kami sederhana sahaja.  Boss aku pun agak nakal la,  dia habaq kepada pengurus program "Saya nak buat persembahan suprise dengan seorang performer."  Tapi dia tak habaq kat depa,  siapa performer tu dan nak buat persembahan apa.  Depa semua pun tak berani nak tanya lebih-lebih sebab depa tau ni Pengarah Pusat Islam.


Petang tu sebelum persembahan,  situasi kerja agak amatlah mem-busy-kan.  Selepas 6:30 petang,  aku terima bunga segar,  aku kena keluar pejabat untuk beli kek birthday (untuk perjumpaan staf esok pagi),  balik office,  aku mandi dan sollat,  pastu aku mesej kat anak menakan aku "Nurul................HANG TOLONG SERIKA TUDUNG PALING MAHAI YANG HANG ADA."  hahahaha


Sebabnya hari tu aku memang dah sedia kala pakai dress hitam yang cantik.  Dress ni baru sekali aku pakai masa pi tengok concert Siti Nurhaliza kat Balik Pulau.  Tapi aku pakai tudung cotton yang sangatlah level achi-achi kelumbung sahaja.  Kebetulan aku ada saudara yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja aku,  so aku suruh depa serika tudung paling cantek,  so lepas solat Maghrib,  aku mekap kat office,  pastu aku pi singgah rumah depa,  pakai tudung dan terus aku pi Hotel untuk pi event sanjungan budi tu.  Thank you so much Nurul dan Kak Iken bagi pinjam tudung Ariani. Nanti aku bagi balik na hahaha.

Me beside Mama VC's cut-out board.  Aku pakai dress hitam beli kat Rias Idaman,  Bukit Jambul.  Kasut sport putih sebab lani aku duk sakit lutut.  Tudung daripada Nurul dan Kak Iken.  TQ!~


Sekali nenjia aku mai kat belakang pentas dengan pendrive di dalam tu tersedia.  Depa yang jaga PA  system pun terkejut "Ohhhh persembahan suprise tu hang la???"  Hahahaha kami punya persembahan diletakkan di awal show.  Ulang alik aku berjalan dari depan dewan ke belakang pentas,  nak selaraskan maklumat lagu dengan pengurus program dan nak habaq kat Boss aku nak suruh dia suprise lagu mana.


Akhirnya...........nah terimalah persembahan kami.  


Kenangan indah untuk aku untuk Mama VC yang aku amat kagumi dan hormati.  Walaupun aku tak dan nak salam dan selfie dengan dia,  tapi aku dapat nyanyi untuk dia for the last time ni pun dah amatlah bertuah aku rasa.  


ps/  Masa nak balik,  Ustaz Boss bagi aku RM50,  aku tak mau amik.  Pastu dia kata "Dakk dakk Kak Jumie ni bukan duit menyanyi.  Ni sajaaaa amik..."  Pastu aku pun amik dan kata "Alhamdulillah Ustaz dulu Sharifah Aini nyanyi dapat satay...saya dapat lima puluh."  

4 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE