13.10.19

Celebrating Shanell Harun


Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku tak lepak dengan deni.  Last lepak dengan dia aku rasa tahun lepas,  kami pi 1st Avenue shopping raya last minute kat H&M.  Sebagai seorang fashion designer,  aku jalan dengan Shanell Harun macam bawak personal stylist aku sendiri.  Sambil jalan kat celah-celah rack baju dia teruk pick up "Sis...nah....ini...sis...yang ni elok...sis amik ni..."  hasilnya dapatlah 3 helai tops yang segak-segak sesuai untuk wanita agam.  Haram jadah betui la orang yang dah biasa bergelumang dengan fesyen,  benda macam ni jadi mudah kat depa.  Aku yang JARANG SHOPPING NAK MAMPUIH rasa amatlah bertuah sebab safe masa.   


Pastu next-next time dia balik Penang kami tak dapat nak lepak lagi sebab aku pun biasalah busy kan.  Deni pulak style,  lagi sejam masuk Jambatan Pulau Pinang baru dia nak called habaq nak lepak bagai.


Baru-baru ni kami dapat lepak,  bukan sekali tapi dua kali.  Lagi sejam dia nak masuk Penang,  aku habaq malam ni aku takdak apa.  Kalau dia mau,  dia bulehlah kutip aku kat tempat kerja.  Dia mai amik aku naik Mercedes putih dia kat depan office.  Sis bangga sat.....MACAM NAIK GRAB CAR PALING HEBAT SEKALI.  



Kami pi makan kat Jelutong.  Dia jumpa dengan dia punya business partner.  Sambil makan aku dengar depa bersembang.  Aku dengar apa yang Shanell duk kongsikan pada business partner dia.  Walaupun nasi tomato tu sedap nak mampuih tapi aku tak mengganggu aku untuk pick up beberapa benda yang deni duk cakap.  Shit,  she means business!  Aku bukan nak puji dia up up sebab aku kawan dia lama,  tapi DIA MEMANG TAU 'GAME' YANG DIA SENANG MAIN.

Esoknya lepas kelas vokal kami berjumpa lagi,  kali ini dinner dekat Irama Dining.  Shanell Harun sangat suka makan kat sini sebab jiwa-jiwa Melayu lama sangat tersemat kat hati dia.  Walaupun dari segi pakaian dan style,  dia sangatlah vanita-vanita modern tapi bila dihidang dengan juadah Melayu dengan lagu latar belakang Melayu asli........DIA DUK LAYAN SERONOK.

 Kerabu platter

 Cucur jagung with special black sauce.

 Lamb Shank masak Kurma

 Ikan siakap masak tempoyak dengan labu.

 Itik salai.

 Nasi Beringin

Bubur SumSum

 

Thank you Shanell belanja kami malam tu makan kat Irama Dining.

Dalam kesempatan yang singkat,  aku bagi Shanell kenai dengan Shad (owner Irama Dining).  Sekali lagi,  Shanell tanpa segan silu berkongsi tips untuk membuat promosi melalui social media.  Sekali lagi aku terpegun.  Nohorom deni memang pandai bab-bab meniaga dalam revolusi perindustrian ke empat ini.  Thank you Shanell,  sebab tolong kawan aku walaupun hang baru kenai dia.  Depa ni semua anak-anak Penang yang hebat-hebat.

Sapa tak kenai Shanell Harun?  Seorang pereka fesyen yang telah menempah nama dalam pentas fesyen negara.  Tapi dia bebas daripada kontroversi apa semua.  Baru-baru ni dia dah start buat baju untuk Dato'  Siti Nurhaliza.  Tahniah Shanell,  masa hang study hang buat baju kawen aku.....lani hang dah pi jauh dah!  Sama-samalah kita doakan Shanelll Harun terus sukses.  Amin.  ps.  SIS TUMPANG BANGGA TAKPA KAN!



Follow kerja fesyen beliau di sini:  https://www.instagram.com/shanellharun/
Untuk tatapan gerak peribadi,  u olls boleh follow sini:  https://www.instagram.com/shnllhrn/

2 comments:

  1. ex-classmate masa zaman masscomm dulu. still sama and humble tak berubah macam yang lain.. yg lain masuk tv dah kekwat semacam. hahaha.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region