29.10.19

Centre for Marine & Coastal Studies CEMACS USM


Hello u olls, program pertama yang I olls join sempena Balik Pulau Nature Xploration 2019 bersama Tourism Malaysia Northern Region adalah melawat Centre for Marine & Coastal Studies (CEMACS) USM. 14 tahun I olls kerja USM, ini baru kali pertama menjejakkan kaki ke CEMACS yang dibuka sejak tahun 70 an lagi. Tapi dahulunya, CEMACS lebih dikenali sebagai Pelantar USM, Muka Head. 


CEMACS merupakan sebuah pusat penyelidikan tentang kehidupan laut dan perairan sekitar Pulau Pinang dan kawasan yang sama waktu dengannya. Di sini, selain makmal-makmal penyelidikan dan muzium kecil yang menyimpankan khazanah laut yang telah diselidik, terdapat jugak pejabat pentadbiran, taman-taman indah, dewan makan dan dewan umum malah pusat penginapan jenis apartment dan juga dorm untuk aktiviti dari semasa ke semasa.


Semasa kami datang ke sini, Dr. Annete, Timbalan Pengarah CEMACS memberikan kami penerangan mengenai segala khidmat yang dijalankan di CEMACS. Tumpang bangga sebab selain menjalankan kerja-kerja penyelidikan, CEMACS jugak bertanggungjawab untuk mendidik masyarat setempat untuk menjana pendapatan melalui kerja-kerja pembiakan ladang tiram. Antara penyelidikan utama yang dijalankan di CEMACS secara pesat adalah ikan lumba-lumba, obor-obor dan macam-macam lain.





Tapi yang paling aku impressed sekali adalah tentang penyelidikan kesan penggunaan plastik dan pencemaran alam kepada hidupan akuatik dan marin. Okay, let me put it this way. Plastik yang kita buang ke laut tu, ada yang terpecah hingga sekecil zarah dan dimakan oleh PLANKTON. That's how small it can get. Plankton dimakan oleh ikan-ikan dan hidupan laut lain, kemudian, ikan-ikan laut dan hidupan laut di makan oleh siapa? KITA JUGAK.  Sebab tulah hangpa jangan terkejut kalau kita semua lani ramai yang berperangai seperti plastik.

Selain plastik bungkusan yang kita gunakan setiap hari, tahu tak jenis barangan kecantikan yang mengandungi MICRO BEADS, most of the product kecantikan ini menggunakan micro beads yang jenis tidak biodegradle makanya bila masuk ke air, ia tidak terus larut ke dalam air dan terus dimakan oleh plankton. Insat aku tunjuk gambar kat hangpa daripada daripada teropong mikroskop. 


Oleh itu, jangan merungut kalau abang 7/11 mintak hangpa dua kupang untuk bungkus barang yang hangpa beli. Kan lebih baik bawak shopping recycle bag dari rumah?


Lepas dengar penerangan hebat daripada penyelidik, kami dibawak pusing main-main dalam makmal depa. Macam-macam hidupan laut yang kami pegang. Gamat, tapak sulaiman, latok dan macam-macma lagi. Obor-obor pun ada, tapi Dr. Lim tu saja pegang selamber dengan tangan. Kami semua tak berani la u olls. Dia takpalah dia dah imun. Kami semua kalau pandai-pandai pegang satgi mampuih teruih.


Okay tak mau cerita panjang. Aku tunjuk gambar-gambar dan aku akan ceritakan melalui caption gambar. 

Kepada yang berminat nak mai tengok CEMACS USM,  malangnya nak habaq tempat ini tidak dibuka kepada orang awam sesuka hati.  Tetapi saban tahun,  pihak CEMACS menjalankan program SUMMER PROGRAM kepada anak-anak sekolah untuk memupuk rasa cinta dan sayang kepada ilmu sains.  Kepada yang masih berminat jugak nak mai buat lawatan kat sini,  sebaiknya pada pendapat aku hangpa mai apply melalui persatuan ataupun badan tertentu seperti sekolah/ syarikat. 

Nak tau lebih lanjut,  follow CEMACS USM melalui capaian maya ini.


Penerangan awal oleh dua orang tour guide yang bertauliah dari Penang Nature Guide Association iaitu Encik Fazli Mahamat 019-4114320 dan Encik Shahnone 017-429 3335.

 Jom naik boat manusia sekalian.


 Sebelum boat gerak,  kita sempat tukar tudung kita menjadi turban.  Kerlas.  Bersama blogger from Penang bertajuk Lia Hasty.  Kanan adalah tourism officer daripada Tourism Malaysia Northen Region,  Encik Usop yang setia.


 Haa tegukk Kinah...teguk.  Abang Shah duk cakap hang duk teguk.



 Pemandangan indah sepanjang perjalanan.  Inilah pemandangan indah yang dilalui oleh kakitangan CEMACS USM yang setiap hari akan menaiki boat ke sini,  MELAINKAN HARI HUJAN RIBUT.


 Tiba di pantai CEMACS USM.  Air yang jernih.


 Welcome to CEMACS USM


 Aku ajak abang ni selfie,  dia tak mau dia sembunyi.  Aku habaqla aku staf USM,  baru dia macam terkejut-terkejut sikit.



 Sesi penerangan oleh Dr.  Annette,  yang banyak menceritakan tentang latar belakang CEMACS USM dan jugak kefungsiannya.


 Dr.  Leela menceritakan tentang penyelidikan tentang hidupan ikan lumba-lumba disekitar Pulau Pinang.  Terdapat beberapa spisyis ikan lumba-lumba utama di sekitar perairan Pulau Pinang iaitu Indo-Pacific Finless Porpoise,  Irrawaddy Dolphine,  Bottlenose Dolphine and Indo Pacific  dan Humpback Dolphine.  Kalau tak salah aku,  Irrawaddy adalah yang paling suka main di permukaan laut (kerana depa ni spisyis mamalia yang bernafas di atas permukaan laut.  Depa macam ikan paus la jugak).    Irrawaddy banyak terdapat di sekitar Georgetown sebab dikatakan spisyis ini habitat asalnya adalah sekitar pertemuan air tawar dan air masin.  Tahu tak kami terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba dalam kembara Balik Pulau Nature Xploration ni?  Haaa nantikan aku punya next post.

 Buku terbitan CEMACS USM hasil kajian Dr.  Leela,  aku tak tau yang buku ni free untuk diambil.  Kalau tak aku gagau dah satu.  Sekiranya anda nampak kelibat ikan lumba-lumba sekitar Pulau Pinang, ataupun jumpa ikan lumba-lumba yang mati di sekitar perairan Pulau Pinang cepat-cepat hubungi CEMACS USM.  Ambil gambar dan mentioned IG/FB mereka di laman sosial. 




 Antara taman-taman indah sekitar CEMACS USM,  bestnya kalau kerja sini.  Aku nak mintak transfer la.


 Hello bro ungka! Dia sambut kami masa nak masuk makmal.


 
Jom kita start belajaq!




 Antara hidupan laut yang kami dapat main.



Jangan tiru aksi ini,  Dr.  Sim adalah pakar penyelidikan obor-obor. Dia dah imun dah dengan sengatan obor-obor.  Ampa boleh tengok dalam youtube aku tunjuk kat bawah,  dia style relaks ja duk pegang obor-obor ni dengan tangan.  

 
Dr.  Sim juga bertanggungjawab untuk membuat satu kempen dengan kerajaan negeri Pulau Pinang tentang kesedaran orang ramai tentang keselamatan ancaman obor-obor kepada pengunjung yang ingin mandi-manda di sekitar laut Pulau Pinang.  Kempen dia adalah,  BAWA CUKA BERSAMA ANDA.  Menurut beliau,  cuka masakan yang paling murah kita boleh beli kat Tesco satu botol tak sampai RM1 mampu menyelamatkan nyawa.  Sebab kandungan asid dalam cuka itu memadai untuk matikan peredaran bisa obor-obor keseluruh badan kita.  Siries guys!  Next time pi laut,  jangan harap nak kencing kat badan kawan yang kena obor-obor,  tuang cuka kat bahagian terkena sengatan dan cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

 Teka ni apa?  NI LA MAKANAN UNTUK PLANKTON.  Mau bagi ni kat musuh Spongebob.


 Cara pembiakan tiram.  I missed the lecture about culturing this precious creature,  sebab aku duk sibuk main dengan haiwan laut lain.  Sorry guys.


 Cantik tak gambar ni?  Nak tengok lagi,  follow IG aku kat sini:  https://www.instagram.com/gambarcantik.jumie/


 Ni depa duk bela latok dalam makmal.  Sapa pernah pi Sabah mesti familiar dengan rumpai laut ni,  orang tempatan Sabah makan benda alah ni dalam ruji harian.  Kaya dengan kolejen yang mencantikkan kulit.  Aku makan RAW,  rasanya???  MASIN MACAM AYAQ LAUT.



 Aku tertipu. Depa kata ni macam hidupan marin jenis coral. Keras macam batu tak bergerak. Rupanya dia adalah seorang Patrick. Nama dia Patricia. (BUKAN NAMA SEBENAR) Dia ni anak menakan Tapak Sulaiman. Bila aku pegang....sekali nenjia dia bergerak mengikut bentuk tangan. Nasib baik aku tak lempaq pi dinding. Kalau tak aku kena buang kerja dah dari USM 😂😂😂



Selain hidupan marin macam obor-obor dan sebagainya,  depa jugak bela coral/terumbu karang.  Cantek-cantek.  Terumbu karang ni,  ada yang jenis keraih macam kulit siput  Ada yang lembut macam sponge.  Ada yang jenis lembut lagi macam jelly.  Macam-macam duk ada.  Ada yang serap cahaya untuk hidup,  ada yang tapis air untuk makan dan hidup.  Masya Allah,  hebat sungguh ciptaan Tuhan.  Macam-macam duk ada.

 Sabaq wahai Kak Dilla,  jangan duk makan gamat hidup tu. 
 Bukan aku yang memegang gamat ini.  HAHAHAH aku tertipu pegang Patricia tu ja.  Lain semua aku tak berani nak pegang.  Gamat ni macam-macam,  ada yang untuk makan,  ada yang untuk buat ubat.  Rupa pun macam-macam.  Ada yang sedia lembik,  ada yang keraih.  Ada yang bila hang angkat ke udara,  dia pancut ayaq macam kencing.  OLEH ITU!


 Yang ni depa bela kerang pulak.  Kak Yan suka la kerang.  Dia lesbo.


 Naahhhhhh Kak Zah duk teropong dah.


COPY PASTE DARI ARAS:  Tapi yang paling aku impressed sekali adalah tentang penyelidikan kesan penggunaan plastik dan pencemaran alam kepada hidupan akuatik dan marin. Okay, let me put it this way. Plastik yang kita buang ke laut tu, ada yang terpecah hingga sekecil zarah dan dimakan oleh PLANKTON. That's how small it can get. Plankton dimakan oleh ikan-ikan dan hidupan laut lain, kemudian, ikan-ikan laut dan hidupan laut di makan oleh siapa? KITA JUGAK.  Sebab tulah hangpa jangan terkejut kalau kita semua lani ramai yang berperangai seperti plastik.

Selain plastik bungkusan yang kita gunakan setiap hari, tahu tak jenis barangan kecantikan yang mengandungi MICRO BEADS, most of the product kecantikan ini menggunakan micro beads yang jenis tidak biodegradle makanya bila masuk ke air, ia tidak terus larut ke dalam air dan terus dimakan oleh plankton. Insat aku tunjuk gambar kat hangpa daripada daripada teropong mikroskop. 


Thank you Encik Yusoff for sharing this picture with me.  Kan kami duk teropong guna mikroskop tu,  depa letak focus lensa camera handphone depa kat situ dan depa snap.  DAPAT IMEJ NI okay!  Ini adalah bukti menunjukkan dalam badan plankton tu semua ada kesan bendasing yang dipercayai plastik!


Teruskan belajar di muzium kecil CEMACS USM yang walaupun kecik tapi mempunyai banyak koleksi.  Termasuk koleksi terumbu karang yang dikutip melalui ekpidisi kapal besar dari perairan Pulau Pinang hingga ke perairan di sekitar Sabah.  





Dr.  Annette menerangkan tentang hidupan SPONGE dari dasar laut.  Spongebob tu sebenarnya bukan semata-mata sponge macam sponge pinggan okay.  Sponge pinggan tu semua adalah plastik foam.  Pada zaman dahulu sponge dikutip dari dasar laut,  memang sifat dia HIDUP dan menyerap apa sahaja jenis cecair.  Orang zaman dulu-dulu pakai untuk kecantikan dan kebersihan.  Lani,  nak dapatkan sponge original adalah sangat mahal u olls.  Boleh beli kat kedai-kedai produk kecantikan dalam pelbagai saiz.  Tapi pilihan yang lebih mesra alam bagi aku,  hangpa boleh try Natural Loofa atau Luffa,  kat Body Shop pun ada.  Tapi kalau tengok kat Lazada ada penjual yang memang tanam terung ni,  depa jual terus kat hangpa.  Dulu bapak aku tanam sendiri ja benda ni wehs.













Okaylah sekian sahaja cerita aku.  Thank you CEMACS USM dan Tourism Malaysia Northern Region for this beneficial trip.  Sangat bermakna,  membuatkan aku lebih peka dan sayang pada alam sekitar.  Yes aku dah lama tak pakai produk kecantikan yang chemical tinggi,  pi shoping pun pakai beg kitar semula,  tapi aku rasa ada banyak lagi cara yang kita boleh buat untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang cantik ni.

Kepada hangpa semua,  siriesly cikgu-cikgu yang teringin nak buat rombongan ke Pulau Pinang daripada hangpa nak buat rombongan ke Bukit Bendera,  baik hangpa bawak mai CEMACS USM ni.....anak murid hangpa mesti akan suka.  Aku sangat rekemen kalau hangpa.

Kepada yang berminat nak mai tengok CEMACS USM,  malangnya nak habaq tempat ini tidak dibuka kepada orang awam sesuka hati.  Tetapi saban tahun,  pihak CEMACS menjalankan program SUMMER PROGRAM kepada anak-anak sekolah untuk memupuk rasa cinta dan sayang kepada ilmu sains.  Kepada yang masih berminat jugak nak mai buat lawatan kat sini,  sebaiknya pada pendapat aku hangpa mai apply melalui persatuan ataupun badan tertentu seperti sekolah/ syarikat. 

Nak tau lebih lanjut,  follow CEMACS USM melalui capaian maya ini.



Jangan lupa tonton,  like,  komen dan subscribes Youtube channel I olls seperti di bawah.





#CemasUSM #USM #TourismMalaysia #VM2020 #VisitMalaysia2020 #BloggerPenang #Blogger #travel #balikpulaunaturexploration #balikpulau #tamannegarapulaupinang #telukbahang #samudera #kajian #kajihayat #biologi #oborobor

2 comments:

  1. Bestnya wei tempat ji.. Hang boleh seludup aku mai tang ni dakkk

    ReplyDelete
  2. I have read your article; it is very informative and helpful for me. I admire the valuable information you offer in your articles. Thanks for posting it. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region