1.10.19

Frontera Verde (original title) Green Frontier (2019)

Watak Ushe dengan dia punya pembantu hutan yang boleh buat jampi pastu jadi halimunan.

Bersempena dengan hutan Amazon yang terbakaq baru-baru ni, aku pun tengok gambaq Frontera Verde ataupun dalam bahasa Inggerisnya  Green Frontier dekat Netflix.  Sebab Netflix pun saja duk bagi lalu iklan gambaq ni depan apps aku banyak-banyak kali.  Mungkin ini adalah antara usaha kecik Netflix tentang kecintaan kita pada hutan Amazon.    Drama bersiri terhad ini hasil terbitan produksi negara Colombia (setiap kali sebut negara ni aku mesti feeling nak kena angkat tangan ke atas dan jerit COLOMBIA...... ala ala ratu cantik dalam pusingan memperkenalkan diri).


Menceritakan tentang seorang polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes kematian beberapa orang mubaligh Kristian perempuan dalam hutan Amazon. Bila dia dah masuk hutan, polis yang menyiasat ni mengenali satu perempuan ni nama Ushe. Bukan Usher tau! Usher yang duk menyanyi RNB tu.....YEAH YEAH. Yang ni nama USHE. USHE adalah seorang spirit hutan. Macam satu semangat hutan yang menyerupai manusia dan dia tak boleh mati (immortal). 



Ushe macam ada kuasa majik sikit. Last sekali polis penyiasat ni dapat tau rupanya dia dengan USHE adalah related macam mana ka. Nak tengok cerita ni kena sabar sebab nak kena baca subtitle (dia takdak alih suara bahasa Inggeris). Cerita dia agak slow la juga. Pastu dia suka lompat-lompat plot. Sat dia ke zaman silam, sat dia ke zaman kini. Pelakon semua baguih-baguih.


Juana del Rio yang memegang watak seorang penyiasat.

Aku suka sebab dua-dua watak utama dalam cerita ini adalah perempuan.  Ushe semangat hutan tu pun perempuan dan polis penyiasat tu pun perempuan.  Cantek dan pandai berlakon.  Nama dia Juana del Rio,  dia pun bangsa Colombia tapi muka dia macam perempuan serani macam mana ka.  Segak! Aku suka dia macam ala-ala lesbo sikit.  Tough and tak heran nak kena cantek doplohpatjam.  


Tapi bagi aku la kan,  cerita ni tak tunjuk sangat pasai keindahan dan keajaiban kat dalam hutan Amazon, sebab biasalah hutan tu besaq dan banyak bahagian tidak TERMASUK dek manusia. Depa banyak tunjuk kaum-kaum orang Asli dalam hutan Amazon. Aku rasa depa guna orang yang betul dari suku kaum tertentu untuk berlakon watak-watak dalam drama ni. Dia ada jugak mentioned pasai suku kaum orang Asli dalam hutan Amazon yang tidak pernah membuat perhubungan dengan manusia dari dunia luar.   Yes memang ada!


Pengakhiran cerita ni macam tergantung ataupun aku sendiri tak faham. Something macam nak kata, Ushe dah mati, tapi semangat Ushe masuk dalam badan polis tu. Something like that la! Apa yang aku suka pasai gambar ni adalah dia menzahirkan kisah-kisah keajaiban semangat hutan. Its all in our mind. Kalau kita percaya, memang benda ni wujud.


#FronteraVerde #GreenFrontier #Netflix #NetflixLimitedSeries #limitedSeries #Amazon #review 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE