25.10.19

Hardcore Carnivore Pitstop Route P14


Terima kasih Ku Mazart yang rekemen aku mai makan kat sini.  Jadi pada satu hujung minggu yang tenang dan damai (ewah-ewah macam mama Regina Ibrahim pulak) aku dan Nurul Faezah (anak menakan aku dia seorang MUA) dan kawan baik aku merangkap anak ayam iaitu Yazid Aziz a.k.a Pakcik Office MGS pun mai makan western food dekat Hardcore Carnivore Pitstop Route P14.

Sangat berbaloi dan puas hati.  Lokasi dia kat Anjung Indah,  Jalan Tun Sardon,  betui-betui kat puncak bukit daripada Relau/Paya Terubong menuju Balik Pulau kan ada satu hentian ala-ala jual buah durian tu semua.  Sekarang ni malam-malam kat situ jadi pusat meniaga western pulak. Tapi Hardcore Carnivore Pitstop Route P14 dah lama beroperasi tau,  sejak Mac tahun ini.

So kalau hangpa mai,  jangan terkeliru dengan kedai sebelah pulak (kedai sebelah dia pun pakai logo sama) tapi dia jual benda lain.  Hardcore Carnivore Pitstop Route P14 jual semua menu fokus kepada daging premium.

So kepada peminat daging maging, aku nak rekemen hangpa mai pekena steak daging premium. Resepi tersendiri, teknik masak macam profesional. Hang nak daging hang macam mana, well, medium, medium rare depa buleh buat kat hang. Selain makanan yang aku try dalam blog ni, lani depa ada SMOKED BRISKET.

Perghhhhhh....haruslah hangpa mai try. Makanan tahap restoran, tapi kedai versi tepi jalan ja. Harga mampu milik. Nak lagi murah? MASAKLAH SENDIRI . . . . . .



Hardcore Carnivore Pitstop Route P14
Alamat: Anjung Indah, Jalan Tun Sardon, 11000 Balik Pulau, Penang
Google Maps:  https://g.page/HardcoreCarnivore?share
❌❌ MAKE SURE TRY KEDAI YANG TEPI JALAN BUKAN YANG MENGHADAP MATAHARI TERBENAM 
FB: Hardcore Carnivore Pitstop Route P14 
IG: @ harcorecarnivore  [Tapi IG depa tak aktif sangat.  Depa aktif kat FB]
Booking: Call +60 19-273 8070 (Zul)
WAKTU PERNIAGAAN:  Setiap hari kecuali Isnin.  6pm - 12am


Watching Sunset
Sebelum makan,  kami tengok sunset dulu.  Kawasan ni cantek tau.  Harap kerajaan negeri bagi lagi bersih kat kawasan ni.  Buat hiasan ala-ala pokok avatar ka,  mesti ramai insta famous nak datang amik gambar.  Siries tempat ni cantek wehs.





   



Kami ataih bukit belah pokok pulak.

Ya Allah!  Awat daging prozen depa bubuh kat sini.  Satgi nak bakaq dah.

Cewah duk buat sajak.  Thank you Yazid amik gambaq ni.  Kawan yang pandai amik gambaq adalah kita patut jaga dan sayang sampai bila-bila.  Kawan yang tak pandai amik gambar,  kita patut HIDE DEPA KAT FACEBOOK DAN IG.

Kening on point,  beauty camera level 3.



Duk start nak sunset dah.



 Masa matahari dah betul-betul di usuk laut,  dia akan jadi oren sangat-sangat.  Masa ni akan oren segala-galanya.  Aku amik gambar ala-ala kena ciuman matahari.  Kerlas.... #sunkissed


Terimalah keindahan ciptaan Allah.


Sesi Makan Bermula
HAHAHAHA okay dah tengok gambar kecantikan aku puas-puas.  Lani jom tengok apa kami order dan makan.  Nurul Faezah tu katanya hari ini dia punya cheat day,  yang Yazid,  hari hari dia cheat day sama dengan aku.  So mula-mula nak order sikit.  Sekali nahhhhhhhhhhh amik kau order makan 17 orang nak makan.  Makanan kat sini semua sedap,  harga mur-mur u olls!  Potion besaq.  Sangatlah sesuai untuk rakyat marhaen.  Kepada peniaga ni,  halallah perniagaan u olls sebab betui-betui jujur bagi pelanggan puas hati.

Hangpa boleh tengok harga dia semua mampu milik u olls!



Yang ayaq blah kanan ni sedap gila.  Tajuk dia ada "Itallian" apa ka.  Hangpa kena try.





Beefy Mushroom Soup,  1 set Rm9.  Dalam tu ada daging dia bubuh kot dalam.  Bukan dia masak sekali dengan soup cendawan tu.  Dia bagi roti jugak.


P14 Bruchetta RM8.  Selalu bruchetta vegetarian ja kan,  bubuh tomato,  olive oil banyak2 dengan terung macam mana ka.  Hat ni dia bubuh daging....haaa amik kau.



Hardnivore Fried Rice RM15.  Sapa yang lapaq nasik,  jangan risau,  perut Melayu anda akan sentiasa dapat dikenyangkan.


Mega Lamb-O Gini RM22.  Amik hang sampai 3 ka 4 keping.  Makanlah sang buaya!


Inilah sang buaye yang order kambing grill tu.  Takyah nak senyum-senyum sangat pipi naik macam Pak Non.



Oriental Sundown Chicken Chop RM15.  Sedikit terlebih garing, tapi tak mengapa.  Kami habaq kat chef.  Tapi still sedap!



EH! Macam tak cukup makan kan hangpa ni....boleh order pulak Chicken Wing ni!  Honey Love Chicken Wing RM12






Last but not least,  Steak Freak (lupa harga dia).  Yang ni paling power.  Aku suka hat ni.  Nak habaq mai chef yang bukak kedai ni,  dia ni memang tau teknik masak profesional.  Hang sebut ja hang nak daging macam mana,  rare,  medium rare,  medium....dia akan masak kat hang.  Aku kalau mai aku nak order ni lagi sekali tapi aku tak mau bubuh kuah kot ataih.  Aku nak suruh dia bubuh kuah ko tepi.

So inilah kedai dia.  Nampak macam biasa ja wehs.  Bila aku habaq kat kakak aku kata sini ada kedai,  dia kata...."Betul ka hang pi kedai orang...silap-silap tu kedai bunian."  Haram betui.  Takkan la bunian terror main Facebook.  Sangatlah bunian revolusi perindustrian ke empat.  Apa pun hangpa kalau mai kat Anjung Indah ni,  parking kat sini. Make sure ampa jangan salah kedai,  sebab kedai yang lagi satu dia tak jual western sedap macam ni.  TAPI DEPA PAKAI LOGO YANG SAMA dan nama pun nak sama.  Melayu...melayu....tak boleh ka nak creative.  Aku bagi nama kucing pun sampai 16 perkataan,  takkan nama kedai tak boleh nak cipta sendiri.


Hardcore Carnivore Pitstop Route P14
Alamat: Anjung Indah, Jalan Tun Sardon, 11000 Balik Pulau, Penang
Google Maps:  https://g.page/HardcoreCarnivore?share
❌❌ MAKE SURE TRY KEDAI YANG TEPI JALAN BUKAN YANG MENGHADAP MATAHARI TERBENAM 
FB: Hardcore Carnivore Pitstop Route P14 
IG: @ harcorecarnivore  [Tapi IG depa tak aktif sangat.  Depa aktif kat FB]
Booking: Call +60 19-273 8070 (Zul)
WAKTU PERNIAGAAN:  Setiap hari kecuali Isnin.  6pm - 12am

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region