27.10.19

Hari Raya Aidiladha 2019


Tahun lalu,  nasib tak berapa baik untuk Hari Raya Aidiladha.  Beberapa hari sebelum hari raya qurban,  pak mentua aku meninggal dunia.  Aku dan Khafi pun setelah berapa tahun tak balik kampung,  akhirnya balik juga ke kampung halamannya di Tangkak Johor.  Tapi syukur sebelum abah meninggal pergi,  Khafi berpeluang jernihkan segala urusannya dengan keluarga.  Tak payahlah cerita panjang-panjang kat sini,  lani kita happy-happy sudah. Apa pun...kita syukur sangat-sangat.  

Tahun ini Hari Raya Aidiladha aku tak mau la balik Johor sebab ini adalah hari raya pertama aku sejak bertugas di Jabatan Islam di tempat aku bekerja.  Of course majlis qurban dan akikah besar-besaran diadakan di peringkat masjid dan aku tolong seharian di sini.  Awai pagi aku mai tolong jaga kaunter,  tapi lama-lama aku boring sebab aku tak tau nak tolong apa.  Last-last aku pi tolong makcik dan pakcik memasak untuk jamuan tengah hari kepada anak qaryah dan sukarelawan.





Ibadah qurban dan akikah yang sedang berlangsung.  Syukur kepada semua yang berpeluang buat ibadah qurban dan akikah tahun ini.


Sukarelawan sedang bekerja memotong dan mengagihkan daging.  Pastu kami makan ramai-ramai lepas penat bekerja.


Kami masak sup tulang jugak.  Yang ni pun sedap,  tapi resepi Nizal sur lagi.

Pastu,  balik rumah...of courselah aku dapat bawak balik daging lembu dan kambing.  Aku bagi bersih dan simpan elok-elok ikut container untuk masak pada masa depan.  Pastu aku dapat bawak balik tulang lembu jugak. Dapat la dalam 4 - 5 ketoi tulang yang agaq besar.  Jadi aku terus bercadang nak masak sup tulang.  So malam tu jugak,  aku masak sup tulang tu.  Aku called Nizal, tauke A Ghaffoor Martabak Original dan dia habaq kat aku cara-cara nak masak dengan rempah rahsia yang dia ajar. 

Sorry tak buleh nak share kat sini kalau hangpa mau,  nanti aku kena mintak izin dia dulu.  So aku ikut resepi dia betui-betui,  ikut potion semua macam dia ajar.  Bila dah siap, esoknya hari raya kedua,  barulah aku pi ziarah untuk beraya dengan mak dan bapak aku.  Dulu kalau raya qurban bapak aku la champion potong dan lapah lembu kat kampung,  tapi lani dia dah tua dan tak larat.  Silap hari bulan,  tak potong lembu nanti terpotong dia teruih.  So hari raya dia duduk rumah saja.

Food testing pagi-pagi buta bila laki balik kerja masa ni kira sup baru siap masak la.  Bawang goreng buat sendiri.  GIGIH! #bilajumizahmasukdapur

Nasi putih,  sup tulang, sambal belacan.  Sekian terima kasih.

Bila aku mai dengan sup tulang,  aku gerak dia bangun tidoq aku kata...mai mai makan sup tulang Jumie masak.  Dia pun bangun-bangun pakai kain pelekat ja, teruih mai makan.  Pastu bila dia suap ja...HANGPA TAU DIA KATA APA?

"Betui kaa hang masak?"

"Betui la bapak...."

"Tipu hang mesti panggil pak gemok tu (Nizal) mai masak kat rumah hang kan."

"Betui kaa hang masak?"

Hahahahah bapak aku tak sayang mulut.  Okaylah alhamdulillah,  bapak suka sup tulang aku buat.  Khafi pun sangatlah suka sup tulang ni.  Sebab dia memang suka sup sup ni.  Aku rasa setiap kali dia perangat sup dan makan sendiri kat rumah,  dia akan Whatsapp kat aku "Sedapnya.....pandai nya bini abang masak...."  WELLL GUYSSSS...THIS KINDA MESSAGE FROM MY HUSBAND IS RARE OKAY.  Memandangkan isteri beliau masak 3 bulan sekali.

Tapi lepaih tu............................MIGRAINE LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA secara marathon.  Sabor jer la.

 Wajah pasca migraine.

1 comment:

  1. I truly like this article please keep it up. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictaram.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region