It: Chapter Two (2019)



Bila Safiyyah Osman bagi komen kata cerita ini tak best kat FB post dia (dia antara terawal pi tengok cerita ni), aku macam nervous sikit.  Tapi bila aku sendiri tengok, aku ada pendapat aku sendiri. Of course aku bagi 8/10. Cerita IT ini adalah buku penulisan Stephen King yang kemudiannya digarap dalam sebuah filem bersiri (dua bahagian jugak) pada tahun 1990 dan sekarang ni  pada tahun 2017 dan 2019 depa remake balik. Bagi aku dengan kelebihan teknologi CGI, solekan, pembuatan set dan sebagainya, membuatkan olahan Andy Muschietti (pengarah) lebih baik daripada filem adaptasi tahun 1990.  Kelebihan teknologi filem masa kini menyebabkan jalan cerita asal dari buku diolah dengan lebih cantik sekali.


Bagi aku, cerita (tak kisahlah sama ada buku, teater, filem, drama TV dan sebagainya) yang bagus adalah cerita yang berjaya menyentuh dan mengikat hati penonton. Cerita IT seperti mana hasil pujangga Stephen King yang lain, walaupun IT adalah cerita hantu/alien tetapi falsafahnya tak jauh beza dan falsafah dia mudah sahaja yaitu kena yakin pada kebaikan, cinta dan kasih sayang, berani untik jadi diri sendiri, persahabatan teras keyakinan diri dan lain-lain. 



It: Chapter Two (2019) berjaya menyingkap lebih mendalam tentang apa yang telah berlaku kepada 7 bersahabat selepas depa melawan hantu IT yang sebenarnya bukanlah hantu jembalang tetapi sejenis makhluk asing yang datang dari dunia lain, jatuh ke bumi berjuta tahun yang lalu dalam sebuah meteor dan setiap 27 tahun sehingga kini dia akan menjelma sebagai makhluk yang berbeza-beza untuk memakan manusia terutamanya kanak-kanak. Puak asal negara Amerika sejak dahulu pernah mencuba untuk membunuh tapi tak berjaya bukan kerana kurang senjata tajam tetapi kurangnya keyakinan pada hati dan mental. 


Falsafah dia mudah kan? Last-last sekali hang rasa hang tak buleh...sampai bila pun hang tak buleh la. Fikir-fikir balik sama sahaja mesej cerita IT ini dengan mesej dalam Sesame Street. Welcome to America!!!


Dalam It: Chapter Two (2019) ini jugak kita diberikan masa yang sungguh panjang iaitu 3 jam untuk pengarah menceritakan kisah 'baling belakang' #throwback oleh setiap watak untuk mereka ingat balik kenangan pahit mereka bersama makhluk ini. Tapi Andy Muschietti (pengarah) tidak lupa untuk selitkan beberapa adegan lawak yang buat hang tergelak sikit walaupun hang takut nak mampuih sebab kalau hangpa tengok movie yang tahun 1900 an punya, haram bagi aku tak takut langsung.  


Tapi bila hang tengok balik,  scene takut dia bagi aku macam lawak nak mampuih. Especially scene belon pecah dalam library. Bayangkan macam mana pelakon tu semua berlakon tak terkejut nohorom. Tapi zaman 90an itu kira dah paling takut nak mampuih dah. Aku first tengok gambaq IT masa aku darjah 2 kat TV...start tu la aku takut kat clown. Hahaha.  Hangpa still boleh cari/tengok cerita IT tahun 1990 an ni kat Youtube ada orang letak for free.



Salute kepada pencari pelakon (casting) sebab semua watak masa kecik dengan masa besaq....style muka macam seakan-akan nak sama. Selalu kita tengok movie muka kecik style Yahudi teruk, tiba tiba dah besaq macam diberanak di Sweden. Haaa mana nak sama kan? Kejayaan depa mencari watak yang sama membuatkan aku tidak terganggu dengan soalan-soalan tak penting macam "haram awat muka dia besaq muka lain".   Tahukah anda?  Setiap pelakon watak kanak-kanak ini diberi peluang untuk PILIH siapakah pelakon yang layak untuk jadi diri depa bila dewasa.  Kerlas!  

Perbandingan pelakon yang masa watak depa kecik dengan besaq.

So aku bagi 8 per 10 untuk cerita ini.  Kepada peminat Stephen King,  walaupun cerita It: Chapter Two (2019) adalah sepanjang 2 jam 49 minit,  setiap minit itu adalah berbaloi.  Boleh baca balik buku dia,  boleh tengok balik adaptasi tahun 1990!  Untuk non-Stephen King-fan,  so hangpa mungkin tak akan suka cerita hantu ini sebab hangpa tak faham....CERITA HANTU APA KAMJAT NI?  SAT BENTUK BADUT,  SAT BENTUK PEREMPUAN MUKA BENGKOK,  SAT BENTUK ORANG SAKIT KUSTA,  PASTU LAST-LAST JADI ALIEN DALAM TEROWONG PARIT?  Inilah teori 'hantu' Stephen King yang agak gila sikit tapi inilah Stephen King.  Aku faham kalau hangpa tak boleh hadam.  Kalau tak salah aku,  ada satu buku dia tajuk Needful Things.  Mula-mula cerita pasai kedai ala-ala pawnshop,  last-last sekali jadi konspirasi jenayah dengan alien apa semua.  Gila!


Tapi takpa!  Aku tak kisah sebab aku suka.  Tak sabaq nak tunggu dia keluaq secara haram kot Telegram so aku leh download dan tengok chapter I and II secara marathon.

Akhir kata,  terimalah It dengan adik sepupu dia.

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...