16.10.19

Jadi Emcee dengan Ajo Mamu


Hello u olls,  aku kata aku lamaa tak update blog.  So aku nak story dengan hangpa ni story daripada hari raya haji sampai lani la,  so hangpa tunggu lah.  Satu-satu artikel akan keluar.  HEHEH harap hangpa sudilah membaca sebab cerita-cerita seperti ini adalah kengan yang kita akan simpan sampai bila-bila.  Sebab tula aku tulis blog.  Tapi aku tak boleh dah nak mencarut memaki dan menghina orang lain seperti mana aku selalu buat dulu sebab aku dah insof.  

Kepada yang tahu,  sekarang ni aku bekerja di Jabatan Islam kat tempat kerja aku. Ha.....semua orang mesti terkejut kan?  Macam mana aku boleh kerja kat sini.  Aku pun terkejut jugak macam mana depa boleh pilih aku duduk dengan pak ustaz dan ustazah sekalian.  Tapi tup tap tup tap kecik besaq mata,  dah setahun aku duduk sini.  Alhamdulilah,  all is well.  

So sejak aku duduk sini,  orang duk ingat memang aku ni dah berubah habis lah.  Bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga tempat kerja kami yang diadakan secara besar-besaran melibatkan semua jabatan dari seluruh negara,  maka satu program utama akan diadakan dipanggil Malam Persembahan.  Dalam malam persembahan itu,  akan ada pertandingan persembahan boria daripada semua kontinjen.  So satu hari aku dapat called daripada pihak pengurusan Malam Persembahan.



"Hello,  Jumie masuk boria tak?"  tanya pegawai tu sebab dia nak tau la kot-kot aku mewakili jabatan aku untuk persembahan boria.

Aku pun jawab "Takdak sapa pun ajak saya masuk boria tuan,  mungkin sebab saya duduk kat Jabatan Islam."  HAHAHAHAH AKU PUN GELAK.  Pegawai tu pun rasa serba salah,  tapi dia gelak jugak.

"Cantiklah kalau macam tu.  Saya nak meminang Jumie jadi pengacara untuk Malam Persembahan.  Bergandingan dengan Ajo Mamu."

Aku pun terima pinangan itu dengan hati terbuka.  Ehhhh seronoklah u olls.  Sebab depa bagi kesempatan ini kepada kita.  Boleh tonjolkan bakat at the same time boleh bagi sumbangan secara hiburan kepada para penonton.  

Sebagai persediaan,  so mula-mula aku cari baju.  Yaaaaa...aku nak cari baju ala-ala jumpsuit warna warni macam Nadya Mahizan pakai dia bubuh kat IG dia.  Bila aku PM dia kata,  dia beli masa kat Bangkok.  Tapi kalau pun dia beli baju tu kat Penang,  tak semestinya aku boleh beli sebab tak semestinya ada saiz untuk wanita agam seperti aku.  So last-last sekali,  takpalah aku pun bukak Mis Claire dan aku jumpa satu baju yang aku rasa sesuai.  

Legging celoreng askar dengan bomber jacket corak celoreng yang sama.  Yaaaaaa!  Aku pun beli satu suit.  Cewah.  Azmi semua pakat duk perli la aku,  depa kata "Hang feeling la kunon hang bini askar kan?"  Kojiaaaqqqqqqq.
Bomber jacket dan legging dari https://www.misclaire.com/.  Skirt hitam tu aku beli dekat student mai jual kat office,  sekeping RM13.  Baguih dan amat berguna skirt ni boleh buat katop juboq dan paha.  Satgi duk nampak aku pun ada thigh gap macam model semua. Kasut putih jenama Power beli kat Kedai Bata.




Untuk make up pulak, macam biasa aku tempah kat anak menakan aku nama dia Nurul Faezah. Sebab senang dia pun duduk kat Gelugor saja, dekat dengan lokasi event.  Dia la yang amik wasiat kerja Make Up by Jumie Samsudin,  lani dia dah hebat dah.  Alhamdulillah,  sapa-sapa minat nak dapatkan khidmat solekan dia untuk apa-apa jenis event,  bolehlah check out dia punya IG:  @makeupbynurul93


Cewah...habis segak la duk posing lagu ni.  Ceh!

Kemaih dia mekap muka aku.  Walaupun muka aku nampak macam ikan, tapi at least mata aku nampak besaq.  Bulu mata pelasu semua.


Event pun berjalan dengan lancar,  ramai pun suka dan puji aku jadi EMCEE sebab depa kata lawak dan serasi dengan Ajo Mamu.  Aku pun seronok beerja dengan dia sebab deni amat berbakat dan spontan.  Cuma bila dia duk cakap loqlaq tu amatlah susah aku nak control.  HAHAHAH


Bersama Ajo di belakang pentas.


Bersama geng-geng belakang pentas.  Kak Ram,  Murshid.








Nah ambiklah gambar-gambar kami beraksi sebagai EMCEE.  Aku bangga la dapat jadi emcee sebelah artis dan secara tak langsung aku pun dah level artis sekarang.  Untuk event emcee yang lawak-lawak santai macam ni bolehlah,  aku suka.  Hangpa kalau nak contact Ajo untuk jemput dia jadi emcee boleh contact beliau kat Facebook ataupun IG:  https://www.instagram.com/ajo_mamu/


 Its a wrap.  Ini gambar last bila event dah habis.  Aku amik gambar dengan pegawai yang meminang aku sebagai emcee.  Achecehcehcehe.  Thank you Mamu.




Ini rakaman LIVE Malam Persembahan yang I olls jadi EMCEE tu.  Ampa boleh la skip-skip tengok bahagian yang kami jadi EMCEE. 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region