Joker (2019)

DONT WORRY THIS REVIEW TAKDAK SPOILER.


YEAH!!!!  Kira pecah rekod jugak la,  antara filem popular yang aku pi tengok pada minggu pertama tayangan.  Usually I will wait for a few weeks before I go check out the movie on cinema because I want to avoid a lot of people.  Tapi ni sebab tak tahan sangat semua orang duk post kat sosmed kata depa dah pi tengok maka aku pun terketaq la nak tengok.  Joker adalah filem yang paling aku nanti-nantikan untuk 2019 sebab buat pertama kali DC memberikan HIGHLIGHTS penjahat sebagai watak utama dalam siri filemnya.  Batman,  Superman malah Wonder Woman pun takdak dalam filem ni.  Joker sorang-sorang ja 'atas stage'.  


Marvel mana ada!  Kan.......


Dan kalau sebelum ini mengikut komik asal dan filem adaptasi sebelumnya,  makhluk Joker dari Gotham City terbit daripada seorang manusia yang terjatuh dalam tong kimia,  tetapi untuk adaptasi ini,  pengkisahan watak Joker lebih manusiawi.  Sifat JOKER terlahir daripada seorang manusia biasa yang ditindas oleh 'TONG MASYARAKAT YANG PENUH DENGAN SIFAT-SIFAT SAMPAH'.  


Aku rasa aku tak tak payah la nak review panjang-panjang pun tentang sinopsis dan jalan cerita filem ini,  hangpa semua pun mesti dah baca banyak pasai Joker kat tempat lain.  So aku akan cerita pasaipa aku suka filem ini.  Senang.



Mental Health
Aku suka sebab dia cakap pasai mental health.  Dalam filem ini,  skrip dan pengarahan filem menunjukkan secara holistik macam mana gangguan kesihatan mental bukan sahaja berpunca daripada keturunan.  Tetapi daripada cara didikan,  trauma semasa kecik,  orang sekeliling,  jiran,  kawan-kawan sekerja,  pemimpin dan juga kerajaan (yang menjaga kesejahteraan bandar) dan masyarakat setempat secara amnya semua merupakan satu eko-sistem yang berkait antara satu sama lain.  Bukan 1 sebab sahaja boleh menyebabkan kesihatan mental tu boleh wujud,  tapi melibatkan semua yang ada dalam eko sistem itu.  

Maka pengkisahan dalam Joker (2019) lebih lojik akal untuk kita sama-sama teladani macam mana seorang manusia boleh hadapi ketidak stabilan mental. 


Sebagai seorang Bipolar Disorder,  ada la kawan yang bagi aku macam peringatan....MAKE SURE U TENGOK DENGAN HATI YANG TENTANG SEBAB TAKUT U TRIGGER.  Tapi sis,  lepas mak tengok cerita ni,  mak rasa macam PUAS.  Bagi aku personally sapa sapa yang ada bipolar or depression,  takdak masalah nak tengok Joker.  Takdak trigger apa-apa.  Cumanya u akan rasa lagi puas dan seronok sebab ada seorang BERSUARA bagi pihak you.


JOKER TETAP DISELUBUNG MISTERI
Dia cerita semua tapi tak cerita semua.  Walaupun kita tau dan kita expect dah dari awai yang filem ini akan kisahkan secara penuh tentang jalan cerita hidup Joker.  Tapi dalam filem ni,  BANYAK PERSOALAN yang ditinggalkan begitu sahaja untuk membuatkan kita masih ada rasa macam misteri kat watak Joker tu.

Ada scene yang sebenarnya hanya dalam angan-angan dia,  ada scene yang betul-betul terjadi.  Ada scene depa biarkan tergantung,  ada scene yang dia bagi jawapan sebenar tetapi LEPAS TU DIA BAGI SOALAN TIMBAL BALIK yang membuatkan kita tertanya-tanya balik,  adakah penyataan itu betul?  Adakah dia sakit gelak ataupun dia tak sakit gelak?  Ehhh satgi terspoil pulak.  Aku respek la filem Joker (2019) ni sebab dia punya elemen misteri membuatkan kita akan lebih dahaga dan terus nak tengok siri filem-filem DC selepas ini.



Joaquin Phoenix Si Sumbing
Lakonan Joaquin Phoenix ni memang ............ seperti aku jangkakan la.  HEBAT.  Sebelum ni ada satu filem dia berlakon tajuk 'HER' aku review dalam blog aku. (Hangpa boleh baca kat sini:  Ulasan Filem Her) Mamat ni memang seorang pelakon yang hebat.  Bukan senang untuk dia pegang watak Joker yang sebelum ini pernah dilakonkan oleh pelakon legend Heath Ledger dalam lakonan The Dark Knight (2008).  Heath Ledger punya power sampai dia membuatkan dalam cerita Batman,  kita lagi suka tengok Joker daripada tengok Batman.  Padahal Batman hero kan?  Haaaaaaaaaaaa hang nampak tak? 


Start daripada itu,  watak Joker jadi watak berhantu sebab Heath Ledger dah power gila.  Sapa nak pegang watak Joker lepas tu memang kena bersedia sebab orang akan bandingkan hangpa dengan ke-power-an lakonan Heath Ledger.  Nasib tak baik jatuh kat Jared Leto,  yang cuba interpretasikan watak Joker dalam filem Suicide Squad yang dihentam hebat oleh netizen.  Sebab aku katalah.....watak ni teruih jadi berat sebab Heath Ledger letak satu standard yang tinggi.  


Tapi antara Joaquin Phoenix dan Heath Ledger,  kalau hangpa tanya joker mana yang patut duduk di atas takhta?  Aku rasa  lakonan Joaquin Phoenix sebagai Joker bukanlah lebih hebat daripada Heath Ledger tetapi dia sendiri tambah satu lagi takhta di sebelah takhta Ledger dan depa dua-dua lani jadi raja badut.  Daripada proses dia jadi kurus,  cara dia gerak badan dia,  cara dia lari,  cara dia berjalan dan of course CARA DIA GELAK.  


Keberanian dan kebijaksanaan pengarah Todd Phillips untuk memilih Joaquin Phoenix haruslah dihargai.  Garapan yang diberikan macam aku kata kat atas la......LEBIH MANUSIA menyebabkan cerita komik DC Batman menjadi satu naskhah ketamadunan masyarakat moden yang tak boleh dipanjang remeh lagi.  GITUUUUUUUUUUUUUUU.....ayat mak macam thesis u olls.  Tapi betui apa?


So itulah sahaja yang aku nak kongsikan pendapat aku pasai Joker (2019) akak bagi 9/10.  Dua jam aku tonton,  takdak sekali pun aku BUKAK HANDPHONE sebab takut nanti tertinggal walau 1 zarah saat scene.  


2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...