27.10.19

Kelas Vokal bersama Teacher Wanda



Hello u olls.  Sebagai seorang yang mempunyai mental health disorder macam I olls,  kita tak boleh buat SATU CARA sahaja untuk cuba ubati dan menyelesaikan masalah sakit kita.  Aku percaya,  dugaan Allah bagi ni adalah sebabnya dan kita kena usaha dan explore apa sahaja cara untuk bagi baik hati dan mental kita selagi boleh.  Macam-macam ikhtiar yang boleh di tawarkan oleh psikiatri,  kaunselor dan ahli terapi.  Malah ugamawan pun boleh bagi macam-macam cadangan untuk kita pulihkan spritual kita.  Sesiapa pun,  sebagai manusia kita kena balance.  FIZIKAL,  MENTAL DAN SPIRITUAL.  Spritual ni sebagai orang Islam kita kena selalu percaya dan yakin Allah dalam hati kita,  Rasulullah SAW dan Quran panduan utama kita.  Dan kita juga kena jaga kualiti emosi kita.  

Insya Allah semua ada kalau kita mau usaha.  

Aku masih duk pi temujanji di Klinik Kesihatan Mental dan Psikitri,  aku duk makan ubat Lithium Carbonate tu macam biasa ikut jadual.  Aku tak berani nak memandai untuk berhenti makan ubat ni lagi.  Walaupun kalau cerita kat orang,  depa akan kata...KALAU BOLEH JANGANLA MAKAN UBAT,  TAK BAIK UNTUK AWAK UNTUK MASA DEPAN NANTI.  Tapi bagi aku,  takpalah aku percaya kat doktor psikiatri lagi.  Satgi aku mai BIPOLAR DOWN aku mampuih semua tak pi kerja sapa nak tanggung? 




So selain temujanji dengan  klinik,  aku lani duk start buat satu terapi dengan kawan aku Teacher Wanda.  Dia seorang life coach yang kebetulan memang pandai menyanyi dan pakar dalam bidang (nyanyian) ini.  Teacher Wanda berasal dari Georgia Amerika Syarikat dan dah beberapa tahun bermastautin di Penang.  So lani,  setiap Jumaat malam aku akan buat sesi latihan vokal dengan dia.  

Bukan sekadar vokal ya u olls.  Sambil mengajaq dia jugak akan bagi aku kata-kata semangat dan keyakinan.  Siries wehs...........................aku banyak tanam dalam kepala otak aku yang AKU NI TAK BOLEH.  Tapi Teacher Wanda dah banyak bagi aku ubah persepsi ni.  Aku suka cara dia dengar cerita aku dengan tenang,  dan sabar.  Macam cerita kat seorang kaunselor,  tapi dia punya empati lagi tinggi sebab dia treat AKU MACAM KAWAN BAIK.

Dah sebulan aku buat session dengan dia.  Lani masuk bulan kedua,  tapi kami sama-sama sibuk so tunggu minggu depan baru start balik.  Dan Wanda bagi aku satu KERJA SEKOLAH iaitu aku wajib record aku nyanyi dan bubuh kat Instagram (aku yang pilih post kat sini sebab kat Facebook macam ramai sangat orang tengok...ahahaha).  The reason aku kena record dan bubuh kat IG adalah sebab dia nak suruh aku jadi lebih yakin dengan diri sendiri.  

Actually dia suruh aku record seminggu sekali,  TAPI AKU KAN ANAK MURID YANG CELAKA so kadang-kadang ada rajin aku buat,  kadang-kadang aku buat lupa-lupa nak post.  Pastu Wanda akan PM AKU.  HAHAHAH takpalah,  hangpa tengok la video-video ni sikit aku share kat sini.

Kepada hangpa orang Penang,  kalau hangpa nak tau lebih banyak pasai Wanda Duncan,  life coach,  dan apa servis dia boleh bagi untuk bantu hangpa....SILA FOLLOW DIA KAT IG DIA:  https://www.instagram.com/atomicblhue/


PS/  Kak Yan Blog Mak Ang pun dah amik session dengan Wanda sekarang.  Kelessssssssssss

#vocalclass #kelasvokal #kelasvokalpenang #bipolardisorder #bipolar #mentaldisorder #mentalhealth #kesihatanmental #terapi  #arterapi #lifecoach

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region