13.10.19

MasterChef U olls


Empat tahun sudah aku dan Ezal masuk pertandingan Masterchef ni,  tahun ini setelah bertukar ke macam-macam jabatan,  tak sangka kedua-dua jabatan kami berada dalam satu kontinjen yang sama.  Cepat-cepat Ezal minta aku join Masterchef dengan dia. 

Tema tahun ini,  masak kenduri dan Ezal kami lantik sebagai ketua chef.  Menu pilihan,  nasi daging,  air asam kerisik, ayam goreng berempah, air sarbat dan bubur pulut hitam dengan durian.  Macam biasa hiasan,  aku yang buat.  Sedang Ezal dan team lain sibuk membuat persiapan memasak.  Aku pun mulakan sesi mengemas. 

Disebabkan tema tahun ini adalah 'masak kenduri'.  So kami pun buat tema kenduri kat kampung.  Aku pinjam pinggan mangkuk daripada kawan aku owner Lagenda Cafe sekali dengan lapek meja batik depa,  pinjam tepak sirih bulat dari Nizal dan ada kawan team masterchef kami yang bawak barang antik sebagai hiasan.

Kami lalui kesukaran pada awal persiapan masak (elektrik) yang menyebabkan proses masak nasik menjadi lambat.  Tapi alhamdulillah,  cukup time semuanya siap.  Dan juadah nasi daging kami memang menjadi tumpuan orang ramai semua.  Ramai yang amik nasik kami.  In fact,  team masterchef dari kontinjen sebelah pun minta nak makan nasi kami lebih-lebih.  Tapi sayangnya kami kalah dalam penilaian juri.  Takpalah,  janji kami menang di hati orang ramai yang makan nasi daging kami.
Ezal,  ketua master chef kami pi amik hadiah.


Syiok la!!!! Sat ja Ezal empat tahun lepas kita masuk Masterchef,  lepas ni kalau masuk lagi kita tengoklah masa akan berlalu dengan pantas punya.  Tau tau masa tu kita dah 40s.  Oh my.

Sesi Shopping
Tak dinafikan kami sama-sama sibuk,  sehari sebelum event baru ketaq nak buat senarai persiapan untuk shopping bahan masakan dan hiasan.


Nasi Daging
Inilah nasi daging yang Ezal masak.  Nasib baik ada jugak satu gambar ni sebagai kenangan.  Sumpah nasi dia sedap.  Dengan ayaq asam apa semua.  Tapi sayangnya rasa ini tak boleh menang di hati juri.
Yang ni ayam goreng berempah untuk meja VIP.  Hebat ahli-ahli dalam team kami,  depa buleh ayam daun pandan jadi tikaq lagu ni.


Meja Makan Beradab
Ni la meja makan beradab yang aku hias.  Takdak la cantik mana tapi aku buat effort sebaik boleh.  Thank you kawan-kawan yang bagi pinjam bahan-bahan hiasan.


Bunga telur dalam kertas tisu.  Style orang dulu-dulu.

Ketua chef kami orang pantun,  haruslah ada pantun juga.



Nampak macam serabut pulak macam ni.  Tapi bolehla....






Juri-Juri
Sesi penialaian daripada juri bertauliah.







VIP Yang Bertandang
Prof Aldrin mai bagi ramuan rahsia.  Wajib pakai dalam masakan.  Nasib baik kami dapat garam.

Sambut Dato' Rahman dengan mak ambat. Mak ambat tu bahasa orang Penang,  tempat merenjis.

Apa la aku duk habaq kat Prof Azazi dan Datuk Ma.


Wajiblah welfie dengan boss kami!


Team Kami
Team yang terbaik! Best,  gigih, supporting and team work walaupun semua last minute preparation.






Behind The Scene
Gambaq time duk sibuk memasak.






Kak Zah
Awat gambaq aku ja yang banyak?  Bekpila ni blog aku. HAHAHAH




Sumber:  Pengalaman First Time Join MasterChef Hari Warga Staf #masterchef #usm #hariwargastaf #mejamakanberadab #weddingtemaklasik #nasidaging

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region