27.10.19

Mee Ratu


Hello u olls,  hari nak cerita pasai Mee Ratu.  Mee Ratu yang dijual di A Ghaffoor Martabak Original,  kedai makan milik kawan I olls yang famous di siang hari kerana murtabak dan nasi kendurinya.   Lani premis baru dia ni,  kan meniaga sampai malam.  Lani malam ada sisha semua meriah.  So macam I olls pernah cerita dulu,  dia ada jual MEE RATU.  So hari ni nak cerita spesifikli pasai MEE RATU sahaja.  


Sekali hangpa kena mee ni......ketagih la!! Lepaih sekali kena, mesti hangpa akan kenai mai berkali-kali. Mee Ratu adalah sejenis mee kuah berasaskan stok tulang lembu yang pekat terangkat menangkap. Selain kuah yang pekat,  dia punya rencah ataih mee pun punyalah meriah.  Ada taukua goreng,  telur rebus,  hirisan daging,  daun sup daun bawang,  bawang mentah,  cabai merah,  kacang tanah yang dikisar dan ubi kentang.  Eh ...rencah dia macam-macam kalau aku terlepas tulis details kat sini hangpa jangan marah na.


Sangat sedap dan best kalau mai makan minum petang dengan keluarga dan kawan-kawan.  Sekali rasa pasti nak lagi.  Nah ampa mai tengok gambar dan jugak video I olls buat khas.  




Ini kedai baru A Ghaffoor Martabak Original di Dato' Kramat.  Dulu depa meniaga kat Sungai Pinang.


 
Rencah yang banyak.  Mangkuk mau belemoih macma ni baru sur.  Tapi aku suka mintak depa limau dua bijik perah buh dalam ni bagi masam. Suuurr


Mee Ratu biasa dengan mee kuning.


Sapa tak suka mee kuning,  boleh try Mee Ratu dengan kotiau.  Kawan aku Yazid suka makan dengan kotiau sebab dia kata,  tekstur kotiau tu lebih menyerap kuah mee ratu.
 



Harga
MEE RATU ORIGINAL RM6
MEE RATU TULANG RM10
MEE RATU UDANG RM15



Mee Ratu πŸ’ŸπŸ²πŸ A Ghaffoor Martabak OriginalNotesπŸš— MEREKA TELAH BERPINDAH
(Opposite dengan Shell and Petrone Dato Kramat, sebaris dengan Project Nasi Lemak dan Proton)
πŸ“ 504 Jalan Dato Kramat, 10460 Georgetown, Pulau Pinang
Operating hour: Open daily ❌❌ Close SUNDAY and Islamic Public Holiday
10am-3pm Martabak + Nasi
3pm - 830pm MEE RATU πŸ‘‘ Sisha & Western Food
Instagram: @a.ghaffoormartabak
Facebook:  https://www.facebook.com/ghaffoormartabak

Jom baca jugak artikel ni:  Kedai Baharu A Ghaffoor Martabak Original



#originalpenangfood #resipiwarisan #jenerasike5 #anakjatipenang #firdrunnerpenang #penangfood #penanghalalfood #penang #nasitomato #aghaffoormartabak #martabak #murtabak #murtabaksedap #nasitomato #sayajual #makananpenang #sedap #meeratu #resipioranglama #resipibarak #resipiwarisankeluarga #meejawaoriginal #masakananakmami #makananprnang #selerasemua #meeratu #meekuah #meekuahdaging #meekuahpenang

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region