Midsommar (2019)



Sapa ingat cerita Hereditary yang aku pernah review dalam blog tak lama dulu.  Hereditary adalah sebuah filem arahan pengarah baharu iaitu Ari Aster yang mendapat perhatian ramai.  Tak dinafikan,  Hereditary adalah antara cerita horror terbaik untuk tahun 2018.  Sapa yang tak tengok lagi cerita ini,  bleh baca review aku dan pi cari dan tengok sendiri.  Takdak dalam Netflix so kena cari secara haram (Telegram).  Baca review aku kat sini:  Hereditary (2018)


Elok-elok setahun selepas Hereditary,  Ari Aster bok keluaq satu lagi filem genre horror bertajuk Midsommar.  Daripada mula-mula depa duk cakap pasai Hereditary aku dah mula ikut perkembangan Ari Aster dan sebab itu,  Midsommar adalah filem horror yang aku tunggu-tunggu untuk tahun 2019 selain IT:  Chapter Two.


Tapi lepas aku dah tengok cerita ni,  aku rasa macam,  Hereditary adalah 216358 kali lebih baik dan best.  Bukan aku nak kata Midsommar ni tak best,  dia ada keasliannya yang tersendiri tapi bagi aku Hereditary lebih kuat la!


Midsommar menceritakan tentang satu budak perempuan ni,  dia baru lalui trajik kematian kakak dia (penghidap bipolar disorder ~~ macam aku erkkk) yang bunuh diri dan bunuh dengan mak bapak depa sekali.  So dia sedang lalui tempoh kesedihan yang amat kritikal la bagi aku kan,  at the same time,  BF dia pulak perangai macam lelaki toya.  Actually BF dia dah setahun lebih rasa macam nak break-off dengan dia,  sebab dia tau GF dia ni macam banyak isu yang dia tak boleh handle (isu emosi) tapi dia tak berani nak dump GF dia ni sebab dia takut nanti dia menyesal.  SER KAN?


So lepas kejadian kakak dia bunuh diri,  budak perempuan ni ikut BF dan kawan-kawan BF dia ke Sweden untuk menyaksikan pesta Midsommar yang dilakukan oleh orang-orang kat satu kampung di Sweden untuk meraikan musim panas yang panjang.  Dekat Sweden,  depa punya summer kadang-kadang boleh jadi 24 jam ada matahari tau!  So nampak macam siang jaaaa tapi sebenarnya dah malam.  Ini sebab kedudukan negara depa atas muka bumi.


Bila depa dah pi kat kampung tu,  mula-mula nampak macam semua indah.  Tapi pelan-pelan baru nampak semua ke-merapuan tahan tak boleh blah.  Ritual orang tua yang capai umur 72 tahun,  depa tu kena bunuh diri dengan melompat dari bukit batu yang tinggi.  Kalau jatuh dan tak mati (patah kaki saja),  nanti ada orang akan mai ketuk kepala hang dengan hammer).  

Orang-orang kat kampung Midsommar tu semua pakai baju lagu ni macam semua beli kat East India Company.


Pastu,  depa percaya untuk mendapat zuriat,  seorang perempuan kena pilih lelaki yang dia suka,  pastu kena masak makanan kat lelaki tu dengan membubuh bulu bured (IM NOT KIDDING YOU) dalam makanan lelaki tu pastu tambah dengan darah period! Pastu laki tu akan syiok kat hang dan hangpa boleh berjimak. Tetapi proses berjimak disaksikan oleh perempuan-perempuan lain yang akan keliling hangpa berdua secara telanjang.  Pastu bila perempuan tu menjerit menahan rasa sedap,  perempuan-perempuan itu pun akan jerit bersama.  FUCK UP LAH TEORI DEPA NI.


Tempo cerita ini sangatlah lambat.  Aku tengok dengan mengdownload file melalui Telegram,  so aku tengok melalui VLC apps dan aku boleh lajukan laras tempo filem ini.  Tu pun aku boleh terlena,  sebab memang filem ni slow.  Daripada mula-mula start filem ini,  dia punya bina jalan cerita,  nak start sampai konflik aku rasa bila dah masuk ke minit 1 jam 40 minit barulah kejadian pelik-pelik berlaku.  Oh yes,  filem ni panjang iaitu 2 jam 27 minit.

Tapi aku salute pelakon perempuan dalam cerita ni,  Florence Pugh seorang pelakon dari Britain yang memegang watak utama.  Walaupun skrip simple,  tapi dia boleh buat kita faham perasaan dia.  RIMAS perasaan tu.  Iaitu perasaan seorang perempuan yang tak mau nak hadap kesedihan melampau dia dengan hati yang terbuka,  pastu dia takut kehilangan BF dia (kebergantungan pada insan lain untuk rasa diri lebih kuat),  dia duk cuba sedaya upaya untuk bagi BF dia rasa selesa duduk dengan dia padahal dia tau diri dia sudah tidak dimahukan.  RIMAS perasaan tu. 

Deni la watak utama.  Cantik perempuan ni.  Macam Cara Delevingne sikit sikit.

Pengakhiran cerita ini amatlah celaka,  sebab aku macam tak faham.  Macam tergantung pun ada.  Aku cuba dig Youtuber yang buat review explanation pengakhiran cerita ini,  tapi takdak satu pun bagi aku teori yang best,  depa semua macam habaq ja apa yang berlaku.  Tapi kalau tak salah aku lah,  cerita ini macam bagi kepuasan kepada perempuan itu (watak utama) sebab last sekali dia bebas dari perasaan RIMAS tu bila dia dapat balas dendam kat BF dia.  Apa jadi kat BF dia?  Hangpa kena tengok sendiri.  Semua budak-budak lelaki yang mai dari US ke Sweden tu mampuih jugak akhirnya,  depa semua duk ingat mai Midsommar ni layan isap dadah dan lepak sahaja. Dadah ada....depa dapat makan dan rasa macam-macam dadah,  tapi dadah itulah yang akhirnya bagi depa semua mampuih.


Satu penceritaan yang menarik.  Asyik hantu Indonesia dan Thailand saja,  mai tengok pulak ritual agama Pagan macam mana!

Okay akhir kata,  nak habaq la aku pun pernah pakai flower crown lagu tu. HAHAHAH

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...