27.10.19

Perasmian Restoran Irama Dining

Dear Shad and Bella, sorry u olls.  Dah sebulan baru nak up artikel ni.  Nak buat macam mana kawan u olls ini amatlah sibuk sibuk sibuk mengalahkan Kak Ros.


U olls semua masih ingat Cafe Lagenda?  Saya selalu cerita pasai Cafe Lagenda kat blog saya.  Contohnya kat sini: Jom Lunch di Lagenda Cafe, Campbell Street Penang.  Hangpa boleh search CAFE LAGENDA kat ruangan search kat bawah blog aku ni,  pastu hangpa akan dapat semua list blog post aku pasai Cafe Lagenda.  

Sebenarnya kalau hangpa nak tau,  tahun 2015 depa (Cafe Lagenda) first jemput I olls mai review.  Haram masa tu review amik gambar pakai fon murah.  Hangpa boleh baca post tu kat sini:  Not Just A Cafe : Cafe Lagenda, Penang.  Sejak dari itu,  Cafe Lagenda jadi restaurant kegemaran saya.  Makanan sedap,  servis terbaik,  lokasi dan ambience kat Cafe Lagenda yang best.  Sapa pun kawan-kawan yang aku rekemen mai makan kat sini,  boleh kata semua suka and puas hati.

Dan paling best,  I olls dan owner kedai ni iaitu Shad telah menjadi kawan rapat.  Siries.  Dia antara kawan yang aku boleh cerita everything dan aku tau dia selalu bagi nasihat best kat aku.  Antara beberapa orang yang aku percaya sebagai stabil dan tak emosi untuk bagi nasihat. 

Atas kerja kuat dan kegigihan untuk maintain mutu dan kualiti,  Shad,  pemilik Cafe Lagenda kembangkan perniagaan depa untuk buka satu lagi restoran yang bertajuk Irama Dining.  Sedikit berlainan daripada apa yang ditawarkan di Cafe Lagenda,  Irama Dining menyajikan jamuan 100% citarasa Melayu dengan menggabungkan pelbagai rasa daripada Nusantara. 

Lokasi Irama Dining terletak di aras 2 bangunan Penang Chinese Chambers of Commerce iaitu bersebelahan dengan Padang Kota dan Hong Leong Bank.  Selepas diberikan sentuhan hiasan dalaman,  ruang dalam Irama Dining akan membuatkan hangpa macam perempuan-perempuan Asia yang berkahwin dengan lelaki Eropah.  Dengan pilihan kerusi baldu warna mewah,  meja bulat dari kayu jati dan paling stands out adalah lantai petak-petak hitam putih.  Lantai ni kalau hangpa nak tau,  100 tahun dah!  Sebahagian daripada reka bentuk asli bangunan ni.

Irama Dining beroperasi sejak September 2019 dan sebuah majlis perasmian ringkas telah diadakan pada 22 September dengan menjemput rakan-rakan kongsi,  rakan media (blogger dan social media influencer) dan juga beberapa rakan industri yang terdiri daripada badan swasta dan kerajaan.  Terima kasih banyak-banyak kepada Shad dan Bella sebab depa pilih tarikh 22 September sebab tarikh itu aku free untuk tolong depa jadi pengacara majlis.  


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar,  makanan semua okay,  semua tetamu berasa sangat seronok dan suka dengan juadah yang disediakan.  Siap ada penari kebudayaan buat persembahan semua.  Meletops u olls. 

Okaylah jom kita tengok gambar dan AKU AMAT REKEMEN hangpa semua mai try makan kat sini.  Nanti aku cerita lebih lanjut pasai Irama Dining lagi pada masa depan.


Irama Dining Interior
Menu khas untuk para tetamu sempena majlis perasmian Restoran Irama Dining.


Ini dia punya full menu.  Sorry kalau kecik ja gambar aku.  Hangpa boleh contact Irama Dining at any time depa boleh share PDF file menu untuk mudahkan hangpa buat pilihan.

Irama Dining ada dua ruang/bilik untuk private dining.  Ini adalah salah satu daripadanya.


Bunga telur untuk tetamu.

Irama Dining al fresco section

Irama Dining Rooftop
Tak habis dihias sepenuhnya.  Tapi u olls boleh mai makan kat atas ni jugak no problem.  Hangpa boleh tengok juga kat sini:  Celebrating Shanell Harun

Jalan menuju tingkat atas.


Cantik view kat sini wehhhhhhhhhhhhhh


Kita Makan Dulu
Sebelum tetamu mai,  kami kena ngap dulu!

Ayam Pandan,  Pulut kelapa dan kerang rendang

Tiga jenis sambal.  Dari kiri,  Sambal Hijau Petai,  Air Asam Kerisik & Raitar


Pais barramundi.


Nasi Beringin

FAVORITE AKU SETAKAT NI:   Smoked Duck Masamman Curry


Kerabu Kacang Botol Kerang

Chicken Percik



Bubur SumSum


Jemput makan semua,  from Pengacara Majlis,  Host dan Penyambut Tetamu.



'Irama Jiwa' by Mama Mandym
Mai sini hangpa wajib amik gambar kat mural ni.  Aku sangat suka idea ini dan Shad & Bella buat pilihan tepat untuk melantik Mama Mandym dari Penang seorang pelukis yang berbakat untuk buat lukisan mural dalam hiasan dalaman Irama Dining.  Rasa macam seorang inang diraja duk mai saji kita makan.

Follow dia kat IG Mama Mandym


Let's Selfie

 
Thank you Shad sudi jadi kawan aku.


 Keluarga Irama Dining!


Orang kuat Irama Dining,  Rashid and Robert.  Robert dah masuk Islam tau,  tapi aku tak ingat nama Islam dia apa.

 Bella,  Jumie and Sue.


Aku baru perasan aku takdak gambaq elok dengan dua orang ni.  PADAHAL AKU YANG AMIK GAMBAQ NI!!

 
 Bersama orang-orang kuat USM dan Wawasan Open University.  Kerlasss....thank you sudi mai.


Last but not least,  mama Regina Ibrahim.  Thank you mama sudi mai.

Irama Dining
Tingkat 2, No. 2,
Penang Street, Georgetown
10200, Pulau Pinang

Tel : 04-2612292
Operation Hours : 11.00am - 1.00am


#penangfood #foodporn #foodie #malaysianfood #halalfoodpenang #halalfood #malayfood #foodlover #foodhunter #legendaryfood #malayfusion #vm2020 #penangtourism
#visitmalaysia2020


4 comments:

  1. Nanti jom dating sini Jumie. Dok teringat rendang kerang dan ayam pandan dia sedapppp

    ReplyDelete
  2. Bila nak bawak aku makan tang siniiiiiii

    ReplyDelete
  3. Great Article it its really informative and innovative keep us posted with new updates. its was really valuable. thanks a lot. Using the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region