13.10.19

Rakan Juru Solek Ku - Razzi Musa


Semuanya bermula bila kami jadi kawan semasa di POLISAS.  Dia belajar kursus senibina,  aku belajar kursus setiausaha.  Lepas habis belajar,  kami dua cepat-cepat masuk dunia pekerjaan.  Aku kat Penang join government body.  Razzi yang berasal dari Negeri Sembilan merantau ke KL dan masuk bekerja dalam industri swasta.  Tapi kami teruskan satu benda yang kami sama-sama minat iaitu MAKE UP!


Masa tu lebih kurang tahun 2008,  bukan senang untuk kami mulakan business make up.  Bertak-tih untuk kenal kerenah pelanggan,  pastu masa tu jugak era media sosial mula masuk dan kami menggunakan platform blog dan Facebook untuk promote business kami sedikit demi sedikit.  Tapi aku yang menetap di Penang tak banyak sangat masalah dan kerenah sebab boleh dikatakan,  AKU MAKE UP ARTIS PENANG PERTAMA YANG MULA-MULA PROMOTE BUSINESS AKU MELALUI SOCIAL MEDIA.  Sedang yang lain masih lagi menggunakan saluran butik pengantin untuk tonjolkan khidmat solekan masing-masing.  Persaingan aku memang takdak.


Aku selalu jadi tempat untuk Razzi luahkan masalah dan cabaran dia dalam membuat business di kota Kuala Lumpur. Pada ketika tu,  kat KL dah ramai personal make up artis yang dah tayangkan khidmat solekan melalui blog dan Facebook.  Tetapan caj harga mekap menjadi isu paling besar.  Pada ketika aku dah boleh established harga aku kepada RM200 untuk satu sesi make up,  Razzi Musa masih lagi struggle nak tetap harga.  Competition memang banyak.  Ditambah pulak dengan spisyis 'kawan' yang suka mengambil kesempatan. 



Paling celaka sekali aku tak boleh lupa adalah apabila ada 'kawan' yang request Razzi Musa make up untuk majlis besar tapi tau tak berapa bayaran yang diberikan kepada Razzi yang habiskan masa berjam-jam untuk cantikkan hang?  SEPAPAN COKELAT SAIZ BESAR SEBAGAI PEMANIS MULUT.  I shit you not.  Not even RM50 note ya.


Baru-baru ni Razzi mai Penang.  Dia make up kakak senior aku kawen.  Aku sempat untuk spend time sat ja dengan dia sebab aku dah ada appointment lain.  Kami pi breakfast kat Jaya Restaurant Jalan Gottlieb.  Aku kat kat Ajib,  "Pandai hang cari lokasi dekat dengan rumah baru aku nanti...."  cewah....insya Allah tahun depan bolehla dia mai rumah baru aku ka Tanjung Tokong ni.


Sembang punya sembang.   Aku seronok dengar kejayaan Razzi Musa sekarang yang dah mampu jadikan solekan sebagai kerjaya penuh masa.  Jangan tanyalah berapa caj dia untuk satu sesi sentuhan rias wajah.  Yang penting bukan RM200 per session la u olls.  Walaupun banyak cabaran dan dugaan,  tapi bagi aku ....HANG KERJA APA PUN SAMA JUGAK KAN?  Kegigihan berusaha itu perlu.  Aku happy sebab walaupun aku dah tak buat make up dah tapi kawan aku ni teruskan obor kami.

Last kopek sebagai penghabis bicara.  "Hang ingat tak XX?"

"Haaa gila tak ingat.  Yang bayar hang guna cokelat tu."

"Yes...baru baru ni dia contact aku lagi minta tolong make up dia."

"Hang jawab apa?"  Aku tanya dengan nada macam nak start pereng dah.  Aku tau dah deni baik hati.  Aku bersedia untuk jadi lebih marah sebab aku tau Razzi mesti akan pi bagi make up service secara percuma kat depa tu.  Hang ingat hang kerja amal ka apa!

"Aku bagi dia senarai harga make up aku.  Pastu sampai lani dia tak balas."

YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.........cukup-cukuplah buat baik kat orang yang tak tau hargai kerja seni kita.  Follow kerja Razzi Musa dalam IG @razzimusa dia takdak Facebook dah.
  

KECIK HANG DISEBALAH APOM KEMBANG NI AJIB!!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region