Richiamo Coffee USM

Bersama dengan anak ayam Vick,  sapa berminat boleh DM kat IG @vshnu.narav

Hello coffee lover! Sapa sini minat coffee macam aku sila angkat tangan?  YAAASSSS mental-give-me-five.  Aku suka coffee.  Dulu aku tak boleh lepas 3 in 1 tapi macam kita tau,  3 in 1 coffee is not real coffee dan segala perisa dan gula tambahan dalam itu adalah tidak bagus untuk kesihatan.  Perlahan-lahan aku belajar untuk minum coffee sebenar yang di brew dalam machine.  Tak kisahlah jenama apa,  yang mahal-mahal ataupun yang harga mampu milik.  Kopi yang sedap adalah nikmat.  

Aku dah tak addicted dengan coffee.  Pagi-pagi buat kerja tanpa coffee aku boleh survive.  Tapi coffee tetap favorite minuman aku.  Especially latte.    Kalau nak sembang bab kedai kopi,  antara Starbucks dan Coffee Bean...aku suka Coffee Bean punya lagi.  Masya Allah.  Kalau kena,  memang nikmat lah.  Starbucks dia punya specialty bagi aku adalah dia punya kopi yang manis-manis campor segala jadah tu semua.  Depa panggil apa?  Frappe.  Yes....  

Hangpa pernah tak try Costa Coffee kat Shell?  Haaaa.....kalau tak pernah try.  Tak payah try.  HAHAHA aku tak suka coffee dia sebab tak sedap.  Rasa macam tak best langsung.  Tapi kalau dia punya Iced Flavoured Milk,  yang tu macam sedap la (tapi manih nak mampuih).  




click read more




So itulah aku nak story pasai pilihan kopi aku.  So beberapa tahun yang lalu,  kat dalam USM main campus depa bukak la Richiamo Coffee.  Sebuah kedai kopi ala-ala Starbucks/Coffee Bean tapi pada harga yang amat mampu milik.  Kalau hangpa nak tau Richiamo Coffee ada banyak francais yang dibuka dalam Universiti-Universiti awam di seluruh Malaysia.  Dan salah seorang daripada founder Richiamo Coffee adalah pelakon yang cantik ala-ala Kim Kardashian iaitu Raja Ilya.  

Sejak terbukaknya Richiamo Coffee kat USM maka aku tumpang bergembira,  aku tak la selalu mai sini sebab ramai netizen yang akan merakam pergerakan aku untuk dijual kepada pihak tabloid.  Tetapi bila sekali sekala pagi-pagi aku teringin nak rasa coffee.......haaaaaa Richiamo Coffee USM lah aku mai.

Dah la dekat dengan office aku,  senang nak pi (parking belakang Library),  murah saja (Latte on the go RM6.90 sahaja 😭😭) .  Satu lagi kegemaran aku kalau mai Richiamo adalah dia punya Salted Egg Croissant.  Sumpah lillah memang sedap bab ni.  Aku rekemen kat sapa-sapa pun depa mesti suka punya.

Okay sekian sahaja,  jom tengok gambar aku share beberapa gambar aku amik kat Richiamo Coffee USM dan beberapa gambar aku cilok dari internet.  Okay bye!

Kiri bersama Vick.  Kanan bersama anak Ustaz Usop,  Iman Tori.


Inilah salted egg croissant.  Sedap yakmat!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...