1.10.19

The Ritual (2017)


Haaa kira aku pakat duk bok keluar semua review cerita hantu-hantu orang puteh kat hangpa minggu ni.  Selamat baca dan tengok.  Last month aku banyak duk bubuh review aku kat Facebook sahaja,  ramai yang respond dan baca,  tapi aku tak puas la sebab bila nak cari balik post tu susah.  So lani,  sama ada review panjang atau pendek,  aku akan bubuh kat blog jugak.  Tapi macam biasalah aku akan bubuh review yang best sahaja.  Yang tak berapa best,  (not worth it),  aku tak akan review.

So cerita The Ritual adalah sebuah filem arahan pengarah muda dan baru bernama David Bruckner.  Mengisahkan empat sekawan yang pi hiking,  tapi dalam pendakian itu,  salah seorang depa terseliuh dan cedera kat bahagian kaki.  Disebabkan kecederaan itu,  depa ambil keputusan untuk short-cut kot hutan sebab nak ringkaskan perjalanan depa.



Tapi bila depa masuk dalam hutan,  depa jalan-jalan sampai malam.  Pastu depa jumpa satu rumah kecik (cabin) depa pun masuk dan tumpang tidur.  Tapi nenjiaaaaaaa depa kena serang dengan satu jembalang.  Jembalang ni tak tunjuk rupa dia macam mana,  tapi sekali dia serbu,  hang nanti hilang teruih dalam gelap.  Tau-tau ja esok,  bangkai hang duk gantung ataih pokok.

So depa ni semua daripada empat sekawan yang rapat,  teruih jadi tak berapa nak cantik la hubungan depa.  Kisah-kisah silam yang menghantui persahabatan depa pun mula duk keluar.  Antaranya kisah salah seorang kawan depa yang mati dalam satu kes rompakan kat kedai runcit,  di mana kawan depa sendiri duk ada dalam kedai tu langsung tak selamatkan dia.  Depa pun mula duk ungkit la kata hang kawan tak guna,  kalau tidak kawan tu mesti duk hidup lagi.

Nenjia jembalang tu duk mengamok.  Dia badan macam rusa hat besaq tu,  tapi kat kepala dia ada part badan manusia. Agak horror!

Hari berganti hari,  bila malam depa duk terperangkap lagi dalam hutan tu.  Macam sesat.  Pastu kena serang dengan jembalang.  Last-last depa pulak dengan satu kawasan lapang dan ada cabin lagi,  kat situ ada penduduk lain macam mana ka.  Rupanya penduduk kat kawasan tu depa macam orang purba sikit dan depa duk sembah jembalang tu,  Jötunn anak luar nikah kepada Loki,   tuhan Pagan depa.  Untuk make sure,  Jötunn tak mengamok dan bunuh penduduk kampung,  so depa kena korbankan orang kat jembalang Jötunn tu. 

Dan setiap tahun,  mesti depa akan perangkap orang-orang yang duk mai hiking dan berkhemah dan hutan tu untuk dijadikan mangsa korban kepada Jötunn.  Cerita ni hangpa boleh jumpa kat Netflix.  Satu cerita seram yang best dan menghiburkan sebab padat,  tak merapu sangat dan straight to the point!  Aku bagi 7/10.


1 comment:

  1. Lepas kami dah katup astro, asyik layan netflix dan iptv. Blog pun dah tak jalan2..haha.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE