13.10.19

Tummy Bowl Penang

Aku suka tengok apa dalam mangkuk ni.  Berwarna warni.  Cantik.

Banyak kali iklan Tummy Bowl duk lalu kat IG aku.  Sebagai maknusia yang mudah terpengaruh dengan media sosial maka aku ajak kawan-kawan aku Fina & Veena pi try.  Tummy Bowl Penang terletak kat Elite Avenue,  Bayan Baru.  Senang nak cari,  tapi nak cari parking agak susah sikit.  Kawasan yang baru dibangunkan ini amat pesat penduduknya.

Tummy Bowl merupakan sebuah restaurant yang menyajikan makanan 'sihat'.  Yessssssss...... dia punya menu kalau aku tengok-tengokla boleh kata tak banyak memerlukan masakan dan prep yang teruk-teruk.  Tapi pasaipa dipanggil Tummy Bowl,  sebab semuanya disajikan dalam mangkuk dan setiap mangkuk tu lengkaplah untuk khasiat perut kita.

Satu mangkuk tu mesti akan ada nasi pastu sayur,  bijirin, kekacang  buah pastu ada yang bubuh ikan ataupun tofu.  Semuanya sihat-sihat u olls.  Untuk perisa tambahan dia bubuh la tokyu sikit,  cheese.  Ada menu yang hangpa boleh pilih siap,  ada jugak yang hangpa boleh reka sendiri.  Harga lebih kurang RM13 ke atas untuk satu mangkuk.  Oh yes,  lupa nak habaq,  memang Tummy Bowl mengamalkan pemakanan sihat secara total,  pilihan ayaq kat sini pun semua sihat.  So untuk minum,  hang boleh pilih depa punya pressed juice,  ataupun teh hijau panas,  atau mineral water sahaja.

I LOVE IT!  Siries aku suka.  Aku rasa pemakanan macam ini sedang menjadi trend.  



 Tofu Tummy Bowl.

 Tummy Bowl with Raw Salmon.  

 
Pressed Juice.

 Teh Hijau.


 This is not just food.  This is art!


Tummy Bowl Penang
Address: 1-1-22, Elit Avenue, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE